"Doktor, saya dah tak tahan ni. Sakit sangat.... " Air peluh sudah mengalir di tepi pipi aku. Sakit yang aku alami sekarang ni hanya tuhan saja yang tahu.
Kandungan aku baru 7 bulan. Doktor kata, aku akan melahirkan baby waktu ini juga. Ya ALLAH.... Sekali lagi aku alami macam Adam dulu. Adam pun dilahirkan waktu kandungan aku 7 bulan. Aku tak sangka nikmat yang ALLAH
berikan secepat itu.Masalah sekarang ni, aku sudah boleh melahirkan baby. Tapi baby tak mahu juga keluar. Doktor tak mahu buat operation sebab keadaan aku tak stabil. Terlalu risiko.
"Puan, mana suami puan?" Tanya doktor yang bertugas. Aku tersentak. Adakah kerana dosa aku terhadap Hakim, ALLAH berikan nikmat sakit ini? Ya ALLAH....
"Doktor, boleh panggilkan abang saya Ali di luar tu tak? Saya nak cakap dengan dia.... Dia... Dia tau nak cari suami saya kat mana... " Kata aku sambil menahan sakit.
Mulanya doktor agak keberatan sebab orang luar selain suami tak boleh berada di dalam wad bersalin. Tapi melihat aku dalam kesakitan, akhirnya dia membenarkan. Kemudian, dia menyuruh seorang nurse memanggil Ali masuk.
Ali masuk dengan memakai topeng yang menutup hidung dan mulutnya. Dari matanya aku dapat lihat dia tampak risau dengan keadaan aku. Ali mendekatkan dirinya ke katil.
"Ali... To...tolong cari Hakim. Kau tau kan dia kat ma....na. Aku... Aku nak minta maaf dengan dia. Aku banyak buat dosa dengan dia. Se...sebab tu ALLAH hukum aku. Aku dah tak tahan sakit." Kata aku dengan lemah.
"Sabar Lia. Aku ada nombor telefon dia. Kalau tak dapat call, aku akan cari dia kat pejabat atau rumah. Kau kuat kan? Aku tahu kau boleh tahan. Kau banyak-banyak zikir eh. Aku keluar dulu.... " Balas Ali.
Selepas Ali keluar, doktor menyuruh aku rehat dan tenangkan diri supaya aku ada tenaga untuk lahirkan baby. Aku mengangguk perlahan dan cuba berzikir seperti pesanan Ali. Disebabkan kepenatan, akhirnya aku terlelap.
Aku terjaga bila terasa sakit di perut aku. Sakitnya begitu luar biasa. Aku membuka mata. Aku ingin membuka mulut memanggil doktor, tapi cepat-cepat aku menoleh di samping aku bila aku perasan ada tangan yang menggenggam erat tapak tangan aku.
"Abang..... " Air mata aku keluar dengan laju. Sakit yang aku alami, aku tahankan.
"Sayang..... Sayang okay?" Air mata Hakim juga mengalir.
"Abang.... Saya nak minta maaf kat abang. Saya... Banyak dosa saya kat abang. Ni anak kita bang.... Saya akan lahirkan anak abang. Abang suka tak?" Aku bawa tangan Hakim menyentuh perut aku. Hakim tersenyum dalam tangisan.
"Syhh.... Abang maafkan sayang. Abang ampunkan sayang. Abang pun minta maaf, abang pun ada salah dengan sayang. Sayang kuat kan? Mama papa semua ada kat luar. Adam... Adam pun ada jugak."
"Adam? Adam anak saya?"
Adam! Adam anak ibu. Arghh.... Aku menjerit dikala sakit yang teramat. Doktor mengarahkan agar Hakim menunggu di luar. Hakim sempat mencium pipi dan dahi aku sebelum keluar. Aku berikan dia senyuman yang manis. Aku takut, aku tak sempat jumpa dia lagi. YA ALLAH.... Ampunkan aku.
************************************
Sudah sejam aku menunggu di luar bilik dalam keadaan risau. Mama cuba mententeramkan aku. Aku lihat Big Boy juga seakan risau. Big boy dah banyak berubah. Dia memakai serban di kepala. Ketika dia hubungi aku, aku terkejut. Macam mana dia boleh tahu Lia mengandung dan tahu Lia di hospital. Aku tak mahu tanya dulu kerana Lia yang paling penting sekarang.
Melihat keadaan aku, Adam datang dekat. Mungkin dia takut melihat kami semua cemas. Aku sudah menghubungi Imran. Katanya, mereka akan datang ke sini.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)