Bab 30

117K 1.1K 11
                                    

Benci. Benci. Benci. Aku berjalan masuk ke dalam bilik sambil menghentakkan kaki, lagak seperti budak kecil tak dapat mainan. Aku pulak tak dapat 'tu'. Nak dimaki, dah jadi suami. Tak elok macam tu. Dosa besar. Eh, tahu pulak kau Lia dosa dosa besar ni. Mestilah.... Aku kan cuba untuk berubah dan mengenali agama islam yang lama aku tinggalkan.

Aku membuka almari untuk mengambil seluar yang baru. Seluar tadi habis kebasahan dek dikerjakan Hakim. Dia mengerjakan emosi aku. Aku duduk di depan cermin merenung diri aku sendiri. Hish... Bila la aku nak berubah. Susah betul nak hilangkan tabiat aku yang satu ni. Walaupun aku juga minum alkohol, tapi tak la sampai aku ketagih macam aku ketagih seks.

Bukan aku pinta tapi benda ni aku lalui hampir setiap hari selama 3 tahun. Ketagih sangat. Tadi Hakim boleh pulak buat macam tu. Haish... Suara suara itu memang mengundang ghairah aku. Apa lagi sudah dua minggu aku tak buat benda tu. Hai... Macam mana la aku nak buang perasaan itu. Tapi aku puji Hakim sebab dia boleh bertahan. Sebagai isteri, aku gembira sebab aku yakin dia tak kan tergoda kepada mana-mana perempuan seksi.

Malas nak berfikir panjang, aku baring di atas katil. Buku di atas meja tidur aku ambil. Sudah 3 hari aku mula membaca buku-buku yang berkaitan agama. Semestinya kepunyaan Hakim. Aku cuba berusaha untuk mencari diri aku yang dulu. Tekad aku untuk menjadi isteri yang solehah. Cehwah!

Aku bangun awal hari ini. Entah pukul barapa aku tertidur semalam. Laparnya perut. Aku bangkit dari katil, ambil tuala dan terus keluar dari bilik.

"Oh mak kau jatuh tangga!" Huish semangat... Terkejut aku dibuatnya. Kan dah melatah. Hakim berdiri tegak depan bilik aku. Sengal. Nasib baik aku tak mati terkejut.

"Yang awak berdiri depan bilik ni kenapa? " Marah aku.

"Suka hati aku la. Rumah aku kan? Yang kau ni apsal bangun lambat? Aku nak sarapan, buatkan aku sarapan." Balasnya dengan muka yang serius.

"Eh! Bukan ke awak selalu makan kat luar, apa ni suruh saya masak pulak." Aku menyandar di dinding sambil memeluk tubuh. Gaya awek merajuk.

"Jangan lupa kau isteri aku. Kau kena patuh arahan aku. Mulai hari ni, aku akan ajar kau jadi seorang isteri yang solehah. Sebab kau lembab sangat nak belajar. Dua minggu ni tak ada apa yang kau buat sebagai seorang isteri. Yang kau tau duduk terperap dalam bilik. Dah... Jangan banyak bunyi, pergi mandi pastu buatkan aku sarapan." Panjang lebar Hakim membebel. Lepas tu dia terus masuk ke dalam biliknya.

Sabar Lia, sabar. Aku mengurut perlahan dada aku yang dah mula berombak sebab marah. Aku cuba beristighfar.

Selesai mandi aku terus masuk ke dalam dapur. Peti ais aku buka untuk mencari apa yang boleh di masak.

'Apa aku nak masak? Aku mana pandai masak.'

Aku perasan ada sebuku roti yang belum di buka. Aku capai dua biji telur. Aku panaskan kuali dan mula menggoreng telur mata lembu. Aku ambil roti sekeping roti dan letakkan telur yang dah digoreng di atas roti. Aku tuangkan sedikit sos dan mayonis. Aku buka peti ais dan mengoyakkan sedikit salad dan letak di atas telur. Aku tindihkan sekeping roti diatas telur itu. Okay, dah siap. Burger telur. Aku buat satu lagi untuk perut aku. Aku bancuh dua cawan air nescafe lalu hidangkan di atas meja makan. Okay... Breakfast is ready.

"Hakim..... Hakim.... Breakfast dah siap!" Aku jerit memanggilnya. Tak sampai seminit, Hakim sudah berada di meja makan.

"YA ALLAH Lia..... Kau ni dah kenapa jerit-jerit? Macam ni ke panggil suami makan?" Alahai.... Bebel lagi. Serentak itu dia tetap duduk di meja makan.

"Apa ni? " Soalnya.

"Burger telur." Jawab aku pendek.

"Ini kau cakap breakfast?" Perlinya. Aku hanya tersengih.

"Saya tengok dalam tv cerita omputeh tu selalu dia masak telur hancur makan dengan roti. Saya buatlah. Cuma saya menyenangkan kerja awak je. Angkat dan makan." Jawab aku jujur.

"Aku tak tau nak cakap dengan kau macam mana lagi. Loyar buruk sangat. Duduk makan sekali." Akhirnya Hakim makan juga sajian yang aku sediakan. Aku ketawa dalam hati. Padan muka! Nak sangat suruh aku masak kan?

Sepanjang makan, Hakim tak henti membebel. Asyik bercakap mengenai cara-cara menjadi isteri yang solehah. Aku hanya mendengar saja. Malas nak bersuara, nanti apa yang aku cakap semuanya tak betul.

"Lepas ni, bersiap. Kita nak pergi rumah mama. Lama dah tak balik sana." Kata Hakim. Aku hanya mengangguk. Sukanya dapat keluar dari rumah ni.

Kami sampai di rumah mama tengah hari. Rupanya Hakim dah memaklumkan kedatangan kami. Sampai sahaja di rumah mama, kami dijemput untuk makan tengah hari bersama. Adik ipar aku pun turut serta. Rasa meriah sangat. Kenakalan mereka adik beradik membuat aku tersenyum.

Rupanya sudah lama aku tak gembira macam ni. Rasa selamat di sini. Melihat keluarga mertua aku yang sentiasa ketawa, bergurau bersama membuat aku cemburu. Aku tak punyai adik beradik. Ketika dulu, ibu memang seorang yang penyayang tapi sangat tegas. Ibu memang jarang memberikan aku kebebasan. Sebab itulah aku tak punya kawan yang ramai. Hidup aku hanya berdua sahaja dengan ibu. Ayah sentiasa tiada di rumah. Pulangnya lewat malam ketika kami sudah tidur. Disebabkan itu, aku menjadi seorang yang anti sosial. Dingin dengan orang yang mahu berbaik dengan aku. Sebab aku lemah dalam berkomunikasi.

"Kak Lia, bila nak bagi kami anak sedara? " Tanya si adik.

"Hah? Anak sedara?" Hish... Apa la budak ni tanya soalan macam tu. Aku memandang Hakim meminta pertolongan.

"Tunggulah lagi setahun. Kami bagi anak sedara kembar. Suka tak?" Jawab Hakim selamba. Kembar? Sentuh aku pun tak.

"Wah.... Kami suka kami suka!!" Si adik menepuk tangan. Aku hanya mampu menahan malu.

"Boleh tak sayang lahirkan anak kembar abang?" Tanya Hakim kepada aku sambil tersenyum-senyum manja. Sayang? Abang? Yew....

"Err.... Insyallah." Jawab aku malu-malu.

"Dah la tu.... Kesian Lia korang kacau macam tu. Cepat habiskan makan tu. Nak berbual kejap lagi." Mama bersuara menyelamatkan keadaan.

Lepas mama bersuara, keadaan tenang kembali. Tiada gurauan. Masing-masing menikmati hidangan yang mama masak. Selesai mengemas, kami duduk di ruang keluarga. Mulanya masing-masing flashback kenangan-kenangan lama. Ada yang kelakar, ada yang memalukan dan ada juga yang menyedihkan. Aku hanya menjadi pendengar setia sahaja. Kalau aku bercerita kenangan aku, ada kang semua bercucuran air mata. Sebab cerita aku banyak duka.

"Along tak nak bawak Lia pergi honeymoon ke? Kesian Lia duduk rumah je. Along kan tengah tak kerja sekarang ni. Ambil peluang yang ada ni pergi bercuti." Kata mama. Wow!! Aku suka cadangan bercuti tu. Tang honeymoon tu, malu pulak dengar.

"Tak tau lagi ma.... Along ingat nak settle kan pendaftaran nikah kami kat pejabat agama dulu. Lagipun, ramai yang tak tau kami dah bernikah. Takut ramai yang tersalah sangka nanti." Balas Hakim. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Ha ah... Mama lupa nak tanya hal tu. Baik alonh settle kan cepat. Lepas tu baru kita bincang bila nak buat majlisnya nanti." Hakim hanya menganggukkan kepala mendengar kata mamanya.

Kami pulang agak lewat. Sampai rumah pukul 9 malam. Penat melayan adik ipar aku kononnya beriadah di Danga Bay. Itulah first time aku ke sana. Walaupun penat tapi seronok layan karenah adik adik ipar aku tu. Lagipun umur kami tak la jauh beza pun. Si kakak umurnya 21, dan si adik pulak 18. Aku pula nak masuk 23 tahun.

Mungkin kerana penat, Hakim terus masuk ke dalam biliknya. Huh.... Lega aku. Alhamdulillah tak ada drama lagi malam ni. Dan aku pun masuk ke bilik juga dan terus terlena.



G.R.OWhere stories live. Discover now