Aku terjaga dari lena disebabkan kesejukkan. Aku buka mata perlahan-lahan dan memandang sekeliling bilik. Sedar yang aku masih di bilik Mike, aku terus bangkit dari tempat tidur. Aku menarik comforter dan membalut tubuhku yang terdedah tanpa seurat benang. Mike tiada disitu. Mungkin di ruang tamu kerana tiada sebarang bunyi didalam bilik air.
Aku terus keluar dari bilik dengan comforter masih membaluti badan. Terlihat Mike sedang duduk di sofa. Melihat penampilannya, tentu dia sudah mandi. Aku datang menghampirinya.
"Morning...." ucapku.
"Morning baby..... lena betul u tido. Kenapa tak mandi lagi? I dah sediakan baju untuk u. Tengok dalam paper bag atas meja dalam bilik." Balas Mike. Seperti biasa, dia tersenyum manis.
Belum sempat aku ingin duduk sebelahnya, ada satu suara menyapa.
"Tuan, breakfast dah siap. Jemput makan." Aku menoleh ke arah suara itu. Kelihatan seorang makcik berdiri di sebelah meja makan. Terkejut aku dibuatnya. Kemudian makcik itu memandang aku. Dia senyum.
Mak dia ke? Kakak? Makcik dia? Gila ke kau Lia? Tak kan mak dia kot. Tak dengar ke dia panggil Mike, Tuan? Mungkin orang gaji kot? Fikirku dalam hati.
"Okay baby, breakfast dah siap. U nak makan dalam keadaan macam ni ke or nak mandi dulu? I dont mind." Tanya Mike sambil matanya melihat aku dari atas ke bawah.
Oh my......!!! Aku tak pakai baju!!! Malunya. Bukan malu pada Mike. Tapi makcik kat depan aku ni. Makcik tu hanya tersenyum. Aku membalas. Padahal nak cover malu.
Mangguk ayun la ko ni Lia. Aku terus lari masuk bilik.
Selesai mandi, aku mendapatkan beg kertas yang Mike cakapkan. Aku mengeluarkan baju di dalam. Sehelai baju kebaya nyonya warna merah dan dihiasi sulaman. Dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Eh.... pakaian dalam pun ada. Mike beli sendiri ke? Selalunya lelaki kan malu dengan hal-hal begini. Aku terus menyarung pakaian. Wajah ku di dandan biasa. Rambutku diikat satu. Okay siap. Peh Lia.... macam gadis kampung zaman dulu. Aku terus keluar dari bilik. Mike sudah menunggunya di meja makan.
"Wow... u look gorgeous. Jom breakfast...." Mike bangun dari kerusi dan mencium pipi kiriku. Kerusi ku ditarik, dan aku duduk. Sebenarnya aku malu Mike cium pipi ku sebab Makcik tu sedang memandang ke arah kami. Dah la tiada sebarang ikatan, bermalam dirumah lelaki, buat aksi tak senonoh. Mesti makcik tu fikir aku macam-macam.
"Jom makan sekali makcik....." Tanpa ku sedar, aku mengajak makcik tu makan bersama. Aku di ajar oleh arwah ibu untuk bersopan dan tidak kurang ajar depan orang tua.
"Eh... tak... apa cik, makcik dah makan. Cik dan tuan saja yang makan, makcik masuk dapur dulu." Jawab makcik tu seperti serba salah dan terus berlalu ke dapur tanpa sempat aku membalas.
Mike hanya diam. Dan menyuap nasi lemak ke mulutnya. Tekak melayu jugak mamat ni. Desis hati ku.
"Hurm.... Bila u nak hantar I balik?" Tanya ku beberapa minit kemudian.
"Kenapa? U tak suka duduk sini? Ke U rindu dengan pelanggan-pelanggan U?" Jawab Mike. Aku sungguh berkecil hati dengan jawapannya.
"Mike.... Bukan itu maksud I. U pun tau maksud I kan? Kalau nak ikutkan logik, sekarang ni pun I masih tengah bekerja." Balasku. Aku bukan sedang bercuti sekarang ni. Aku dibayar untuk disini. Mike pelanggan aku. Dan aku G.R.O. yang melayannya.
"Yes. And u pun sekarang tengah bekerja. I pay for it. Bukan sikit harganya I bayar pada Mummy u tu. So, diam dan layan I saja." Aku tersentak dengan kata-kata Mike. Okay. Aku sedar siapa aku. Jangan harapkan yang lebih, Lia.
Kami kemudian diam sahaja sepanjang sarapan. Selasai makan, Mike terus ke ruang tamu menonton tv. Aku ingin mengemas meja makan tapi dihalang oleh Makcik tadi. Akhirnya aku masuk ke bilik.
.....................
*hye korang.....
So macam mana dengan cerita ni? Okay ke tak jalan ceritanya. Sorry kalau banyak sgt typo.
Plz komen......
Jangan lupa vote tau.Xoxo
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)