Bab 43

95.6K 1.1K 34
                                    

Alhamdulillah.... Bacaan yassin dan tahlil untuk arwah Tasya sudah selesai. Hakim mencadangkan agar tahlil buat di masjid. Kami hanya menempah bungkusan makanan untuk ahli masjid yang datang.

Urusan pengebumian, Hakim juga yang uruskan memandangkan tiada waris yang menuntut jenazah Tasya. Aku sempat menatap wajahnya kali terakhir. Tenang saja wajahnya walaupun dia membunuh diri, kata semua orang. Waallahualam. Tiada siapa yang tahu cerita sebenar. Itu hanya dia dan ALLAH saja yang tahu.

Aku rasa tenang bila dapat mandikan jenazah dan juga ikut serta ke kubur untuk menyempurnakan jenazahnya. Hilang rasa bersalah kepadanya. Mummy Allen ada cuba telefon aku, tapi aku tak layan. Biarlah Tasya pergi dengan tenang.

Tasya salah seorang orang yang aku sayang sangat. Dia telah aku anggap sebagai kakak sendiri. Dia banyak menolong aku ketika aku baru sampai ke bandar ini. Tasya membuat kesilapan besar kerana dengan rela mengikut Mummy Allen. Kehidupannya yang miskin, pemergian kedua ibu bapanya membuatkan dia bertindak tanpa memikirkan bencana yang datang. Kisahnya berlainan dengan aku yang dipaksa melakukan kerja terkutuk.
Perbuatan Mummy Allen tak akan aku maafkan walaupun aku dah tak ada dalam dunia ini.

"Lapar?" Tanya Hakim. Aku yang duduk termenung di tangga surau terkejut dengan kedatangannya. Suka sangat buat orang terkejut.

"Bolehlah. Ada lebih makanan?" Tanya aku pula.

"Tak ada la sayang. Ramai pulak yang datang ke masjid hari ni. Nasib baik cukup bungkusan makananya."

"Alhamdulillah, rezeki Tasya sebab ramai yang mendoakannya. Saya tak tahulah macam mana nasib saya nanti." Balas aku.

"Dah.... Jangan cakap macam tu. Jom kita pergi makan. Abang bawak sayang pergi tempat best." Ajak Hakim. Hakim memimpin tangan ku ke kereta.

Selepas 20 minit memandu, kami telah sampai ke destinasi. Wah.... Meriahnya tempat ni. Kata Hakim, nama tempat ni senibung. Kampung senibung. Aku suka sangat makan di sini. Ada banyak restoran yang menyediakan makanan laut disini. Restoran di disini dibina di atas pantai. Kalau air pasang, restoren ini akan terapung. Dan dari sini, kita akan dapat lihat negara seberang iaitu, Singapore.

Hakim order tomyam, ikan tiga rasa, ketam masak telur masin dan juga sayur kailan. Hish.... Banyaknya. Siapa pulak yang nak menghabiskannya.

Kami berbual-bual sambil makan. Angin yang bertiup memang membuatkan semua pengunjung rasa nyaman sekali.

"Sayang, kalau kita ada anak mesti seronok kan? Tengok tu.... Geram saya tengok." Kata Hakim sambil menunjuk ke arah sebuah keluarga. Memang sangat bahagia. Anak mereka yang 3 orang tu sangat comel.
"Yelah, comelnya anak dorang tu. Awak nak anak ke?" Soal aku. Dia mengangguk laju.

"Abang akan mula kerja minggu depan, jadi tak ada masalah kalau sayang mengandung sekarang." Kata Hakim dengan perasaan teruja. Entah kenapa aku tidak teruja mendengar perkataan anak itu. Akhirnya aku hanya tersenyum sahaja.

Ketika sampai di rumah, aku mula rasa tak sihat. Badan aku tiba-tiba panas dan kepala pun rasa pening. Aku terus masuk ke bilik dan baring. Mungkin pelik dengan sikap aku, Hakim duduk di sebelah aku. Dia letakkan tapak tangannya di dahi aku.

"Awak demam ni.... Jom pergi klinik." Ajak Hakim. Aku gelengkan kepala.

"Degilnya sayang. Jomlah.... Takut melarat nanti." Pujuknya lagi.

"Sikit je... Mungkin sebab saya terkejut agaknya. Banyak hal yang berlaku." Balas aku.

"Banyak hal apa? Selain dari kematian Tasya, sayang ada masalah lain ke?" Tanya Hakim. Aku cepat-cepat gelengkan kepala.

Hakim bangun dan keluar dari bilik. Beberapa minit kemudian, dia datang membawa segelas air dan panadol. Aku ambil dan makan ubat yang diberikannya. Kemudian aku baring semula dan pejamkan mata. Aku tak mahu dia tanya aku macam-macam lagi. Aku takut rahsia aku kan terbongkar.

Aku tersedar dari tidur pada pukul 4 pagi. Kain basah yang berada di dahi aku ambil. Ni mesti Hakim punya kerja. Aku pandang dia di sebelah yang sedang nyenyak tidur. Mesti dia penat layan aku. Kesiannya. Aku banyak susahkan dia. Aku bangun perlahan-lahan agar dia tak terjaga.

Aku masuk ke dalam bilik aku yang sebelum ini. Aku duduk di birai katil. Aku main dengan handphone aku, masih memikirkan adakah aku patut call dia. Tanpa buang masa, aku terus call dia. Ada nada dering. Jantungku berdebar dengan laju.

"Hello...." Ada satu suara yang lemah menyambut di hujung talian. Mungkin dia sedang tidur tadi.

"Assalamualaikum, Imran. Ni aku, Lia." Jawab aku dengan perlahan.

"Lia.... YA ALLAH, mana kau pergi selama ni? Kenapa tak balik sini? Kiteorang kat sini puas tunggu kau balik. Tiba-tiba kau hilang je.... "

Aku rasa ingin menangis. Rupa-rupanya masih ada lagi orang yang prihatin terhadap aku. Aku ingat, mereka semua dah lupakan aku.

"Tolong jangan tanya aku macam-macam. Adam sihat?" Akhirnya, terluah juga apa yang ingin aku katakan.

G.R.OWhere stories live. Discover now