Bab 29

110K 1.1K 63
                                    

Dah 2 minggu berlalu sejak kami bernikah. Aku dan Lia masih dingin. Aku bukan sengaja nak buat dia macam tu, tapi inilah cara aku rasa paling berkesan untuk buat dia berubah menjadi seorang wanita, isteri yang lebih sempurna.

Siapa tak sayang bini kan? 2 minggu ni aku banyak bersabar. Bertahan agar hati aku sentiasa keras dan tidak mudah jatuh. Kalau tak, habis la rancangan aku. Kasihan dan simpati aku tolak tepi. Apa aku buat ni untuk kebaikkan masa depan kami. Aku mahu dia lupakan kenangan lalu dia. Kenangan buruk yang dia lalui selama ini.

Rancangan telah aku atur dengan rapi sekali sekadar memberi pengajaran. Kadang-kadang rasa menyesal pulak bila buat macam ni. Cabaran paling susah bila melihat Lia berpakaian seksi. Apa lagi bila dia hanya berkemban ketika selesai mandi. Oleh sebab biliknya tiada bilik air, maka dia perlu guna bilik air di luar. Beberapa kali jugak aku terserempak dia berkemban. Tahan je la nafsu lelaki ni.

Rancangan untuk memulaukannya telah aku laksanakan. Dua minggu aku tak bercakap dengannya. Dan kami tak pernah berduaan didalam satu masa. Aku keluar bilik, dia masuk bilik. Dia keluar bilik, aku masuk bilik. Makan pula aku hanya membeli barang basah. Bila aku rajin, aku masak. Pandailah dia ambil sendiri. Kalau tak, aku makan luar je. Dia pulak masak sendiri. Tak pernah aku rasa masakan dia sebab dia hanya goreng telur atau masak maggie. Nasib kau la Hakim dapat isteri tak pandai masak.

Oh ya, aku dah berhenti kerja. Beberapa hari selepas nikah, aku ke pejabat membayar hutang Mike setelah pinjaman peribadi aku diluluskan bank. Sambil tu aku bagi sekali surat resign. Mike ingat aku memain saja. Tak sangka aku serius nak resign. Akhirnya dia luluskan juga. Padan muka kau, hilang seorang pekerja yang baik, jujur dan amanah macam aku. Dan kini aku seorang penganggur. Jangan risau. Hanya sementara saja. Sebab aku dapat offer kerja baru.

Ketika aku sedang layan game di handphone, Lia keluar dari bilik dan masuk ke dapur. Keras betul hati kau ye Lia. Kalau kau datang minta maaf dengan aku dengan hati yang ikhlas, tentu kita tak macam ni.

"Lia... Buatkan aku air." Laung aku padanya. Saja nak dengki.

"Nak secawan ke seteko? " Tanya Lia sambil menjenguk keluar. Perli aku ke apa ni?

"Kau nampak ada orang lain ke selain aku? " Jawab aku. Dia menjeling ke arah ku dan terus membuat air.

"Jemput minum, tuan." Katanya. Ni ada kang kena cium mulut tu.

"Duduk." Perintah aku.

"Saya nak tidur." Jawabnya. Eh.... Melawan.

"Aku suami kau. Bila suami tak tidur lagi, bini pun tak boleh tidur. "

"Dah 2 minggu kita kahwin, kenapa sekarang baru nak kecoh hal macam ni? " Balas Lia. Tapi kemudian dia mengikut perintah aku. Dia duduk menghadap aku.

"Sepatutnya kau tahu peranan seorang isteri. Tak payah aku nak ajar. Dah diam. Jangan banyak tanya lagi. Mulai hari ni, selagi aku tak masuk tidur, kau jangan masuk bilik."
Wajahnya berubah. Dia ingin membalas kata-kata aku, tapi cepat-cepat aku menjelingnya. Games on!

Idea nakal aku dah datang. Aku ambil telefon di atas meja. Aku buka laman google dan segera taip seks video. Maka banyaklah laman laman video seks yang keluar. Aku buka satu laman dan terpampanglah koleksi video-video porno. Aku tekan play.

Aku menguatkan volume di handphone. Suara-suara rengekkan dan desahan pelakon porno kedengaran. Aku curi-curi melihat wajah Lia di depan aku. Riak wajahnya berubah. Bila dia memandang aku, cepat-cepat aku kembali tengok skrin. Adegan yang dilakukan membuatkan nafsu aku meronta pulak. Aku curi melihat wajah Lia lagi. Kali ni dia seperti cacing kepanasan. Kejap kejap duduknya dibetulkan.

Yes! Plan aku menjadi. Aku tahu Lia. Nafsu seks kau kuat. Sebab tu aku nak ajar kau cara mengawal nafsu. Hahaha.... Kalau kau betul-betul nak berubah, benda ni perlu kau kawal dulu. Mengingatkan kembali kejadian minggu lalu antara dia dan Mike memang menyakitkan hati aku. Aku beri kau peluang untuk berubah, tapi kau tewas dengan nafsu kau sendiri sehingga tergamak kau buat benda terkutuk tu di dalam rumah aku.

Hampir setengah jam aku memainkan video video porno itu. Sambil tu bolehlah aku belajar skill skill yang bagus. Aku lihat mata Lia sudah kuyu. Mungkin dia dah teransang. Melihatnya begitu, aku pula yang teransang. Apa lagi pakaian tidurnya begitu seksi di mata aku. Sesekali tangannya seperti memegang dadanya. Ada ketika dia mengepit tangannya yang berada di celah kelengkangnya. Aku tersenyum dalam pasrah. Barang halal depan mata tak diusiknya. Sabar Hakim. Waktu itu akan tiba juga nanti.

"Mengantuk pulak mata ni. Aku masuk tidur dulu. Terima kasih sebab temankan aku."

Aku terus berlalu masuk ke bilik air yang memang ada di dalam bilik tidur aku. Sial.... Tak pasal main sabun malam malam buta macam ni.

..................................................................

*Hai....
Gigih siapkan satu bab sebab rase bersalah malam semalam tak update. So... Enjoy. Ada geli geli sikit je. Hihihi

Xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now