Hai, nama aku Hakim. Nama sebenar Muhammad Hakim Haikal Bin Sofian. Umur aku 28 tahun. Masih bujang. Bekerja sebagai peguam di syarikat ternama. Aku bukan datang dari keluarga berada. Tapi boleh dikatakan agak senang. Mama aku, Puan Aminah hanyalah seorang suri rumah. Papa aku pula seorang pengarah urusan di sebuah syarikat pembinaan. Aku mempunyai 3 adik beradik. Dan aku anak sulung.
Tiada yang menarik mengenai aku. Hanyalah seorang insan biasa. Seorang yang pendiam. Tinggi aku 180cm dan berat 73kg. Rupa aku boleh tahan, orang kata boleh cari makan. Bukan nak angkat bakul sendiri. Tapi zaman sekolah dulu, ada jugak yang kirim surat cinta.
Buat masa ni, tiada lagi awek tetap. Awek-awek buat hilangkan boring ada la jugak. Seorang peguam yang hensem tak kan ada awek kan? Nanti di cop sebagai gay pulak. Huish.... selisih.
Sekarang ni, aku nak cerita pasal awek yang tengah sedap tidur sebelah seat aku ni. Jujurnya aku pelik dengan diri aku sendiri. Kenapa harus dia yang aku sibuk fikirkan sekarang ni? Aku tahu dia siapa. Apa kerjanya. Kalau mama aku tahu, mampus aku di kejar guna parang. Otak aku mereng ke?
Lia. Nama sebenar belum lagi tanya. Dia seorang perempuan yang cantik dimata aku. Nampak pendiam, tapi sebenarnya mulut agak becok. Orangnya tak tinggi, tak juga pendek. Kalau diri bersama, tingginya separas leher ku. Aku agak beratnya dalam 50-55 kg kot. Ukuran badan? Tok sah la tanya. Belum ukur. Hehehe.....
Berbalik cerita awal tadi, aku pelik dengan citarasa aku. Kenapa aku perlu suka pada seorang G.R.O? Tak payahlah aku cerita apa kerjanya. Mesti tahu kan? Aku pun malu nak cerita.
Pertama kali aku lihat dia, waktu di kelab. Bos aku suruh pick up seorang awek kat kelab. Oh lupa! Mike tu bos aku. Sebenarnya itu bukan kerja aku. Aku ni cuma lawyer je kat syarikat dia. Entah kenapa dia suruh aku buat kerja tu. Aku pun layankan. Mana boleh bantah arahan bos. Nanti kena pecat.
Sampai kelab, jumpa Mummy Allen. Bagi nama yang disebut oleh bos. Bincang punya bincang, Mummy Allen kenalkan aku pada Lia. Bila masa si Lia ni dah kat sebelah. Macam tahu je. Pandang je wajah dia, dup-dap dup-dap jantung aku. Tak boleh jadi ni. Aku hanya mampu tersenyum.
Dalam kereta aku diamkan saja. Dalam hati dok menyumpah bos aku. Cilaka. Untung jadi orang kaya, petik jari semua nak dapat. Malam ni syok la bos dapat makan makanan cantik dan seksi.
Selepas hantar Lia ke rumah bos, aku pulang ke rumah. Wajah Lia masih terbayang-bayang dalam kepala otak. Memikirkan apa yang bosnya dan Lia sedang buat, aku bertambah sesak nafas. Kalau bos boleh tidur dengan dia, kenapa tidak aku. Begitu jahat fikiran aku. Oh tidak!!!! Aku bukan lelaki jahat. Tak sanggup memikirkannya, terus aku pejamkan mata dan tidur. Moga esok dapat tatap wajahnya lagi.
Bagai mendapat durian runtuh, pagi itu bos call aku. Suruh aku carikan baju yang sesuai untuk Lia. Melampau bos aku ni. Aku lawyer la. Bukan P.A dia. Tapi disebabkan Lia, aku gagahi mencari butik yang buka di awal pagi. Nasib baik jumpa Butik Qaisara. Tapi semuanya hanya baju kurung dan jubah. Tak kan nak beli jubah kot. Sedang mencari baju yang sesuai, aku terpandang sepasang kebaya nyonya. Cantik. Sesuai rasanya dengan Lia yang seksi tu. Aku pun beli. Lantaklah bos nak marah ke.
Selepas aku hantar pakaian ke rumah bos, aku ke pejabat. Sempat bos berpesan supaya datang ke rumahnya untuk menghantar Lia pulang. Yahuuu.... aku suka. Boleh tatap wajahnya.
Seperti yang dijanji aku sampai ke rumah itu. Tergamam aku sekejap bila melihat Lia memakai kebaya nyonya yang aku belikan. Cantiknya. Seksi sangat. Dadanya yang montok tu membuatkan aku seperti terkena renjatan elektrik. Sabar Hakim. Aku menelan air liur. Sempat lagi aku isghtifar dalam hati. Senyuman manis aku berikan. Patutlah bos tadi kirim message cakap terima kasih sebab pilihkan baju yang sesuai. Cilaka punya bos.
Seperti biasa dalam kereta aku hanya berdiam diri. Kelu lidah untuk bersuara. Kalau aku jahat, dah lama aku terkam budak ni. Sampai di apartmentnya, Lia menyuruhku simpankan duitnya. Terkejut aku. Apa hal budak ni? Tak sempat menghalang, dia terus keluar dari kereta.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)