Habis semua fail-fail dan kertas bertaburan di lantai. Aku cuba untuk bertenang tapi tak boleh. Semua disebabkan isterinya, Lia. Kenapalah aku bodoh sangat sampai percayakan yang dia sudah berubah. Sampai hati kau Lia. Apa lagi yang tak cukup??
Aku meneliti lagi bil handphone Lia. Ada satu nombor yang dia selalu call. Yang aku marah sangat, dia ada telefon nombor ini pada pukul 4 pagi. Tadi aku cuba telefon, tapi suara lelaki yang menjawab. Aku terus letak. Dan aku cuba lagi telefon selepas setengah jam, sekali lagi suara lelaki yang menjawab panggilan itu. Hendak saja aku bertanya, tapi aku matikan niat itu. Aku mahu Lia yang cakap sendiri. Mungkin dia ada alasannya. Mungkin saja lelaki itu saudaranya. Okay, aku boleh cool down.
Dan belum reda marah aku, ada orang yang hantar gambar Lia berdua dengan Mike, bos lamanya. Wow!!! Naik hantu aku dibuatnya. Patutlah dia minta izin nak keluar. Rupa-rupanya jumpa skandal kat luar. Sial punya betina. Aku macam nak mampus cari duit, dia cari jantan kat luar.
Aku sengaja tak jawab panggilannya. Bila tak tahan dengar bunyi handphone, aku matikan. Aku tak nak balik rumah sekarang. Pasti dia sedang menunggu aku. Aku takut aku hilang akal, mati nanti aku kerjakan. Aku jugak yang susah. Biar aku redakan perasaan marah aku dulu, baru aku balik rumah.
Jam dah pukul 11.30 malam, aku bangun dan mengemas fail-fail yang aku campakkan tadi. Aku susun elok-elok di atas meja. Nasib baik tiada siapa perasan aku mengamuk tadi. Kalau tak, tentu kecoh satu pejabat.
Aku sampai di rumah pada pukul 12 lebih. Masuk saja ke dalam rumah, keadaan rumah sudah gelap. Maknanya Lia sudah masuk tidur. Huh, boleh ye kau tidur sedangkan suami kau belum pulang. Aku mendengus perlahan. Aku menapak perlahan-lahan di dalam gelap untuk ke dapur. Terasa haus pulak. Tiba-tiba suasana menjadi terang. Terkejut aku dibuatnya. Aku menoleh ke tempat dimana suis lampu berada. Lia berdiri di situ. Wajahnya masam mencuka. Aku kembali meneruskan niat aku untuk ke dapur tanpa menegurnya.
"Abang pergi mana? Lama saya tunggu abang." Tanya Lia. Dia sudah berada di belakang aku. Aku hanya diam.
"Abang lapar? Saya panaskan lauk eh. Hari ni saya masak sambal udang, sedap tau. Macam biasalah, resipi pakcik google." Lia masih mengumpan aku untuk berbual. Aku cuba bertahan. Suaranya saja sudah buatkan hati aku mendidih.
Tanpa pedulikannya, aku terus pergi dari situ. Aku masuk ke bilik dan mengunci pintu. Buat masa ni, aku tak mahu tengok wajahnya.
"Abang.... " Panggil Lia dari luar bilik sambil mengetuk pintu. Arghh.... Semaklah.
"Abang.... kenapa abang kunci pintu?" Kedengaran lagi suara Lia memanggilnya. Aku hanya membisu. Patutkah aku tanya dia sekarang?
"Jangan kacau aku!!! Kau pergi tidur bilik lama kau!" Aku menjerit.
Selepas itu tiada lagi ketukan pintu atau suara Lia memanggil. Aku menarik nafas lega. Maaf, Lia. Aku perlukan masa dan ruang untuk bersendirian.
Hampir 2 jam aku termenung di atas katil. Mata pula tak mahu lelap padahal aku begitu mengantuk sekali. Adakah sebab Lia tiada disebelah aku? Mungkin juga. Tekak aku kering dan perut pun lapar. Kali terakhir aku makan waktu tengah hari tadi. Itu pun hanya makan mee goreng. Aku berkira-kira ingin ke dapur, tapi aku takut Lia belum tidur. Bukanlah takut, tapi aku tak mahu tengok muka dia.
Aku merapatkan telinga aku ke daun pintu. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran di luar. Sekarang pun dah pukul 3 pagi, pasti dia sudah tidur. Aku buka pintu dan terus berjalan ke dapur. Entah di mana silapnya aku hampir terjatuh disebabkan kaki aku tersadung dengan sesuatu. Aku toleh ke belakang. Aku lihat Lia sedang duduk bersandar di dinding depan pintu bilik. Dia menggosok matanya. Kemudian mata kami bertentangan. Cepat-cepat aku toleh ke depan semula.
"Abang lapar?" Soalnya. Dia sudah menghampiri aku.
"Kenapa kau tak tidur lagi? Aku suruh kau masuk bilik depan tu kan." Jawab aku.
"Err.... Saya belum solat isyak. Telekung ada dalam bilik." Jawabnya. Aku mencebik.
"Perempuan macam kau ni masih ingat nak solat lagi ke?" Soal aku lagi. Rasa marah kembali lagi.
"Abang! Kenapa abang tanya macam tu? Bukan..... Kenapa dengan abang ni? Dah la balik lambat, call tak angkat. Saya risau tau tak. Pastu balik balik terus masuk bilik." Suara Lia sedikit meninggi. Mungkin Lia tak mampu lagi nak bertahan. Aku tersenyum sinis.
"Hahaha.... Bukan kau suka ke? Bolehlah kau bergayut dengan skandal kau. Tak cukup, esok kau boleh keluar dengan dia lagi. Hebat permainan kau eh?" Kan aku dah kata, aku tak boleh pandang muka dia. Pasti aku akan naik angin balik.
"Apa maksud abang? Kenapa tuduh saya yang bukan-bukan? Cakaplah...." Lia masih meninggikan suaranya. Kurang ajar punya bini. Aku tarik kuat telinganya.
"Eh, dengar sini eh. Kau ingat aku tak tau ke apa kau buat belakang aku? Tembelang kau dah pecahlah. Kau tengok ni.... Gambar siapa ni?? Patutlah tetiba kau minta izin nak keluar, rupanya kau jumpa jantan kat luar. Dasar betina sundal!!!" Aku lepaskan telinganya. Handphone yang aku pegang, aku baling ke dinding. Habis berkecai. Lia tundukkan wajahnya. Mungkin rasa takut melihat kemarahan aku.
"A... Ab... Abang dah salah faham. Kiteorang terserempak....je." Jawab Lia. Dia sudah mula tersedu-sedu. Arhh.... Pandailah kau berlakon.
"Terserempak apa? Yang duduk berdua sambil minum sama-sama tu apa? Terserempak kepala otak kau!!! Okay, habis yang kau call selalu tu siapa pulak? Kau jangan ingat aku bodoh eh. Cakap.... Kau call Mike ke atau jantan lain. Aku rasa jantan lain. Sebab aku kenal suara Mike. Cakap!!!" Sebiji cawan menjadi sasaran aku. Aku baling cawan tu pula ke dinding. Aku marah memang sangat buruk. Habis semua barang aku baling.
"Sa.... Sa.... Ya..... " Belum sempat Lia menjawab, tapak tangan aku sudah hinggap di pipinya.
"Kalau dah memang pelacur tu, pelacur jugak la." Aku mengungkapkan ayat itu tanpa sedar. Kemudian aku terus masuk ke bilik. Pintu dihempas kuat.
Setan! Sial! Dasar perempuan murahan!!!!! Aku mendengus kuat. Entah setan mana dah masuk dalam badan aku. Badan aku menggigil dengan kuat sebab menahan marah.
Akhirnya, aku cuba istighfar. Lama-lama aku mula reda sedikit. Kepala aku mula berdenyut dengan kuat. Aku capai ubat di dalam laci, kemudian aku telan dengan disulami air paip di sinki bilik air.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)