Aku mengenakan gaun labuh berwarna hitam dan memakai selendang yang Hakim hadiahkan ketika pertama kali aku ke rumah mama. Itulah hadiah yang paling aku sayang sangat. Malam ni kami ada candle light dinner. Ia termasuk dalam pakej honeymoon. Sejak akhir-akhir ni aku suka sangat dengan sesuatu yang romantik. Entahlah. Mungkin hormon orang dah kahwin kot. Hehehe....
Kami di bawa turun ke kawasan kolam renang yang terletak di sebelah restoran. Rupanya meja kami telah disediakan di sebelah kolam renang. Diatas meja diletakan sebatang lilin dan juga beberapa kuntum bunga mawar merah. Haish.... Malunya orang tengok. Nasib baik aku ada bawa baju yang sesuai untuk makan malam seperti ini. Hakim pula nampak kacak dengan memakai kemeja berwarna putih dan berseluar denim.
Kami didatangi pemuzik bermain gitar dan seorang penyanyi ketika sedang menikmati hidangan makan malam. Terhenti kunyahan aku dibuatnya. Tak selesa bila ada yang memandang ketika aku sedang makan. Fuh... Selamatlah korang nyanyi 2 lagu je. Kalau tak, aku dah tendang korang masuk dalam kolam.
Hakim ketawa melihat aku menyambung kembali suapan yang terhenti tadi."Kau ni ada jugak rasa malu kan?" Hakim memerli aku.
"Mestilah. Awak ingat saya ni tak pandai rasa malu ke?" Balas aku kembali.
"Baguslah." Jawabnya pendek. Jawapan yang penuh makna tu. Aku dah kenal perangai kau, Hakim.
Tanpa pedulikannya, aku teruskan suapan aku hingga habis. Alhamdulillah, kenyang dah perut ni. Tadi siang aku hanya makan roti sahaja kerana tak selera disebabkan mabuk laut. Hakim pula hanya memesan makanan untuk dibawa ke bilik. Selesai makan siang, aku bantai tidur sampai ke petang kerana sakit kepala sangat. Hakim pula aku tak tahu apa yang dia buat tadi siang. Aku bangun tidur, dia sedang duduk termenung di beranda.
Kami terus pulang ke bilik selepas menjamu selera. Memandangkan Hakim begitu penat, aku akur. Beberapa kali dia menguap. Kesian pulak. Mesti dia penat memandu pagi tadi.
Masuk ke dalam bilik, Hakim terus menukar baju. Kemudian dia terus baring di atas katil. Aku nak tidur kat mana? Tak kan nak tidur kat atas lantai pulak. Aku ingin bertanya, tapi bila lihat matanya sudah terpejam aku mematikan niat. Tanpa menyalin baju, aku keluar duduk di beranda. Jam baru menunjukkan tepat pukul 10 malam. Mungkin kerana petang tadi dah tidur, aku masih belum mengantuk.
Sedang aku duduk mengambil angin, terpandang ada dua orang yang sedang duduk di tepi pantai. Mungkin suami isteri, mungkin pasangan bercinta. Tak kan aku nak tanya pulak kan. Tapi yang buat aku suka melihat, mereka seronok berbual dan bergurau. Tangan si lelaki tak lekang dari memegang si perempuan. Bahagianya bila ada orang yang boleh mendengar suka duka kita.
Tiba-tiba aku teringat kembali kejadian siang tadi ketika Hakim memelukku. Aku terfikir, apa perasaan Hakim terhadap dirinya. Aku pula susah nak tafsirkan apa perasaan aku terhadapnya. Sayang? Mungkin ada. Suami kan, haruslah sayang. Sejak hidup dengannya, tak pernah dia memukul aku. Setakat cakap kasar tu, memang banyak kali. Tapi aku tak kisah pun, sebab cara percakapan bukan mencerminkan perasaan kita. Ada je suami isteri yang bahasakan diri kau aku.
Cinta? Jujur aku akui, aku sudah mula mencintainya. Cewah!!! Orang kata, baru terbit rasa cinta itu. Adalah dalam 20 peratus macam tu. Hahaha...Apalah kau ni Lia. Yang penting, aku mula rasa bahagia hidup dengan Hakim. Aku juga rasa bersyukur kerana Hakim yang menjadi suamiku.
Dek kerana tidak tahan kesejukkan angin malam, aku masuk ke bilik. Setelah memeriksa semua pintu sudah berkunci, aku mengambil beg baju dan membawa masuk ke bilik air untuk menyalin baju tidur.Eh, mana pulak baju aku ni. Bukan ke aku dah masukkan ke dalam beg? Janganlah tertinggal, dah la aku tak bawa baju lebih. Tak kan aku nak pakai blouse malam-malam macam ni. Ada sehelai je t-shirt lengan panjang ini untuk aktiviti esok hari. Aku memeriksa seluar tidur pula, tak ada juga.
Baju siapa pulak ni? Aku menarik sehelai baju keluar dari beg. Hah? Aku rasa aku tak pernah ada baju tidur seksi ni. Kalau ada pun, tak kan aku nak bawa pulak ke sini. Hakim ke punya kerja? Musykil aku dibuatnya. Baju tidur berkain satin berwarna merah terang itu aku halakan ke tubuh. Bolehlah dari telanjang. Fikir aku. Dah alang-alang dalam bilik air, aku sempat mandi badan untuk hilangkan letih. Apa yang letih pun, aku tak tahulah.
Aku menyarung baju itu. Muat dan cantik terletak di tubuh aku. Tak nampak macam baju pinjam. Baju ni menampakkan lurah payudara aku. Manakala panjangnya hanya sampai ke peha aku sahaja. Adui, tak kan aku nak pakai macam ni depan Hakim. Malu pulak rasanya.
Aku menjengukkan kepala ke dalam bilik. Hakim masih tidur, tiada tanda dia sudah sedar. Habis tu aku nak tidur mana? Satu hal pula jadi masalah. Aku pandang sekeliling bilik. Kalau tidur atas sofa tu, esok pagi mesti aku sakit pinggang. Kalau tidur atas lantai, mesti aku mati kesejukkan.
Aku menutup kembali pintu bilik air. Ada jugak aku tidur dalam bath tub ni. Sebelah Hakim kosong, agak-agak kalau aku tidur kat situ dia marah tak? Ah, pedulilah. Kalau esok dia marah, kau buat bodoh je la. Benda dah lepas. Janji kau tak sakit badan, tak kesejukkan. Dengan lafaz bismillah, aku pun keluar dari bilik air.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)