Bab 42

98.3K 1.3K 31
                                    


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Kau yang Maha Pengampun...
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku.
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat...
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini
Amin........"

Kedua-dua belah tapak tangan aku tekapkan di muka. Aku toleh ke belakang. Lia menangis lagi. Hari ni banyak kali aku melihat Lia menangis. Entah apa yang ada difikirannya. Aku bersyukur kepada Allah kerana membukakan hati Lia untuk solat.

Walaupun dari luaran Lia nampak seperti seorang wanita yang keras hati dan degil, tapi sebenarnya dia seorang yang lembut hati. Sepatutnya dari awal perkahwinan aku sudah mengajaknya solat, tapi aku harus membeli jiwanya dulu. Akhirnya, impian aku ingin menjadi imam isteriku dalam solat sudah tercapai tanpa sebarang paksaan.

Selepas dia berhenti menangis, aku hulurkan tangan untuk bersalam. Dia menyambutnya dan mencium tangan aku. Aku membalas dengan mencium dahinya. Wajahnya kelihatan malu. Sejuk hati aku memandang wajahnya ketika itu.

"Ada rasa tenang? Solat ni sentiasa membuatkan hati kita tenang." Kata aku.

"Terima kasih, Hakim." Ucap Lia. Aku tersenyum. Salah satu yang aku suka dengan Lia ni sebab dia sentiasa ucapkan terima kasih.

"Sama-sama, isteri ku." Balas aku. Wajahnya kemerah-merahan. Mungkin kerana aku panggilnya isteri ku.

"Isteri ku? Comelnya.... Suami ku ni." Gurau Lia. Tu pun comel ke? Kang aku panggil bini ku, nampak kasar pulak.

"Lia, mulai sekarang jangan panggil Hakim. Panggil saya, err.... Abang." Hish.... Geli pulak abang. Tapi tak kan nak panggil aku, suami ku.... Tak pun sayang, darling, lagilah geli aku dengar. Badan sado macam aku ni pelik pulak orang panggil aku macam tu.

"Abang?" Lia ketawa perlahan. Aku pulak yang malu.

"Habis tu awak nak panggil saya apa?" Tanya Lia.

"Panggil apa? Lia je lah. Tak kan nak panggil awak, kakak pulak. Saya abang, awak kakak. Eh, macam best pulak kan." Aku pulak bergurau. Suka tengok dia ketawa. Dan dia pun ketawa lagi. Senang hati melihat dia gembira semula.

"Kakak? Tak romantiknya. Panggil Lia je lah. Saya tak kisah awak...er.... Abang nak panggil apa pun. Yang penting, abang panggil panggilan yang elok-elok." Kata Lia. Merajuk ke? Eh, macam comel pulak dia panggil aku abang. Hahaha....

"Dah la, saya nak masuk bilik saya. Dah mengantuk sangat ni. Err... Esok awak kejutkan saya solat subuh ye. Saya takut terbabas nanti." Lia bangun dan melipat sejadah yang digunakannya. Aku hanya memandang saja pergerakkannya. Ketika dia ingin keluar, cepat-cepat aku bangun.

"Err.... Sa...yang.... Malam ni tidur bilik abang. Eh bukan.... Mulai malam ni sayang tidur bilik abang. Eh bukan... Maksud abang, bilik kita." Tergagap-gagap aku dibuatnya. Lia memandang aku seperti tiada perasaan. Kemudian dia terus keluar dari bilik tanpa berkata sepatah apa pun. Aku pula yang tercengang memandangnya pergi. Mungkin dia belum bersedia kot.

Aku melipat sejadah dan membuka kain pelikat untuk digantikan dengan seluar pendek. Kemudian aku baring di atas katil. Jam pun dah menunjukkan pukul 11 malam. Nak keluar tengok tv, rasa malas pula. Aku cuba menutup mata. Tiba-tiba aku rasa disebelah aku ada pergerakan. Seperti ada seseorang yang duduk di sebelah aku. Aku buka mata dan menoleh ke sebelah. Lia sudah baring disisi aku. Aku hanya memandang tanpa kata.

"Kenapa? Jangan cakap abang tarik balik kata-kata abang. Lagipun, saya dah boring tidur sorang-sorang dalam bilik tu. Pastu saya takut. Kadang-kadang ada terdengar suara, ada yang mencuit kaki saya." Cerita Lia aku dengar dengan sepenuh hati. Nak gelak aku dibuatnya. Suka sangat buat cerita bukan-bukan. Ingat kelakarlah tu.

"Dah diam. Abang dah mengantuk ni. Sayang kalau malu pun, janganlah buat cerita yang bukan-bukan. Kalau sayang nak tau, bilik abang ni lagi banyak hantu. Hantu ni suka gigit orang tau. Bukan tu je, kadang kadang dia suka tindih bila kita tidur pastu dia peluk. Peluk macam ni.... " Aku tariknya dalam pelukan aku. Kan dah kena.... Suka sangat buat cerita. Kemudian kami sama-sama ketawa.

"Pandai abang buat lawak eh. Ke memang abang takut ni, sebab tu peluk saya."

"Mana ada abang buat lawak... Betullah. Cuma malam ni dia tak datang, mungkin dia penat sangat kot. Esok malam dia datang, jangan salahkan abang kalau dia pelok cium sayang." Aku tersenyum penuh makna. Lia memukul manja lengan aku. Mungkin tahu apa yang aku maksudkan.

Aku peluknya dengan kuat sekali. Rasa kasih dan sayang pada isteri ku ini tiada tandingannya. Mungkinkah cinta sudah berputik?

G.R.OWhere stories live. Discover now