4 tahun lalu....
Mummy Allen mendengus kuat, sudah 2 jam dia menunggu sasarannya di dalam kereta. Aku hanya mendiamkan diri. Ini adalah minggu pertama aku mula bekerja dengan Mummy Allen. Mummy Allen kata, malam ni dia akan menguji aku adakah aku layak bekerja disampingnya. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Mummy Allen hanya menyuruh aku memandu dan bila sampai di sini, aku disuruh tunggu. Jika dia berikan arahan, aku harus bertindak. Berdebar juga hati aku.
"Okay Big Boy, U nampak itu kereta putih? I mahu u langgar itu kereta dari belakang. I mahu orang dalam tu mati." Arah Mummy Allen. Aku menelan air liur. Aku perlu bunuh orang?
"Cepatlah, U kata sanggup buat apa saja kan? Haiya.... I tak ada masa la mau tunggu. U jangan takut, I ada kawan polis. U akan selamat. Cepat!!" Kata Mummy Allen. Dia segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam kereta lagi satu. Rupanya, ada orang lain bersama kami. Jadi, aku sorang ke yang buat semua ni.
Aku nampak kereta itu mula bergerak. Terkial-kial aku menghidupkan enjin kereta. Beberapa kali enjin mati bila aku hidupkan. Kereta yang di naiki Mummy Allen mula membunyikan hon. Aku cuba redakan perasaan aku. Sekali lagi aku hidupkan enjin. Ia hidup. Terus aku memecut mengejar kereta putih itu. Aku sudah berada di belakangnya. Lama aku mengekori kerana aku tak pasti boleh buat ke tidak. Kereta di belakang sudah memainkan lampu. Pasti Mummy Allen sudah marah.
Ali, ini je jalan yang ada untuk selamatnya nyawa adik saudara kau. Kau kena buat. Kalau kau tak buat pun, pasti Mummy Allen tak kan lepaskan kau. Akhirnya, aku memecut dengan laju dan melanggar kereta putih itu dari belakang dengan kuat. Sehinggakan kepala aku sedikit terhentak di stereng kereta. Aku tak berhenti, malah aku menekan pedal lagi sehingga kereta putih itu merempuh sebatang pokok yang besar. Kemudian aku belakangkan kereta. Aku berhenti di belakang kereta putih itu. Tangan aku menggigil dengan kuat.
Kereta yang dinaiki Mummy Allen berhenti di sebelah aku, dia menurunkan cermin tingkap.
"Good job. U lulus dalam ujian ini. Jumpa di kelab." Kemudian kereta itu pergi meninggalkan aku keseorangan.
Mulanya aku mahu bergerak pulang tapi aku tak sampai hati pula. Aku ingin tahu adakah orang yang berada di dalam kereta itu hidup lagi atau pun sudah mati. Aku turun dari kereta dan mendekati pintu pemandu kereta itu. Aku ternampak seorang lelaki terbaring di atas stereng. Maksud aku, separuh badannya di atas bonet depan kereta dan separuh lagi di atas stereng. Aku berasa takut dan mula berasa mual melihat begitu banyak darah."Nak.... Anak... " Panggil lelaki itu. Lemah suaranya. Aku hanya memandang. Tak berani untuk mendekatinya. Kemudian aku lihat tangannya seolah melambai kepada aku. Perlahan lahan aku mendekatinya. Cuba mendengar apa yang ingin dikatakan.
"Nak....tolong pakcik. Sam... Sampaikan maa..af pakcik pada an...an...anak pakcik. To...tolong teng..ok kan anak pa...pak..cik. Semua sa...sa..lah pak...cik.... Tolong.... Ye... Nak." Akhirnya, lelaki tua itu menghembuskan nafas terakhir. Aku segera melarikan diri. Nasib baik tempat ini kawasan sunyi. Mungkin tak ada sesiapa yang perasan kemalangan itu.
Aku tak tahu apa yang harus aku rasakan sekarang ni. Menangis kerana sedih? Terharu kerana ayah minta maaf? Marah kerana Ali yang membunuh ayah? Aku tak tahu. Aku tak ada perasaan apa-apa pun. Atau haruskah aku ucapkan terima kasih pada Ali, kerana menghapuskan orang yang membuat aku menderita? Erghh.....
"Jadi, macam mana Mummy boleh datang rumah aku?" Soal aku setelah lama mendiamkan diri.
"Ayah kau berhutang banyak sangat dengan Mummy. Lepas dia meninggal, kami cuba cari waris ayah kau. Rupanya dia ada anak perempuan. Tapi sedang mengandung pula. Mummy upah orang siasat pasal kau. Baru aku tahu, kau mengandungkan anak ayah kau sendiri. Disebabkan kau pun tiada duit, mummy kata tunggu kau lepas bersalin. Sebab tu la kami datang malam tu. Pasal Mummy nak angkut kau sekali tu memang aku tak tau. Aku cuma ikut arahan. Lagipun, aku rasa ini peluang aku untuk menjaga kau. Maksud aku, melaksanakan wasiat ayah kau. Orang kampung pun tak suka kau masa tu kan?" Cerita Ali.
"Habis tu, kenapa kau tak bagitau aku pasal orang tua tu?"
"Aku takut. Aku tak nak kau salah anggap pasal aku. Lia, aku minta maaf. Aku terpaksa. Adik sedara aku perlu buat pembedahan, jadi aku perlukan duit. Sebab tu aku kerja dengan Mummy. Aku tau aku salah, terpaksa mengorbankan nyawa orang lain demi kepentingan diri sendiri." Ali memegang tangan aku. Aku tarik semula. Aku ni isteri orang oii.....
"Tak pe, Ali. Aku nak marah pun dah tak guna lagi. Mungkin itu balasan untuk orang yang menganiaya anak sendiri. Aku redha dengan takdir hidup aku. So, adik sedara kau selamat?"
"Lelaki bertopeng yang selalu hantar kau makan tu la adik sedara aku." Aku ternganga. Mamat topeng tu? Patutlah tak macam penjahat je cara dia. Aku tersenyum.
"So, apa kaitannya penculikan ni dengan Hakim dan Mike?"
"Aku sangat gembira bila Hakim datang nak bebaskan kau. Itulah perkara paling gembira pernah aku dengar sejak aku bekerja dengan Mummy. Aku tahu Hakim betul-betul sukakan kau walaupun kau seorang.... Kau tau kan?" Aku mengangguk tanda faham.
"Mulanya Mummy tak setuju memandangkan kau salah sorang hot stuff kat kelab. Tapi aku cuba pujuk Mummy supaya lepaskan kau. Alhamdulillah, dia dengar cakap aku."
"Kau cakap apa dengan Mummy?"
"Err.... Er.... Aku....cakap kau selalu mengadu yang a....anu bawah kau tu asyik sakit je." Ali tersenyum kelat. Apa?? Wajah aku kemerah-merahan dah menanggung malu. Apa punya sengal la jawapan kau tu."
"Kau..... Hish.... "
"Sorry.... Aku terpaksa. Mummy pun takut kalau kalau kau ada penyakit. Sebab tu dia lepaskan kau, dia tak nak ambil risiko simpan kau lelama." Okay, boleh diterima alasan itu.
"Jadi apa kaitan semua ni.... Cuba cakap tegak terus."
"Okay okay.... Aku gembira tengok kau dah kahwin dengan Hakim. Bahagia je. So, satu hari tu aku terdengar perbualan Mummy dengan Mike. Tak payah kot aku nak ceritakan apa dorang cakap, panjang sangat. Aku cuma ingat, Mike kata dia tak kan lepaskan kau. Dia akan paksa kau ikut dia. Jadi, sejak itu aku suruh budak aku ekori kau dan Mike. Mike sengaja ekori kau sampai ke City Square hari tu. Jadi, aku andaikan pasti Hakim akan tau perjumpaan kau dengan Mike. Jadi, hari esoknya aku buat-buat sakit dan amik cuti. Sebab tu aku nampak kau kat tepi jalan. Untuk tak keruhkan lagi keadaan, aku terpaksa culik kau. Aku tak nak Mike jumpa kau dulu. So, here we are. Tamat."
"Sebab tu la, Mike dapat tau kewujudan Adam."
"Mummy yang ceritakan semuanya pada Mike."
"Apa cerita Hakim dengan Mike?" Sebenarnya aku nak tau, adakah suami aku tu cari aku. Risau tak dia dengan kehilangan aku.
"Hahaha.... Laki kau tu macam kucing kehilangan anak dah. Hari tu dia pergi serang Mike. Dia tuduh Mike yang sembunyikan kau. Biar dia rasa, bodoh kerana percayakan cakap si Mike tu. Peguam konon." Aku terlopong mendengar bebelan Ali. Boleh pulak dia ketawa.
"Yang kau bodohkan tu, laki aku tu woii....!" Geram pulak tengok Ali ni.
"Sorry."
"Mike?"
"Sejak laki kau serang dia, dia terus diamkan diri. Dah tak cari kau lagi. Lagipun, budak aku dah tak ekori dia lagi."
Huh.... Macam dalam drama pula cerita aku ni. Apa la nasib kau, Lia. Jadi, apa aku nak buat sekarang? Balik jumpa Hakim dan bagitau dia semua? Atau aku balik kampung jemput Adam dan mulakan hidup yang baru di sini? Aku buntu.
"Lia.... sekarang ni apa juga keputusan kau, aku sokong. Kalau kau nak stay kat sini dulu, aku tak de hal. Lagipun rumah ni tak ada siapa yang duduk. Aku kan sibuk."
Si Ali ni macam tau je apa dalam kepala otak aku. Mungkin aku perlukan masa untuk berfikir. Walaupun apa yang Ali lakukan sejak awal lagi sebenarnya salah, tapi aku berterima kasih sangat.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)