Bab 49

79.6K 1K 9
                                    

Aku berjalan melepasi guard dan berdiri jauh dari pondok guard. Aku tak mahu mertua aku nampak bila dia sampai nanti. Buntu aku memikirkan ke mana harus aku pergi. Aku bukan ada kenalan lain di sini. Tak kan aku nak minta pertolongan dengan Mike pula. Memang sah aku dah gila la kalau aku call dia sekarang.

Perlu ke aku balik kampung? Jumpa Adam? Tapi sekarang bukan masa yang sesuai. Bukan dalam keadaan aku yang tengah kusut. Kalau aku balik sana, pasti akan mengeruhkan keadaan. Sudah pasti aku akan menyusahkan Mak Eton dan Imran. Cukuplah mereka menolong aku menjaga Adam selama ini. Lagipun, Imran akan berkahwin tak lama lagi. Apa pula kata bakal isterinya jika aku tinggal bersama keluarga Imran.

Ketika aku sedang mengelamun di tepi jalan, aku perasan kereta mertua aku sudah masuk melepasi guard. Lega hati aku bila ada yang menjaga Hakim yang sedang sakit. Aku mula berjalan lagi. Beberapa teksi mula menekan hon kereta. Aku hanya memandang tanpa menahan. Kalau aku naik teksi, ke mana aku nak pergi. Aku tak pasti lagi. Ikutkan hati, mahu sahaja aku call Mummy Allen. Tu lagi satu idea gila. Dah keluar sarang buaya, nak masuk lagi ke sana untuk apa kan?

Tanpa aku sedar, ada sebuah kereta mengekori aku. Kereta tersebut berhenti di sebelah aku. Aku terkejut dan cepat-cepat mahu larikan diri. Tapi seorang lelaki yang menutup mukanya keluar dari kereta dan terus menangkap aku. Lelaki itu mengangkat aku masuk ke dalam kereta. Kemudian kereta itu pecut. Aku meronta-ronta sambil menjerit dengan kuat. Lelaki itu terus menekup hidung dan mulut ku dengan kain. Dan tak sampai dua saat, aku sudah tak sedarkan diri.

Ketika aku sedar, telinga aku menangkap ada beberapa suara orang yang sedang berbual. Aku tak boleh melihat kerana mata aku di tutup dengan kain. Mungkin aku sudah tidak berada di dalam kereta lagi. Mungkin kini aku ada di dalam rumah atau bangunan.

"Woii.... Lepaskan aku!!!" Aku menjerit kuat. Suara mereka tidak kedengaran lagi. Kemudian aku mendengar tapak kaki yang mendekati aku.

"Diam. Kalau tak, aku tidurkan kau lagi. Kau nak?" Kata seorang lelaki. Aku tak pernah dengar suara itu. Aku mula ketakutan. Aku gelengkan kepala. Aku tak mahu pengsan lagi. Aku perlu sedar untuk memastikan mereka tak apa-apakan aku.

Kemudian aku dengar bunyi pintu ditutup. Maknanya aku berada dalam sebuah bilik. Aku cuba lepaskan tangan aku dari ikatan, namun usaha aku gagal. Aku mula rasa rimas dan lemas. Keadaan sekarang ni membuatkan aku berasa mual dan kepala aku mula pening. Aku cuba bertahan.

Tak lama kemudian, pintu bilik itu dibuka. Seseorang mendekati aku dan membuka kain yang menutup mata aku. Fuh.... Lega. Kemudian terkejut aku melihat seorang lelaki berdiri di depan aku. Wajahnya tidak kelihatan kerana memakai topeng badut. Hampir menjerit aku dibuatnya. Lelaki itu memandang tepat ke anak mata aku. Aku membalas pandangannya. Aku harus beranikan diri. Aku tak boleh kelihatan takut.

"Aku akan buka ikatan tangan kau tu. Tapi kau kena janji, kau tak kan larikan diri. Kalau tak, aku kurung kau dalam bilik air tu." Kata lelaki itu sambil jari tengahnya menunjuk ke pintu yang ada di dalam bilik itu. Oh... Itu bilik air.

Aku hanya diam. Mata aku melihat sekeliling bilik itu. Sebuah bilik yang cukup lengkap dengan perabotnya. Ada katil, almari, meja solek dan cermin juga sebuah tv. Beg baju aku juga ada disitu. Aku kat mana ni?

"Kenapa kau culik aku? Korang ni siapa hah? Mike punya kerja ke? Mike....!!! Mike....!!!!" Aku cuba menjerit lagi. Aku dah agak, ni mesti kerja Mike. Tak guna punya jantan.

"Diamlah bodoh!! Siapa Mike? Kalau kau menjerit lagi, aku sumbat mulut kau dengan kain nanti." Kata lelaki itu. Aku hanya mencebik. Betul ke bukan Mike? Kalau bukan dia, siapa yang culik aku. Aku rasa lelaki depan aku ni cuma orang suruhan je.

"Cepatlah bukak....aku nak pergi tandas ni." Kata aku pula. Naik sakit dah tangan aku ni diikat. Lelaki itu hanya memandang aku.

"Cepatlah....Aku tak tahan ni. Yelah, aku janji tak buat kecoh. Dah cepat lepaskan aku." Sambung aku. Barulah lelaki itu melepaskan aku. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik air. Pintu aku kuncikan.

Aku menarik nafas dalam. Jantung aku masih laju berdegup. Sengaja aku masuk ke sini sebab aku takut kalau dia apa-apakan aku. Mana mungkin aku mahu larikan diri, aku pasti diluar sana pasti ada beberapa orang yang jaga. Memang naya je kalau aku cuba lari.

Soalan yang sama masih aku fikirkan, siapa yang menculik aku. Kalau bukan Mike, siapa lagi? Aku bukan kenal sesiapa pun kat sini. Argh.... Kusut kepala otak aku ni. Aku mula teringat kepada Hakim. Rasa menyesal pun ye kerana keluar dari rumah. Mungkin ini balasan aku sebab tinggalkan rumah tanpa izin. Tapi bukan ke Hakim halau aku keluar. YA ALLAH, lindungilah aku.

Sudah setengah jam aku di dalam bilik air. Aku buka pintu sedikit cuba melihat jika ada sesiapa di luar. Kosong. Aku pun keluar dengan berhati-hati. Aku lihat ada bungkusan di atas katil. Tadi tak ada pulak bungkusan ni. Apa ni? Aku cuba lihat isi di dalam. Rupanya kotak bungkusan makanan, aku biarkan saja. Mana mungkin aku ada selera nak makan dalam keadaan macam ni. Aku menghampiri tingkap di dalam bilik itu tapi tingkap itu tak boleh dibuka. Seolah-olah ada sesuatu yang halang dari luar. Berkali kali aku cuba tapi gagal.

Aku duduk di depan cermin melihat diri aku sendiri. Apa yang dah berlaku ni? Lepas satu, satu hal yang datang. Aku mula mengalirkan air mata. Tersedu sedu aku menangis. Apalah malang nasib aku.....

G.R.OWhere stories live. Discover now