Bab 18

115K 1.4K 23
                                    

Hakim menelefon ke pejabat untuk memaklumkan yang dia mengambil cuti hari ni. Tak ada mood rasanya. Sebentar tadi aku gembira sangat bila hal Lia settle. Kini masalah lain pula timbul. Apa dia tak suka ke dapat keluar dari tempat tu?

"Arghhh....." Hakim menjerit sekuat hati. Geram. Nasib baik dalam kereta.

Dari tadi dia masih didalam kereta, melihat laluan keluar masuk tangga yang menghubungkan rumahnya. Dah setengah jam dia di situ memerhati. Tiada pula Lia keluar dari situ.

'Baik aku pergi rumah mama, aku pasti dia akan keluar. Memang itu yang dia mahukan. Dan aku rasa, aku tak mampu lihat dia melangkah pergi.'
Hakim terus memecut keretanya. Rasa marah, rasa sedih, rasa kecewa bersarang di hati.

Sampai di rumah keluarganya, dia terus membaringkan diri di sofa ruang tamu. Kepalanya sakit sangat. Penyakitnya bila dia sedang marah.

"Along tak kerja?" Soal Puan Aminah.

"Sakit kepala." Jawab aku pendek. Mama datang dekat dan tapak tanggannya hinggap di dahi ku.

"Tak panas pun. Along marahkan siapa?" Tanya mama yang tahu 'penyakit' ku.

"Mana ada marah sape ma.... Along sakit kepala sebab.... sebab.... main hujan semalam." Bohong ku. Sorry ma...

"Eh, semalam hujan ke? Semalam punyalah panas terik, along kata hujan pulak." Puan Aminah mengerutkan dahinya.

"Hujanlah ma. Kat sini mungkin tak hujan, tapi semalam Along pergi Muar ada kerja sikit. Kat sana hujan lebat sangat." Bohong aku lagi.

"Yelah. Mana mama tau yang Along ke Muar semalam. Sebelum tidur, makan dulu pastu pergi naik atas tidur." Puan Aminah lantas menuju ke dapur untuk menyiapkan makanan anaknya.

Hakim bangun dan membuntuti mamanya. Walaupun dia tiada selera mahu makan, tapi kerana tak mahu kecilkan hati mama dia mengalah.

Selepas makan dan mengambil ubat, dia naik ke bilik untuk berehat. Kali ni sakit kepalanya agak teruk. Memang betul-betul marah ke aku ni? Dia dah pergi ke belum? YA ALLAH, KAU bantulah hamba mu ini. Akhirnya dia terlelap.

Hakim membuka mata bila ada suara yang mengejutkannya. Mama sedang duduk dibirai katil. Mamanya tersenyum manis memandangnya.

"Pukul bape dah ni ma?" Soal aku.

"Dah pukul 7 pagi. Along sakit lagi tak? Kalau sakit, tak payah la pergi kerja. Amik MC je." Jawab Puan Aminah.

"Pukul 7 pagi? Pagi? Maksudnya Along tidur sini ke malam tadi?" Soal ku. Aku terus bangkit dari pembaringan. Tak sedar dia tidur lama sangat.

"Ye Along. Kenapa ni? Macam tak biasa pulak tidur sini." Puan Aminah berasa pelik.

"Kenapa mama tak kejut?"

"Mama dah kejut tau sebelum maghrib. Along buka mata, terus along tidur balik. Papa cakap biarkan. Mungkin Along sakit kepala sangat agaknya." Cerita Puan Aminah.

Aku cuba mengingat kembali kejadian semalam. Lia!!! Alamak.... dia masih di rumah atau dah keluar?

"Ma, Along balik dulu. Along ada hal penting pagi ni." Aku terus menyalami mama. Riak wajah mama seperti keliru.

"Mandi je la kat sini. Baju Along kan ada."

"Er... er.... barang Along masih kat rumah. Along pergi dulu ye, ma."

Aku terus masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi. Selepas itu aku terus keluar dan memecut kereta pulang ke rumah. Nasib baik perjalanan dari Bandar Baru Uda ke apartmentnya tak jauh. Jalan pun masih belum sesak lagi.

Aku terus mendaki tangga untuk ke rumah. Dalam hati berdoa agar Lia masih di sini. Sampai di depan pintu rumahnya, hancur hatinya bila kasut Lia tidak kelihatan. Aku membuka pintu. Sepi. Aku melangkah perlahan ke bilik Lia. Pintu yang tertutup dibukanya dan dia melangkah masuk. Tiada Lia di situ. Katil pun seperti tidak terusik. Sampai hati kau, Lia. Aku ikhlas dengan kau.

Aku terus keluar dari bilik itu, pintu bilik aku tutup rapat. Bila aku pusing, terperanjat aku dibuatnya. Lia sedang merenungnya di depan bilik air.

.............................................................................

*Jeng jeng jeng.....
Suspen suspen....
Hint: Bab seterusnya mempunyai adegan adegan panas. Untuk budak bawah umur, sila skip bab ni. Jangan noty curi baca tau.

*Terima kasih di atas komen u all semua.
Jangan segan nak
VOTE VOTE VOTE

xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now