Aku menjeling Hakim yang sedang memandu. Entah kenapa rasa sakit hati dengan tindakan yang dia lakukan. Pekak ke tak paham apa yang aku cakapkan semalam. Dan dia dari tadi diam membisu tanpa memberi sebarang penjelasan.
Kemana pulak dia nak bawak aku ni? Dah sejam aku masih duduk dalam kereta. Kalau ke kota tinggi dah sampai agaknya. Tapi dia pulak asyik pusing tempat yang sama. Dengan jalan sesak kat bandar ni. Kepala ku mula terasa pening. Panas terik di luar dah sama dengan panas dalam hati aku ni. Aku dah tak tahan dah ni. Sakitnya tuh disini.....!!!
"Stop!!!!!" Aku menjerit. Kereta berhenti mengejut di tepi pantai lido. Saja tunggu tempat yang tepat untuk menjerit. Kang kalau aku jerit tengah-tengah jalan raya besar. Tak ke naya.
Hakim menoleh dan mengerutkan keningnya. "Kenapa?"
"Awak nak bawak saya ke mana? Saya dah penatlah. Dari tadi awak pusing tempat yang sama." Bentak ku.
"Ingat nak buang air kecik." Selamba dia menjawab. Kemudian dia ketawa perlahan.
"Ingat kelakar? Awak sendiri tak de tempat nak campak saya, ada hati nak beli saya. Baik awak pulangkan saya pada Mummy Allen." Perli aku.
Hakim berhenti ketawa. Dia memandang ke depan sekejap lalu dia teruskan pemanduannya tanpa sebarang kata. Hah!! Sentaplah tu!
Beberapa minit kemudian, keretanya membelok masuk ke Apartment Aloha. Rumah dia ke? La.... Tadi bukan ke dah lalu sini?
Hakim memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Dia turun dari kereta. Aku hanya diam membatu. Kemudian, pintu kereta tempat aku duduk dibuka dari luar.
"Keluarlah. Tadi nak sangat kan balik rumah saya. Nak saya dukung?" Kata Hakim. Mamat ni tak padan dengan muka dia yang hensem. Suka sangat sakitkan hati aku.
Aku terus keluar dari kereta. Pintu kereta aku hempas dengan agak kuat tanda protes. Dia hanya menjeling aku. Tak puas hatilah tu. Ke sayang sangat dengan kereta ni? Hakim terus keluarkan beg bajunya. Kemudian dia berjalan ke arah tangga. Aku ikut dari belakang. Tak kan tak ada lif kot?
Patutlah tak nak naik lif, rumahnya tingkat dua sahaja. Hakim membuka pintu rumah sambil memberi salam. Alamak! Family dia tinggal sini jugak ke? Mampus aku. Nak balik, please!!
Dia menyuruhku masuk. Dengan rasa yang berat, kaki ku melangkah masuk juga.
"Assalamualaikum...." Entah kenapa aku turut memberi salam. Rasanya entah berapa lama aku tak mengucapkan ayat itu.
"Walaikumsalam. Masuklah, jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri." Hakim menjawab salam ku.
"Siapa lagi duduk sini?" Soal ku. Mata ku meliar melihat keliling rumah itu. Tiada sesiapa di situ selain kami berdua.
"Nobody. Mulai hari ni, kita berdua akan tinggal di sini. Awak tengok-tengok la dulu ye. Saya nak kemaskan bilik awak kejap. Oh ya, sorry la rumah berserak. Kalau rajin, tolong kemaskan ye. Rumah ni rumah awak jugak kan." Jawab Hakim lalu terus melangkah masuk ke bilik tengah.
Aku mencebik. Dia 'beli' aku sebab nak jadikan aku orang gaji ke? Aku melihat sekeliling rumah itu. Nampak sangat rumah orang bujang. Hanya ada set sofa, kabibet tv dan meja makan. Tiada perhiasan seperti bunga atau frame gambar. Tak ada la serak mana pun. Yang ada cuma beberapa majalah yang tidak tersusun di atas meja.
Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Majalah yang berserak itu aku susun rapi. Hakim datang duduk di sofa depan aku.
"Awak boleh rehat dalam bilik yang saya masuk tadi. Bilik saya sebelah bilik awak." Kata Hakim.
"Eh, kenapa tak satu bilik dengan awak." Perliku. Bukan ke tujuan dia bawa aku ke sini sebab 'benda' tu.
"Kalau la boleh......" Bisik Hakim perlahan. Tapi dapat ku dengar dengan jelas.
"Mestilah boleh. Awak dah beli saya kan? Saya rasa harga saya ni bukan ratus ringgit. Tak kan awak beli saya hanya nak buat perhiasan pulak kat rumah ni. Rasa rugi pulak." Perli aku lagi. Saja nak tengok reaksinya.
"Awak ni kenapa? Awak tak suka ke dapat keluar dari tempat jijik tu? Awak bebas sekarang." Jawab Hakim. Wajahnya bertukar menjadi serius.
Aku ketawa. Bebas?
"Bebas awak kata? Bebas dalam erti saya, bebas dari segala. Kalau awak bebaskan saya, awak akan biarkan saya pergi ke mana pun. Bukan ke sini." Aku berhenti ketawa. Kami merenung antara satu sama lain.
"Baiklah. Kalau itu yang awak nak, awak boleh pergi. Saya tak kan halang. Saya nak keluar ada kerja. Kalau awak nak pergi, tolong kunci pintu rumah ni." Kata Hakim sambil berdiri. Dia lantas keluar dari rumah. Pintu rumahnya dihempas kuat.
Aku menekup wajah dengan tapak tangan. Tak tahu apa nak buat. Perlu ke aku keluar dari sini? Ikutkan hati, aku memang nak keluar dari kehidupan ini. Tapi ada satu masalah. Ke mana aku mahu pergi? Rumah di kampung itu rumah sewa, mana mungkin tuan rumah mahu menunggu selama 3 tahun. Pasti rumah itu sudah disewakan.
Aku tidak mempunyai saudara mara yang lain. Ayah dan ibu merantau ke kampung itu. Sejak aku lahir, kami tak pernah dikunjungi atau mengunjungi saudara lain. Kata ibu, saudara mereka pulaukan mereka. Sebab itu mereka ambil keputusan merantau. Aku tak tanya pula apa sebab mereka dipulaukan.
Aku bangun dari sofa dan menuju ke bilik. Bilik itu mempunyai katil bujang, sebuah almari dan juga meja solek. Tiada tandas di bilik itu. Tandas berada di depan bilik. Beg aku sudah dimasukkan ke dalam almari. Aku mengeluh. Masih mencari keputusan. Pergi dari sini atau keluar berdikari. Mampukah aku?
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)