Bab 26

108K 1.4K 81
                                    

Aku tersedar dari tidur bila mendengar ada suara yang memanggil aku. Aku buka mata dan melihat wajah Hakim cukup dekat dengan aku. Kepala aku terdorang ke belakang kerana terkejut. Eh, macam mana dia boleh masuk dalam bilik ni. Bukan ke aku dah kunci pintu? Aku melihat jam di dinding. Pukul 11? Patutlah aku rasa mengantuk. Baru 5 jam aku tidur kerana aku terlena pukul 6 pagi tadi.

Aku membalas renungan Hakim. Tiba-tiba dia tersenyum. Pelik. Semalam kemain mengamuk sakan, pagi ni boleh pulak dia tersenyum. Aduh, hensemnya.

"Morning my wife to be.... cepat siap. Kita banyak tempat nak pergi ni. Oh ya, pakai baju dalam beg ni. Sebab awak akan jumpa keluarga saya hari ni. Kalau awak lupa, saya nak ingatkan yang malam ni kita akan bernikah. Saya tunggu kat luar. Jangan nak terhengeh-hengeh bersiap. Saya tak suka tunggu orang." Hakim memberi arahan dan terus keluar dari bilik. Tak sempat aku nak berkata-kata.

Nikah? Apa lagi yang boleh aku buat? Hakim dah buat keputusan. Aku tak mampu nak halang lagi. Biarlah takdir yang tentukan hidup aku sekali lagi. Malam tadi selepas di marah oleh Hakim, aku menangis semahunya. Timbul rasa bersalah terhadap dia. Aku nafikan keikhlasan hatinya selama ini. Tapi aku buta. Aku tak nampak kebaikkannya selama aku menumpang di sini. Dia tak pernah mengambil kesempatan terhadap aku selepas kejadian hari tu.

Kini aku berserah. Hidup aku telah pun mati sejak aku tinggalkan kampung. Biarlah orang anggap aku barang permainan mereka.

Aku lantas bangun dan bersiap. Hakim hadiahkan aku sehelai baju kurung berwarna hijau dan bercorak bunga warna pink. Cantik. Aku mengalirkan air mata. Sudah lama aku tak berpakaian begitu. Tanpa sebarang solekan, aku terus keluar mendapatkan Hakim.

Kami ke Plaza Angsana tengah hari itu. Selepas lunch, Hakim membawa aku ke butik pakaian untuk mencari baju yang akan aku pakai malam nanti. Aku hanya mengikut Hakim tanpa sebarang bunyi. Selepas puas keluar masuk butik, akhirnya Hakim memilih sehelai baju kurung moden berwarna putih untuk aku. Aku pun suka. Simple sangat rekaannya. Tidak terlalu sarat dengan perhiasan.

Kemudian kami masuk ke Habib Jewels untuk mencari cincin. Mulanya aku membantah kerana aku tak kisah kalau tiada cincin. Tapi Hakim kata, jangan malukan dia depan keluarga. Nampak sangat macam kahwin paksa. Hmm... memang kahwin paksa pun. Aku ikutkan juga. Hakim memilih sebentuk cincin emas dan juga seutas rantai leher. Mulanya aku menolak, tapi Hakim mendesak dan menyuruh aku pakai terus rantai itu. Katanya hadiah kerana sudi kahwin dengannya. Apa sudi-sudi? Aku dipaksa okay. Dipaksa!

Sebelum keluar dari Plaza Angsana, Hakim sempat membelikan aku beberapa helai blouse dan seluar. Dia tak mahu aku memakai baju seksi lagi selepas ini. Pakai dalam rumah sahaja. Aku hanya mencebik.

Selesai membeli barang, kami terus ke rumah keluarga Hakim. Sampai di rumah keluarganya, hati aku berdebar sangat. Bagaimana penerimaan keluarganya nanti? Melihat kebimbangan aku, Hakim menggenggam tangan aku.

"No worries. Parents saya okay. Dorang dah tak marah. Dan awak kena ingat apa yang saya cakapkan tadi. Cerita kita kene sama supaya mereka tak syak apa-apa. Sorry sebab tak bagitau hal sebenar tentang siapa awak. Saya tak nak keruhkan lagi keadaan. Saya terpaksa bohong mereka." Kata Hakim. Kemudian dia memberikan aku senyuman. Aku membalas.

Aku faham. Mana ada mak bapak yang nak tengok anaknya kahwin dengan seorang bekas pelacur macam aku. Jadi aku kena terima walaupun bukan ini yang aku mahukan. Kalau boleh, biarlah mereka tahu asal usul aku agar tiada masalah kemudian hari.

"Lia, ni ada hadiah untuk awak. Awak pakai ye." Hakim menghulurkan beg kertas kepada aku.

Aku mengambil dan mengeluarkan isinya. Sehelai selendang berwarna merah jambu. Sepadan dengan warna corak bunga baju kurung yang aku pakai ni. Tak mahu menghampakan permintaan Hakim, aku meletakkan selendang itu di atas kepala aku. Hakim menolong aku melilitkan selendang ini. Aku ketawa perlahan. Tak sangka seorang lelaki pandai buat macam ni.

"Kenapa ketawa? Tak percaya saya pandai? Ni semua sebab selalu sangat tengok adik-adik saya melilit shawl. Kadang-kadang pening saya dibuatnya. Okay siap, jom keluar. Mama saya tunggu kat dalam tu. Trust me okay?" Aku melihat penampilan ku di cermin yang ada di dalam kereta. Cantik.

Hakim terus keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta aku. Wow.... gentleman. Sempat lagi aku berbisik. Debaran kian terasa bila aku sudah berada di depan pintu rumah. Hakim segera memberi salam dan dia terus membuka pintu rumah. Hakim masuk dan menyuruh aku ikutnya dari belakang.

Melihat tiada sesiapa di ruang tamu, Hakim terus ke masuk ke dapur. Dan aku setia mengikutnya. Tak nak aku dibiarkan sendirian. Kang ada aku pengsan sebab ketakutan yang melampau.

"Mama buat apa tu?" Sapa Hakim. Mamanya yang sedang potong bawang segera menoleh. Dia tersenyum. Cantik bakal ibu mertua aku ni. Semalam tak perasan sebab aku terlalu terkejut.

"Lia..... Lia..... termenung apa tu? Salamlah dengan mama." Terkejut aku bila disergah begitu. Hish.... sempat lagi aku termenung. Buat malu je. Aku terus menghulurkan salam kepada mama Hakim. Sempat juga aku bertanya khabar. Nampaknya mamanya masih dingin terhadap aku.

"Bawak Lia ke depan dulu. Nanti mama datang bawak air." Kata mama Hakim.

Hakim membawa aku ke ruang keluarga dan menyuruh aku menunggu disini. Dia mahu naik atas sekejap untuk tukar baju dan solat. Aku hanya mengangguk. Tak kan aku nak ikut dia naik pulak. Aku menunggu dengan debar. Bila-bila masa sahaja mamanya akan datang ke sini.

"Mana along? Eh, Hakim." Mama Hakim datang sambil menatang dulang berisi air minuman dan kuih muih.

Along? Comelnya nama.

"Err... dia kata nak solat dulu." Jawab aku. Mama Hakim duduk di depan aku. Dan menuangkan air ke dalam cawan.

"Lia tak solat sekali ke? Boleh solat dalam bilik tetamu tu." Tanya Mama Hakim. Aku terkedu. Erkk....

"Saya uzur makcik." Jawab aku. Jawapan selamat aku berikan. Mama Hakim mengangguk perlahan tanda faham.

"Panggil mama je Lia. Lagipun, malam nanti Lia akan jadi sebahagian keluarga ni." Kata mama Hakim. Aku terkejut sangat. Mungkinkah wanita didepannya ini sudah menerimanya?

"Lia minta maaf." Hanya itu yang mampu aku ucapkan.

Mama bangun dari tempatnya dan datang duduk di sebelah aku. Tanpa sebarang kata, dia terus memeluk aku. Erat sekali. Entah kenapa aku berasa sedih sangat. Air mata aku mengalir. Wajah dan kenangan bersama ibu menerpa di fikiran ku. YA ALLAH!

..................................................................................

*hello semua
semangat saya siapkan 2 bab ni dengan cepat. Ni semua atas dorongan semua. Nampaknya silent readers dah mula bersuara. Saya suka saya suka....
Oleh sebab saya happy sangat, saya nak bagi hadiah. Siapa nak shawl sama macam yang Lia dapat tu? Yang Hakim lilitkan tu? Sape nak??
Put ur hands up! Put ur hands up!
Tapi kene ada syarat yer.... komen
'Saya nak sebab........'
Isi kan tempat kosong tu. Suke hati korang la nak tulis pendek ka, panjang ka. Alasan yang mencuit hati saya dikira pemenang.
Ok.... go!

Pemenang saya akan pm nanti.

Xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now