Bab 14

121K 1.5K 66
                                    

Lia terjaga dari lena apabila terasa ada jari yang menyentuh pipinya. Dia menoleh ke kanan. Hakim punya jari? Mamat ni mengigau ke? Mata terpejam, tapi tangannya merayap kat muka aku. Aku mengalihkan tangannya ke bawah. Hakim membuka mata. Mungkin terkejut dengan perlakuan aku sebentar tadi.

"Ops sorry, saya kacau awak tidur ke?" Soal Hakim sambil tersengih. Aku mengerutkan dahi. Tadi tu dia sedar ke mengigau?

"Tak la. Ada semut merayap kat muka saya tadi, tu yang terbangun. Sekarang pukul berapa eh?" Aku cuba memerlinya. Dia cuma mengangguk. Nampaknya dia tak sedar perlakuannya atau malu nak mengaku.

"Pukul berapa?" Soal ku sekali lagi.

"5.30 pagi. Nak balik ke? Sorry la sebab heret awak tidur dalam kereta. Mesti awak tak selesa." Jawab Hakim. Wajahnya kelihatan serba salah.

"Tak pe. Saya pun tak pernah tidur dalam kereta. Pengalaman yang baru." Tipu aku. Sumpah! Memang tak selesa. Sakitnya pinggang aku. Dah la tengah 'bendera merah'. Orang perempuan je tau macam mana rasa sakit itu.

Hakim membetulkan duduknya, bersedia untuk memandu. Katanya ingin menghantar aku pulang terus. Aku senyum di dalam hati. Tak sanggup nak duduk dalam kereta ni lama-lama.

Perjalanan kami mengambil masa 1 jam setengah, boleh tahan mamat ni bawa kereta laju. Maklumlah waktu pagi macam ni mana ada kenderaan lain. Kami sampai di apartment aku, mungkin Hakim tidak memaklumkan pada Mummy Allen yang aku dihantar awal pagi begini. Tiada bayangan kuncu-kuncunya di situ. Ni kalau aku lari, tiada siapa akan perasan. Fikir ku.

"Terima kasih Lia sebab sudi layan saya."

Aku tersenyum.

"Memang kerja saya melayan orang." Jawab aku pendek.

"Lia.... hmmm.... awak tak nak tinggalkan kerja ni ke?" Soal Hakim. Aku merenung matanya lama. Soalan apa tu?

"Kalau awak boleh bayar Mummy Allen RM50 ribu, mungkin saya akan tinggalkan." Jawab aku.

"Kalau saya bayar, Mummy Allen akan lepaskan awak? Dan selepas itu, awak akan ikut saya?" Hakim mengangkat keningnya. Nampak seperti berminat. Tentang Rm50 ribu tu aku main hentam je cakap.

"Kalau gitu, sama je la nasib saya. Keluar kandang rimau, masuk sarang buaya. Ada beza ke?"

"Awak cakap saya buaya? Ada bezanya Lia.... Saya tak kan kurung awak dalam sangkar." Kata Hakim. Wajahnya nampak serius. Gila mamat ni. Jangan permainkan perasaan aku boleh?

"Apa bezanya? Saya tetap kena puaskan nafsu lelaki. Saya ni perempuan dah kotor. Hina. Tolong jangan main cakap perkara yang tak kan berlaku. Saya pasti awak lelaki yang baik. Jangan hancurkan hidup awak demi perempuan macam saya. Saya tak layak untuk bahagia. Takdir saya memang kat sini. Tak kira kat tangan Mummy atau awak. Saya tetap jadi hamba seks." Peh.... lancar betul ayat aku. Hakim terdiam sekejap. Mungkin cuba hadam kata kata ku. Seminit juga kami jadi bisu.

"Kalau gitu, kita kawen." Hah.... amik kau. Memang sah mamat ni sewel. Aku ketawa kuat. Nasib baik masih dalam kereta, kalau kat luar mesti orang ingat ada pontianak yang dok mengilai.

"Dah la Encik Hakim. Saya penat, awak pun mesti penat. Sebab tu awak merepek yang bukan-bukan. Terima kasih sebab bawak saya jalan-jalan. Sorry tak dapat 'layan' awak. Duit saya awak masih simpan kan? Awak amik je la duit tu untuk ganti duit yang awak bayar pada Mummy malam tadi. Anggap je duit tu upah awak tolong saya keluar kejap. Walaupun sekejap, saya gembira dapat melihat kehidupan di luar. Selamat malam." Aku terus keluar dari kereta. Tak mahu mendengar kata-kata kosongnya lagi. Lelaki semua tak boleh dipercaya. Ayah kandung aku sendiri pernah mengkhianati anak sendiri, apatah lagi lelaki yang tiada hubungan langsung dengan aku.

Dari luar kereta, sempat aku menjeling ke arah Hakim. Dia masih terdiam memandang aku. Pi lantak kau la Hakim. Aku kenal kau pun baru berapa jam. Jangan nak merapu sangat ajak aku kahwin. Kahwin? Hahahaha..... boleh mati aku disebabkan terkejut.

.................................................................................

*Hakim ajak kahwin oiii.....
Kite nak bagi dorang kahwin ke x?
Ke nak suruh Mike potong jalan Hakim?
Any idea's? Tentu korang ada idea yang lebih bombastic kan?
Jom komen....
Jgn lupa vote tau. Nanti saya majuk lelama. Tak nak update story ni :p

Xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now