Sudah seminggu Lia menghilangkan diri. Puas aku cari merata-rata tempat, tapi tetap tak jumpa. Risau aku menjadi-jadi bila Lia tiada di kelab bersama Mummy Allen. Mana lagi dia boleh pergi selain dari situ. Lia bukan ada sesiapa di sini.
Ini semua salah aku. Aku bodoh kerana tidak siasat dulu dan menuduhnya tanpa usul periksa. Bukan ke kau ni seorang peguam, Hakim? Argh.....
Aku terkejut ketika mama yang berada di sebelah aku ketika aku bangun dari tidur masa aku sakit minggu lalu. Tercari-cari juga Lia kalau dia ada di situ. Tapi mama cakap, Lia tak ada lagi di sini ketika dia sampai di rumah. Lia juga yang meminta mama datang ke sini untuk menemani aku yang sedang sakit. Aku betul-betul terkejut mendengar kata-kata mama. Terus aku bangun dan meluru ke bilik Lia. Memang kosong. Baju Lia pun tiada lagi di dalam almari. Yang ada cuma sehelai kertas yang di tinggalkan Lia.
Kepada: Hakim
Maafkan saya kerana pergi tanpa izin abang. Dan saya tahu abang pun tak mahu lagi melihat saya di dalam rumah ini. Saya minta maaf kalau menyusahkan abang sehingga abang jatuh sakit. Percayalah, saya tak pernah buat yang bukan-bukan di belakang abang. Itu semua fitnah. Andai kita akan bertemu lagi, saya akan ceritakan semuanya kisah hidup saya agar abang faham keadaan saya macam mana. Buat masa sekarang, biarlah saya pergi dulu.
Selamat tinggal, suamiku.Dari,
AtiliaKertas itu aku genggam dengan kuat. Rasa sakit di hati. Dia memilih Mike dari aku. Mama masuk ke bilik dan bertanya tentang Lia. Aku cuma memberitahu agar mama tak usah risau. Aku katakan yang kami bertengkar dan Lia merajuk dengan aku. Mama cuma memberitahu agar aku dapat menyelesaikan masalah dengan cepat. Kemudian, aku menyuruh mama pulang memandangkan demam aku sudah kebah.
Dua hari selepas itu, Lia tidak juga pulang. Aku terus meminta cuti dari kerja. Aku perlu berjumpa Mike untuk selesaikan masalah ini. Walau macam mana pun, Lia masih isteri aku yang sah. Tak mungkin aku akan lepaskan Lia dengan mudah.
Masuk sahaja ke dalam bilik pejabat Mike, aku terus menumbuk muka Mike tanpa banyak soal. Secretary cuba menghalang, tapi Mike menyuruhnya keluar.
"Mana bini aku?" Soal aku sambil mencekak kolar kemejanya. Mike tersenyum. Panas hati aku apabila melihat senyumannya.
"Mana aku tahu. Dia kan isteri kau, buat apa tanya aku.... " Jawab Mike. Tangan aku ditepisnya kuat.
"Kau jangan tipu aku la Mike. Aku tahu kau yang sorokkan dia. Bagitau aku cepat!" Aku mula menjerit.
"Aku cakap aku tak tahu. Kenapa? Bini kau lari ke? Hahaha.... Perempuan jalang macam dia tu, kau jadikan bini? Dah sah-sah dia permainkan kau je. Kau yang bodoh. Kau sanggup tinggalkan aku, tinggalkan syarikat ni sebab betina tu. Hei, kau tak tengok ke gambar yang aku bagi kau tu? Bukan aku yang cari dia, dia yang sibuk call aku nak jumpa." Jawab Mike.
"Perempuan jalang yang kau sebut tu, bini aku la sial. Aku tak percaya cakap kau. Kau yang perangkap dia kan?" Desak aku lagi. Ikutkan hati, mahu sahaja aku menumbuk mukanya lagi.
"Kalau kau tak percaya, kenapa bini kau lari? Mesti korang bergaduh kan? Kalau kau percaya, mesti bini kau masih kat rumah sekarang ni. Mesti kau dah tahu pasal Adam." Kata Mike lagi. Adam?
"Siapa Adam?" Soal aku balik.
"Hahaha.... Bodoh kau ni Hakim! Siapa Adam? Agak-agak kau siapa? Kau tanya dia sendiri. Sekarang ni, baik kau berambus, ini office aku. Tolong hormat aku sebagai bekas bos kau. Aku kecewa sangat dengan kau, Hakim. Kau tikam aku dari belakang. Kau tau aku nak Lia, tapi kau guna nama aku bawak dia keluar. Aku anggap kau sebagai kawan, tapi kau tikam aku." Mike mendekatkan wajahnya. Aku hanya membalas pandangannya dengan tajam. Siapa cepat dia dapatlah bro.
"Berambus!! Aku tak nak tengok muka kau lagi." Sambung Mike. Aku terus pergi dari situ dengan rasa marah. Tapi entah kenapa aku yakin, Lia tidak bersama Mike. Kalau begitu, Lia bersama siapa sekarang ni?
Kini, sudah 4 hari aku tak ke pejabat. Semalam aku ke kelab lama Lia bekerja. Juga tiada. Aku buntu di mana nak cari Lia. Aku masih memikirkan siapa Adam. Aku tak pernah dengar nama ini dari mulut Lia. Tiba-tiba aku teringat akan nombor telefon yang sering Lia hubungi. Mungkin lelaki itu Adam. Terus aku hubungi nombor tersebut.
"Hello.... " Panggilan aku dijawab. Suara lelaki itu lagi.
"Hello.... Boleh saya tanya siapa yang bercakap tu?" Jawab aku.
"Err.... Ni siapa?" Tanya lelaki itu.
"Saya Hakim. Boleh saya tau siapa yang bercakap?"
"Hakim? Saya Imran... Ada apa ye?"
Imran? Bukan Adam? Siapa pulak Imran ni? Amboii.... Ramainya jantan yang kau kenal, Lia. Hati aku mula sakit lagi.
"Hurmm.... Awak kenal Adam? Saya nak cari dia..... " Soal aku berterus terang. Aku tak mahu berteka teki lagi. Aku mahu kenal siapa isteri aku sebenarnya.
"Adam? Awak siapa? Macam mana awak boleh kenal Adam?" Tanya lelaki itu. Suaranya seperti cemas. Seperti ada sesuatu yang tak kena.
Aku tersenyum puas. Akhirnya aku akan tahu siapa Adam. Kau tak boleh lari dari aku, Lia. Sampai ke lubang cacing aku akan cari kau.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)