Tiga minggu dah berlalu, tapi bayangan wajah Lia masih menghantui di fikiran aku. Aku dah gila agaknya. Perempuan tu sedap-sedap tengah layan lelaki lain, kau kat rumah sibuk terbayang.
'Aku dah gila. Aku dah gila.' Jerit aku dalam hati.
Aku bangun dari pembaringan. Ke kiri ke kanan aku jalan macam kucing hilang anak. Aku hilang cinta. Cinta? Arghhh..... Aku tak cintakan dia. Tapi kenapa aku macam ni? Sah, otak aku dah mereng.
Aku terus menukar baju. Minyak wangi aku semburkan ke badan. Rambut pula aku sapukan gel. Pergh... hensem jugak aku ni. Aku terus mencapai kunci kereta. Kelab itu aku tuju. Entah kenapa bila sampai sahaja, aku terus parking kereta. Lalu turun mendekati kelab itu. Niat hati hanya nak lalu je. Nampak bumbung pun jadilah.
Aku masuk ke dalam kelab. Mataku meliar mencari wajah itu. Akhirnya aku terpandang wajah iti dari sisi. Lantas aku mendekati. Mulanya dia tidak mengecam wajah ku. Selepas aku memanggilnya, barulah dia cam. Tanpa buang masa, aku terus mengajaknya keluar. Nasib baik duit memang ada dalam dompet aku. Asalnya duit itu ingin ku berikan pada mama. Sorry mama. Rasa bersalah aku buang jauh jauh.
Akhirnya, disinilah aku. Berada dekat dengannya. Tenteram rasa hati. Tidurnya sangat lena. Aku tenung wajahnya. Pasti dia melalui hidup yang sukar. Siapa yang mahu kerja seperti itu. Aku pasti ada cerita disebaliknya. Satu hari pasti aku tahu ceritanya.
Aku mengelus lembut rambut panjangnya. Kemudian pipinya yang mulus aku usap. Jantung aku berdebar. Aku memegang dada ku. Apa erti semua ini? Adakah aku jatuh cinta?
Mungkinkah itu akan terjadi? Aku yakin, keluarga aku pasti menentang hebat hubungan ini. Dan aku? Sanggupkah aku terima? Ikhlaskah aku terima dia dengan seadanya? Jujurkah aku dengan perasaan aku ni? Sukar untuk aku tafsirkan apa yang aku rasakan. Aku hanya berjumpanya beberapa kali sahaja. Adakah itu sudah cukup untuk buktikan perasaan aku ini? Yang aku tahu, aku cukup gembira bila dia berada disamping aku. Macam sekarang.
..................................................................................
*hai followers....
Saya rasa saya nak korang amik bahagian dalam cerita ni. Apakata korang tentukan jalan cerita selepas ini. Korang boleh tulis kat komen. saya akan pilih idea mana yang menarik. Bagi yang saya pilih ideanya, mungkin nama korang saya akan masukkan sebagai salah satu watak dalam cerita ni. Just suka suka.
Okay.... jgn lupa vote n komen tau. Terima kasih kerana follow cerita ni.Xoxo
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)