Bab 40

127K 1.3K 36
                                    

Aku membuka mata perlahan. Tangan aku mencapai handphone di meja sebelah katil. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku menoleh ke sebelah. Hakim tiada di sisi aku. Mana pulak dia pergi pagi-pagi macam ni. Terkenangkan kejadian malam tadi, aku tersenyum. Malunya nanti bila bertentangan dengan Hakim. Aduhai.....!

Aku bangun dari katil. Aku menarik selimut supaya membaluti tubuh aku yang tidak berpakaian. Aku menyelak langsir di pintu beranda. Wah, cantiknya pemandangan di pagi hari. Air yang biru seakan memanggil-manggil nama aku supaya berendam di situ.

Aku hanya membilas badan sahaja, rambut aku dibiarkan kering kerana sebentar nanti aku ingin mandi laut. Bila aku keluar dari bilik air, Hakim sudah berada di dalam bilik. Dia duduk di sofa sedang menyapu jem di roti. Aik, bila masa ada breakfast. Tadi tak ada pun. Hakim menoleh ke arah aku. Lalu dia tersenyum. Aku membalas senyumannya. Langkah di atur menuju ke arahnya.

"Awak pergi mana tadi?" Tanya aku. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Jogging.... Sambil tu tengok sunset. Kenapa? Rindu aku? " Balasnya.

"Taklah. Cuma tertanya je awak ke mana. Ingatkan pergi mandi laut tadi. Baru nak merajuk sebab tak ajak saya." Kata aku pula.

"Kau ingat aku budak kecik ke bangun tidur terus nak terjun laut? Aku pergi jogginglah, sekarang ni kena tambahkan stamina. Maklumlah, lepas ni malam asyik ada O.T je nanti." Balasnya sambil menjeling kepada ku. Hish, lain macam je ayat tu. Malu kita tau. Aku rasakan wajah ku sudah kemerahan.

"Nah, makan roti ni. Tak payah nak malu-malu." Hakim menghulurkan aku pinggan yang berisi roti yang disapu jem. Aku hanya mengambil sekeping roti.

"Terima kasih. Er... Apa aktiviti kita hari ni?" Aku menukar topik. Perasaan malu aku buang jauh-jauh. Kenapa perlu malu sedangkan benda tu entah berapa kali aku buat.

"Kan kau kata nak mandi laut. Kite mandi kejap, lepas tu kita layan snorkeling." Jawab Hakim.

"Yeah.... Bestnya. Saya tak pernah snorkeling. Mesti best kan.... " Aku menjerit kesukaan. Macam budak kecil saja sampai bertepuk tangan.

Hakim menggelengkan kepalanya melihat keletah aku. Mesti dia pelik tengok aku macam budak kecil. Hahaha.... Biarlah. Bukan selalu aku dapat buat benda benda macam tu. Entah bila lagi aku nak rasa semua ni.
Selepas makan, kami berdua ke pantai yang terletak di depan chalet kami. Hakim kata panaskan badan dulu kat sini. Sukanya aku dapat main air laut kat sini. Entah berapa tahun aku tak mandi laut. Setelah puas bermain air laut, kami ke pantai yang terletak berdekatan dengan jeti. Semua pengunjung resort dibenarkan mandi di sini. Sebuah bot telah menanti kami disitu untuk membawa kami ke tempat snorkeling.

Walaupun tak pandai berenang, aku tak takut turun ke laut. Hehehe..... Mestilah aku pakai life jacket. Kalau tak, lemaslah aku. Banyak ikan yang cantik disini. Aku begitu teruja sekali. Sesekali Hakim mengingatkan aku agar sentiasa berhati-hati. Aku begitu tersentuh dengan kelakuan Hakim yang sentiasa mengambil berat tentang aku.

Hampir 3 jam kami pusing-pusing di sekitar pulau ini. Pulang saja ke pulau, Hakim mengajak aku naik banana boat. Mulanya aku ngeri jugak tengok permainan itu. Melihat pengunjung lain yang bermain, memang membuat hati aku kecut. Beberapa kali mereka terjatuh dari banana boat itu. Akhirnya, Hakim mengalah kerana aku memujuknya agar kami pulang saja ke bilik.

Sampai di bilik, kami berebut untuk masuk ke bilik air. Masing-masing tak mahu mengalah. Lagak kami bagai budak kecil.

"Bagilah saya masuk dulu. Saya dah kesejukkan ni. Awak kan lelaki, mengalahlah sikit." Kata aku tak puas hati.

"Eh, mana boleh. Saya yang dapat masuk dulu kan. Awak tunggu sana kat luar dulu." Hakim menolak lembut badan aku. Tak boleh jadi ni. Aku mengeraskan diri agar badan aku tak dapat ditolaknya. Hakim juga tak ingin mengalah. Kami sedaya upaya, menolak badan masing-masing agar keluar dari bilim air. Entah dimana silap, aku hampir tergelincir. Nasib baik Hakim dapat memaut badan aku.

Kami terdiam seketika. Mata kami saling merenung sama lain. Aku ingin berdiri semula tetapi Hakim menghalang. Hakim mendekatkan wajahnya dan terus membenamkan bibirnya ke bibirku. Akhirnya, kami berdua mandi bersama selepas beradu tenaga di dalam bath tub.

Kami makan tengah hari di dalam bilik sahaja. Malas nak keluar lagi. Hakim pun sudah tak larat nak berjalan. Tenaga kami berdua sudah habis digunakan. Selepas makan kami tertidur hingga ke petang.

Aku bangun pada pukul 5 petang. Hakim masih nyenyak tidur. Tak mahu mengejutnya, aku keluar sendirian. Aku bersiar siar di sekitar resort itu. Sesekali aku larikan diri ketika terserempak dengan beberapa ekor rusa yang dipelihara oleh pihak resort.

Setelah penat berjalan aku duduk di bangku sambil makan aiskrim yang aku beli di kedai serbaneka. Bestnya sambil duduk di depan laut sambil makan aiskrim. Angin petang sangat mendamaikan. Beberapa orang pengunjung bermain di tepi pantai. Ada juga yang masih berendam dalam laut. Huish.... Tak sejuk ke. Dengan angin yang kuat macam ni.

"Lia.... Atilia...." Aku menoleh bila ada seseorang memanggil nama aku. Aku tergamam melihat gerangan yang memanggil nama aku. Aiskrim yang aku pegang hampir terlepas dari tangan.

"Atilia?" Tanya orang itu lagi. Oh tidak!! Aku nak lari dari sini. Aku bangun dari duduk tapi aku terduduk kembali. Lemah rasanya kaki aku untuk berdiri. Orang itu mendekati aku.

"Lia.... Mana Lia pergi? Puas kiteorang cari Lia..." Tanyanya lagi. Aku menundukkan kepala. Tak mahu memandang wajah itu.

"3 tahun dah Lia pergi. Lia tak rindukan Adam ke? Adam...... " Belun sempat dia berkata kata lagi, aku menjeling tajam ke arahnya. Dia yang mengerti terus menutup mulut agar tidak berkata lagi.

Dari jauh aku ternampak Hakim sedang berjalan ke arah sini. Hakim tak boleh tahu siapa di depan aku ni.
Kalau tidak, pasti rahsia aku terbongkar.

"Kau bagi nombor telefon kau, nanti aku call. Cepat!" Pinta aku sambil mengeluarkan handphone ku dari kocek seluar. Selepas dia memberi nombornya, aku terus pergi mendapatkan Hakim.

"Siapa tu?" Soal Hakim sambil menjuihkan bibirnya ke arah orang yang bercakap dengan aku tadi.

"Entah. Dia tanya ada nampak anak dia tak." Tipu aku. Aku sedaya upaya mengawal wajah ku agar dia tidak perasan dengan penipuan aku.

"Kau kenal ke anak dia?" Soal Hakim lagi. Masih tidak berpuas hati lagi.

"Manalah saya kenal. Sebab tu saya tinggalkan dia. Saya pun pelik kenapa dia tanya saya. Macamlah saya kenal. Betul tak?" Kata aku lagi. Hakim menganggukkan kepalanya. Kemudian aku tarik Hakim pergi dari situ.

Malam ni aku sengaja berlakon sakit sebab tak mahu keluar makan di cafe. Bukanlah malas tapi aku tak nak terserempak dengan 'dia' lagi. Melihat aku terbaring, Hakim pun memesan agar makanan kami dihantar ke bilik.
Hakim keluar setelah selesai makan. Katanya ingin layan liveband di tepi kolam. Aku tak dapat melarangnya kerana ia akan tampak ketara sangat.

Aku duduk di sofa sambil menghisap rokok. Itulah habit aku ketika aku dalam keadaan tak tenteram. Adam? Memikirkan saja nama itu membuatkan aku terasa sebak. Akhirnya aku menangis di dalam gelap.

..................................................................

*Jeng jeng jeng......
Siapa Adam?
Hehehe..... Sama-sama kita nantikan update yang akan datang.
Sorry kalau ada banyak sangat typo 😅 Mood menaip datang, so laju je jari ni menekan.
Jangan lupa Vote!! Pastu kalau sayang sis, rekemen la story ni dengan kawan-kawan. 😁
Thank u all....
Sayang korang ketat-ketat...

Xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now