Aku duduk di dalam kereta sambil memandang rumah berwarna hijau itu. 2 jam aku memandu untuk sampai ke sini. Betul ke ni rumahnya? Aku melihat alamatnya lagi sekali. No 24, Jalan Permai..... Betullah ni. Tapi kenapa sunyi je. Aku dah maklumkan yang aku akan datang hari ni. Mungkin mereka ada dalam rumah.
Akhirnya aku turun juga dari kereta. Hish.... Apsal hati aku berdebar-debar ni? YA ALLAH, Kau tunjukkanlah aku kebenarannya. Dengan lafaz bismillah, perlahan-lahan aku mendekati rumah itu.
"Assalamualaikum..... " Aku memberi salam.
Beberapa saat kemudian, pintu dibuka dari dalam. Muncul seorang lelaki sedang berdiri di muka pintu.
"Walaikumsalam..... Encik Hakim?" Tanya pemuda itu sambil tersenyum. Aku teragak-agak untuk membalas senyuman itu.
"Adam?" Tanya aku.
"Aku Imran. Yang kita berbual dalam telefon tu." Jawabnya.
"Oh ya.... Imran. Aku ingat Adam tadi. Sorry..... Kau tinggal sini jugak ke?"
Kemudian, ada budak lelaki datang berdiri disebelah Imran. Aku agak umurnya dalam 3 atau 4 tahun macam tu. Hensem. Mesti anak Imran, sebab Imran pun tak kurang hensemnya. Putih pulak tu. Eh, aku bukan gay okay.
"Ni Adam."
Jeda.
Adam? Budak kecil ni Adam? Apa kaitannya dengan Lia? Mulut aku terlopong."Masuk dulu Encik Hakim.... Biar aku terangkan. Mak.... Mak.... Suami Lia dah sampai." Imran mempersilakan aku masuk. Budak kecik itu nampak takut apabila aku datang hampir kepadanya. Kemudian dia terus lari masuk ke dalam.
Aku duduk bila dipelawa. Adam duduk di sebelah Imran. Mata aku tak berkalih dari memandang Adam. Ingin saja aku terus bertanya pada Imran, tapi tak sopan pula rasanya. Kami berbual kosong cuba menenangkan situasi. Mak Imran datang membawa dulang berisi air.
"Jemput minum Encik..... "
"Panggil je saya Hakim, makcik. Kau pun panggil je aku Hakim, Imran. Umur kita pun tak jauh beza agaknya. "
"Kalau gitu, panggil makcik Mak Eton. Minumlah dulu Hakim, mesti penat memandu."
Aku mencapai cawan berisi air kopi o panas. Aku hirup sedikit demi menjaga hati Mak Eton.
"Nenek, Adam nak air." Kata Adam sambil duduk di atas riba Mek Eton.
"Tak boleh sayang, budak kecik tak elok minum kopi. Adam pergi amik air kotak dalam aisbox." Balas Mak Eton. Adam terus berlari masuk ke dapur. Imran ketawa melihat keletah Adam. Aku pula hanya tersenyum.
"Adam siapa Mak Eton?" Tanya aku. Mak Eton memandang anaknya. Riak wajah mereka seperti serba salah untuk memberitahu hal sebenarnya.
"Sebelum tu, Mak Eton nak tanya.... Betul ke Hakim ni suami Lia? Sampai hati Lia tak beritahu kami dia dah berkahwin. Dia hilang dah 3 tahun, tup tup.... Suami dia pulak yang datang sini. Lia.... Lia.... " Kata Mak Eton. Wajahnya tampak sedih.
"Biar aku ceritakan... Memandangkan kau pun dah datang sini, dan kau suami dia, lebih elok kita selesaikan masalah ini."
Imran mula bercerita. Sepanjang dia bercerita, beberapa kali aku terkejut. Mak Eton yang turut mendengarnya sesekali menyapu air mata yang menitis. Hampir gugur jantung aku bila Imran cerita perilaku ayah Lia terhadapnya. Ya ALLAH.... Kejamnya seorang ayah sanggup memperlakukan anaknya begitu. Dan cerita kehamilan Lia, betul-betul menjerut leher ku. Aku memandang Adam yang sedang bermain di atas lantai. Anak yang tak berdosa ini pula yang menjadi mangsa.
"Aku serba salah nak cerita semua itu.... Tapi.....sampai bila Lia tak nak tengok anak dia. Dah 3 tahun dia hilangkan diri. Sampailah aku jumpa dia di Pulau Sibu hari tu. Sejak itu, kami sering berbual tentang Adam. Katanya, dia ingin datang ambil Adam.... Tapi dia masih belum munculkan diri."
"Ya ALLAH..... Aku tak sangka merananya hidup Lia selama ini."
Aku hanya mengucap selepas mendengar cerita Imran. Aku betul-betul simpati dengan apa yang berlaku pada isteri aku tu. Patutlah dia begitu berahsia dengan aku. Rupanya sejarah hitamnya sangat memeritkan. Maafkan abang, Lia.
"Mak Eton nak tanya, 3 tahun Lia hilang ni dia buat apa? Hakim dengan Lia dah lama ke kahwin?" Soal Mak Eton. Aku tersentak. Tak kan aku nak cerita Lia kerja apa.
"Erm.... Saya baru je kahwin dengan Lia. Baru 3 bulan Mak Eton. Aku kenal dia sebulan terus kami bernikah. Saya tak tahu pulak pasal dia hilang. Sebab Lia bagitau saya, dia anak yatim piatu." Jawab aku. Aku perlu rahsiakan tentang Lia.
"Jadi, Lia kat mana sekarang ni?" Soal Imran pulak.
"Err.... Dia kat rumah. Dia tak tahu kedatangan aku ke sini. Aku cuma nak tahu siapa isteri aku. Sebab dia banyak berahsia." Tipu aku lagi.
Selepas berbual-bual, aku meminta diri untuk pulang. Aku juga sempat bermain dengan Adam. Anak itu sangat comel dan petah berbual. Kalau perhatikan lama-lama, wajahnya seiras Lia. Budak ni tak berdosa. Insyallah, selepas aku menemui Lia.... Aku akan datang balik ke sini untuk mengambil Adam.
Aku bersalaman dengan Mak Eton dan juga Imran. Aku berjanji akan datang ke sini lagi dengan membawa Lia sekali. Aku cium pipi Adam. Adam ketawa. Entah kenapa aku jatuh sayang pada Adam. Sedih pula nak tinggalkan Adam. Mungkin juga kerana dia anak Lia. Maknanya dia anak aku la kan? Yeah.... Aku dah jadi ayah.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)