Bab 36

111K 1.4K 35
                                    

Sudah sejam setengah aku duduk dalam kereta ni. Sangat bosan bila sepanjang perjalanan Hakim diam seribu bahasa seperti biasa. Bilalah nak sampai destinasi ni. Hakim tak memberitahu aku kemana kami akan pergi. Katanya, biarlah rahsia. Ceh! Tapi sekarang ni aku hanya nampak papan tanda ke arah Mersing. Mungkin dia ingin membawa aku ke pantai di Mersing kot. Mersingkan banyak tempat penginapan di tepi pantai.

Aku sebenarnya tak tahan dah nak muntah. Mungkin mabuk sebab jalan rayanya bengkang bengkok ke, atau tak makan lagi. Kepala aku dah mula pening lalat. Tapi aku diamkan sahaja sebab tak mahu kacau pemanduan Hakim. Untuk mengelakkan aku termuntah di dalam kereta ni, aku amik keputusan untuk tidur sahaja. Sudahlah mengantuk gara-gara tak cukup tidur semalam. Pukul 7 pagi Hakim sudah mengejutnya, sedangkan pukul 3 pagi baru dia terlena.

Aku tersedar bila Hakim memanggil nama aku. Cepat-cepat aku duduk menegak. Aku membetulkan tudung yang senget sedikit. Aku pandang sekeliling. Aik... Tak ada pantai pun. Yang ada cuma kereta di kiri kanan aku.

"Kita kat mana ni?" Tanya aku hairan.
"Kat jeti." Jawabnya.

"Hah? Buat apa kat sini?"

"Boleh tak jangan tanya soalan bodoh? Kat jeti mestilah nak naik feri. Dah jom keluar. Dah lambat ni, nanti tak dapat tempat duduk." Jawab Hakim lalu keluar dari kereta. Tak boleh nak jawab elok-elok ke? Eh, dia kata naik feri. Wow.... Mesti dia bawak aku ke pulau kan? Bestnya!!!

Aku turun dari kereta. Hembusan angin laut menyapa pipi. Nyamannya rasa. Dekat darat pun angin dah sepoi-sepoi macam ni, kat pulau tentulah lagi seronok.

"Woi, berangan apa tu? Tolong aku bawak beg ni." Jerit Hakim dari belakang kereta. Aku ketawa perlahan sambil berjalan ke arahnya.

Baru aku tahu, kami di jeti Tanjung Leman. Ketika Hakim menguruskan tiket, sempat mata aku melilau sana sini. Papan tanda tu tulis, jeti ini hanya ada perkhidmatan ke Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Sibu dan beberapa pulau yang lain. Banyak juga pulau di Johor ni ye.

Hakim sudah selesai mengambil tiket, dan menyuruh aku supaya beratur untuk masuk ke jeti. Ketika itu tak berapa ramai orang, mungkin ada dalam 20 orang sahaja. Akhirnya, kami masuk juga ke dalam feri setelah 20 minit beratur.

Kami sampai di Pulau sibu setelah 45 minit perjalanan menaiki feri. Nasib baiklah sekejap je, sebab aku mula nak mabuk laut tadi. Tak sangka aku ada mabuk laut. Hehehe... Biasalah orang baru pertama kali naik feri.

Kami disambut dengan senyuman oleh para pekerja di pusat peranginan itu. Dan kami diberi welcome drink's ketika sampai di meja penyambut tetamu. Layanan memang terbaik. Seronok pulak bila dilayan mesra. Dulu kita je melayan orang. Oleh kerana ramai yang sedang mendaftar masuk, aku sempat mengambil angin di tepi pantai. Cantik sangat pemandangan di sini. Air lautnya berwarna biru.

Selesai mendaftar masuk, kami iringi ke bilik menaiki kenderaan kecil. Sama seperti kat padang golf tu. Aku tak tahu namanya apa, maklumlah aku tak main golf. Kalau di tanya jenama minuman keras, tahulah aku menjawabnya.

Wow!! Perkataan pertama yang aku sebut ketika masuk ke honeymoon suite. Romantiknya. Katil kami penuh dengan kelopak bunga mawar merah. Di tengah katil, ada tuala yang dilipat menjadi angsa. Eh, angsa ke itik eh? Ah, lantaklah. Yang penting cantik.

"Suka?" Soal Hakim?

"Gila tak suka. Terima kasih bawak saya ke sini." Kata aku sambil tersenyum.

Aku membuka pintu gelongsor untuk ke beranda. Mata aku terpegun melihat keindahan tempat ini. Sempat aku memuji kebesaran ALLAH swt. Bilik kami betul-betul berhadapan dengan pantai. Pantai ini lebih dikenali sebagi private beach untuk mereka yang menginap di honeymoon suite. Pengunjung lain tak dibenarkan mandi disini.

Tiba-tiba aku rasakan ada lingkaran di pinggang aku. Hampir tercabut jantung aku disebabkan terkejut. Dagu Hakim menongkat di bahu kanan aku. Entah kenapa aku tidak menolak pelukannya. Bahagia. Itu yang aku rasakan. Tak pernah aku rasa bahagia begini. Tiada perasaan takut. Tiada perasaan benci.

"Hakim... " Aku panggil namanya perlahan.

"Syhhh.... 5 minit je." Balasnya. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Aku hanya berdiri tegak memandang laut yang terbentang luas di depan kami.

'YA ALLAH, KAU hadirkanlah perasaan cinta dalam hati kami. Mungkin aku bukan wanita terbaik baginya, tapi KAU jadikanlah aku isteri yang sempurna untuknya.'

G.R.OWhere stories live. Discover now