Bab 56

83.7K 1.1K 31
                                    

Hakim tersedar dari mimpi. Bajunya basah dipenuhi peluh. Walhal biliknya sejuk. Dia teringat akan mimpinya. Sejak Lia pergi, ini kali pertama dia mimpikan isterinya itu. Dalam mimpi, isterinya melambaikan tangan sambil mengendong bayi. Bayi kecil itu menangis dengan kuat seperti disakiti. Lia hanya tersenyum padanya tanpa mempedulikan anak kecil itu. Kemudian, dia hilang sekelip mata. Aku menjerit memanggil namanya. Akhirnya aku tersedar.

Apa maksud mimpi tu? Lia dalam kesusahan ke? Ya ALLAH.... Kau lindungilah isteri ku. Tapi bayi kecil itu Adam ke? Adam sakit ke? Tanpa buang masa, segera aku menelefon Imran untuk bertanya keadaan Adam.
"Hello Im.... Aku ni Hakim. Adam okay tak?" Tanya aku sebaik Imran mengangkat telefon.

"Hah.... Adam? Adam okay je. Kau ni kenapa Kim? Dah pukul 2 pagi kot. Aku ngantuklah.... " Jawab Imran. Suaranya serak menandakan dia sedang tidur.

"Betul ke? Cuba kau check dia ada tak?" Tanya aku lagi minta kepastian.

"Ye la.... Dia ada ni tidur sebelah aku. Kau mimpi buruk ke? Macam budak kecik je..... Dah la, aku nak sambung tidur. Kau tu dah alang-alang bangun pergi amik wuduk, solat."

"Okay.... Thanks Im. Tolong tengok-tengokkan Adam eh. Sorry kacau kau. Assalamualaikum.... " Aku terus matikan talian. Alhamdulillah, Adam okay.

Selepas pertama kali aku berkunjung ke rumah Imran, aku terus ke sana lagi. Seminggu tu ada la 2 kali. Rasanya dah 10 kali aku ke sana untuk berjumpa dengan Adam. Kali ketiga aku ke sana, aku terpaksa bagitau mereka tentang Lia. Aku tak boleh tipu lagi. Pasti mereka akan syak aku menipu. Sejak itu, kamu dah rapat macam keluarga. Adam pun dah mesra dengan aku. Manja sangat.

Aku perlu buat sesuatu ni. Tak kira apa pun aku mesti lakukannya. Teringatkan kata Imran, aku terua masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Keesokkannya....
Aku berhentikan kereta di belakang kereta papa. Dari dalam kereta, aku ternampak mama dan papa sedang berehat di laman rumah. Masa yang sesuai untuk aku ceritakan segalanya. Aku membaca beberapa potong doa agar apa yang aku ingin katakan nanti diterima baik oleh mereka.

"Assalamualaikum.... " Aku beri salam ketika menghampiri mereka. Aku ambil tempat di depan mereka setelah bersalaman.

"Lamanya Along tak datang sini. Asyik call je.... Mana Lia? Kenapa tak bawak dia sekali?" Mama mula bertanya.

"Mama... Papa... Along ada benda nak cerita ni." Mereka memandang aku dengan seribu persoalan. Aduhai..... Tarik nafas Hakim. Kau mesti boleh.

Aku menceritakan tentang kehilangan Lia. Ternyata mereka sangat terkejut. Kemudian aku ceritakan tentang Adam. Cuma aku tak cakap siapa ayah Adam. Aku cuma katakan yang Lia seorang ibu tunggal. Biarlah kisah silam Lia, hanya menjadi rahsia kami sahaja. Aku tak mahu menambah lagi kekecohan. Selepas menceritakan semuanya, mereka terdiam lama. Mama dan papa cuma saling berpandangan.

"Jadi... Mana Lia sekarang?" Soal Papa.

"Along tak dapat kesan mana dia pergi. Along buntu dah ni. Dah sebulan Along cari dia. Tapi tak jumpa jugak."

"Jadi, apa rancangan Along skang ni? Dah report polis?" Tanya mama pula.

"Tak report pun. Along yakin Lia selamat. Mesti dia sembunyi kat mana-mana. Mungkin juga dia tak nak jumpa Along lagi." Jawab aku. Sebenarnya aku tak terfikir pulak nak report polis.

"Tu la Along... Suka marah tak tentu pasal. Lain kali siasat dulu. Along kan lawyer, patutnya along tau apa yang patut along buat. Bukannya bertindak melulu. Pasal orang lain, boleh pulak Along siasat. Masalah sendiri, suka hati je..... " Bebel mama. Aku hanya menundukkan muka.

"Sorry ma.... Sebenarnya, along ada hal lain nak cakap kat mama dan papa. Erm.... Along ingat nak bawa Adam ke sini. Along nak jaga dia."

"Hah? Along ni biar betul? Adam tu baru 3 tahun. Sapa nanti nak jaga.... Along kan keje." Kata mama. Alamak..macam mana nak pujuk mama ni.

"Mama kan ada. Adam tu comel. Manja sangat dengan Along. Along dah sayang kat dia ma. Dalam sebulan ni dah banyak kali along ulang alik jenguk Adam. Dia dah macam anak along dah. Boleh la mama papa. Sebab tu along datang ni nak bawak mama dan papa pergi sana jemput Adam. Mesti Mak Eton dan Imran tak risau kalau mama dan papa ada. Lagipun Imran akan berkahwin tak lama lagi. Bolehlah.....please!"

Aku cuba memujuk mereka. Aku betul-betul nak Adam tinggal dengan aku. Sekurang-kurangnya hilang sikit rindu aku pada Lia.

"Anak awak ni dah tak boleh diubat dah. Kite ikutkan je kemahuan dia. Mana tau, Lia akan balik pada kita. Lagipun, Adam tu dah jadi tanggungjawab dia. Mereka tu hanya menjaga saja. Tak elok pula kita buat bodoh je sedangkan kite dah tahu siapa Adam." Kata papa pada mama. Mama hanya mengangguk. Mungkin terpujuk dengan kata-kata papa.

"Suka hati abang la kalau macam tu. Saya ikutkan je. Entah-entah abang yang tak sabar nak ada cucu kot." Jawab mama. Aku ketawa perlahan mendengar ayat yang last tu. Papa hanya tersenyum. Betul la tu.

Alhamdulillah.... Aku bangun dan cium pipi mama. Bertuahnya aku ada keluarga yang memahami. Lia, abang dan Adam akan tunggu Lia pulang.

Kring.... Kring....
"Hello.... " Aku terus menjawab panggilan dari Imran. Tak sabar nak bagitau rancangan aku. Aku harap dia setuju dengan permintaan aku tu.

"Hakim.... Kau kat mana? Adam ada dengan kau tak?" Soal Imran cemas.

"Hah? Aku kat JB ni. Apa dah jadi pada Adam? Kau jangan memain Im."

"Adam hilang. Tadi dia tengah main kat depan rumah ni, bila aku tengok balik dia dah tak ada. Aku dah cari kawasan rumah ni. Kat kedai pun aku dah pergi. Tapi tak jumpa..... Macam mana ni Hakim."

"Ya ALLAH..... Anak aku. Okay, aku ke sana sekarang jugak."

Aku terus mematikan talian. Aku hanya beritahu apa yang aku tahu pada papa dan mama. Mereka setuju ikut aku ke sana.

Aku sampai di rumah Imran pada pukul 8.15 malam. Terus aku berlari masuk ke dalam rumah. Aku harap Adam dah dijumpai.

"Im... Mak Eton.... Dah jumpa Adam?" Tanya aku pada mereka. Baru aku perasan ada dua orang polis di situ.

"Belum Hakim. Mak Eton risau ni. Adam baru 3 tahun." Jawab Mak Eton.
"Encik.... Macam mana? Adakah ni kes culik?" Tanya aku pada polis.

"Mungkin ya. Sebab kami dah cari seluruh kampung ini, tapi tak dapat kesan di mana Adam berada. Kami sedang lakukan siasatan lanjut. Kamu semua ada syak sesiapa ke?" Kata salah seorang dari polis tersebut.

"Hurm.... Tak ada pulak." Jawab Imran.

"Tak apalah kalau macam tu, kami pergi dulu. Kalau ada apa-apa, hubungi kami secepat mungkin."

Selepas polis itu keluar, mama dan papa masuk. Aku perkenalkan mereka kepada Mak Eton dan Imran. Kami berbual dan memberitahu tentang rancangan aku pada Mak Eton dan Imran. Mereka hanya diam sahaja. Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk bincang hal ini.

Ketika kami duduk menunggu, aku teringatkan sesuatu. Terus aku bangun dan keluar dari rumah. Aku mencari nombor telefon Sarjan Saiful. Sarjan Saiful merupakan kawan aku yang bertugas di balai polis Sentral Johor Bahru.

"Hello Saiful.... "

.....................................................................

*hai all....
I nak bagitau u all ni....
Story ni dah nak sampai ke penghujungnya. 😔
Maybe, hanya tinggal 4 chapter left.
Teruskan menanti update2 terakhir dari I okay.
Love u all....

Xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now