Bab 55

82.1K 1.1K 11
                                    

Mata aku terbeliak melihat ujian kehamilan itu. Positif. Alhamdulillah. Dalam pada itu, aku juga rasa sedih. Sepatutnya aku kongsikan kegembiraan ini bersama suami aku. Aku ambil keputusan untuk tinggal di rumah Ali buat sementara waktu. Sudah sebulan aku disini.

Aku keluar dari tandas di dapur. Ali dan Naim, mamat topeng tu sudah sedia menunggu aku di ruang tamu. Mereka kelihatan tidak sabar bila ternampak aku datang dari dapur.

"So, kau pregnant?" Tanya Ali. Mereka berdua menunggu jawapan dari aku.

"Yeah.... Aku mengandung!!" Aku menepuk tangan bagai budak kecil. Serentak itu Ali dan Naim menjerit kegembiraan.

Sejak 3 hari lepas, aku sering muntah-muntah. Kepala aku sakit. Badan aku lemah. Cuma aku tak demam saja. Kerana tidak tahan, pagi tadi aku terus call Ali supaya datang ke sini dan belikan aku ubat. Ali dan Naim datang tapi tak bawa ubat. Mereka membawa pregnancy test. Kata mereka, orang kat farmasi yang suruh mereka membeli ini. Katanya simpton yang dialami aku mungkin menyatakan aku mengandung.

"Alhamdulillah Lia..... Tahniah. So... Nak bagitau Hakim?" Tanya Ali. Aku terus terdiam.

"Kau jangan bagitau dia. Aku tak nak dia tahu. Aku takut dia tak mengaku ini anak dia. Kau lupa, dia cakap aku perempuan jijik, jalang.... Aku tak nak dia hina aku lagi. Aku tak boleh terima penghinaan dari dia lagi." Jawab aku. Emosi aku terganggu.

"Okay okay... Jangan marah. Nanti baby tu terkejut dengar suara ibu dia jerit-jerit. Aku tak kan bagitau dia. Cuma aku harap, kau jangan pergi mana-mana lagi. Tinggal je kat sini. Aku tak kisah." Ali cuba memujuk aku.

"Ha ah la Kak Lia, saya setuju. Hish... Tak sabar saya nak tengok baby Kak Lia. Mesti comel macam saya kan. Patutlah Kak Lia asyik lapar jer. Asyik suruh saya beli macam-macam makanan." Sampuk Naim. Budak ni memang banyak mulut tau. Kepoh. Aku hanya ketawa. Aku cuba kawal emosi aku. Kesian anak ibu kat dalam ni. Aku pegang dan usap perut aku yang sudah buncit sikit. Patutlah aku nampak gemuk sekarang ni.

Selepas balik dari klinik, aku terus naik ke bilik yang berada di tingkat atas. Aku muntah lagi. YA ALLAH.... Aku sudah tak ada tenaga lagi. Ali dan Naim terus balik selepas menghantar aku. Tak kan aku nak benarkan mereka tidur sini pulak kan.

Aku naik ke atas katil. Kepala aku yang sakit, aku sapukan dengan minyak angin. Terasa lega sedikit. Ketika aku mengandungkan Adam, aku tak pernah muntah atau sakit. Cuma emosi aku je yang tak tenteram. Asyik marah marah dan menangis.

Aku mengusap perut aku. Bayangan wajah Hakim datang menjelma di mata ku. Aku menangis lagi. Entah sudah berapa kali aku menangis mengenangkan dia. Apalah reaksinya kalau dia tahu aku mengandung. Dia mengaku tak ini anak dia? Aku takut sangat. Sebab itulah aku ambil keputusan tak nak bagitau dia. Jika ditakdirkan aku terpaksa membesarkan anak ini seorang, aku redha.

Aku ada Ali. Aku ada Naim. Sudah cukup bagi aku untuk meneruskan hidup ini. Tapi satu hal yang membuatkan aku serba salah. Aku tak punya rumah atau pekerjaan. Sampai bila Ali ingin menanggung aku. Akan datang, aku dah berdua. Tentu akan menyusahkan Ali. Pernah aku suarakan untuk mencari bilik sewa dan kerja di luar, tapi Ali membantah. Katanya, biarlah dia yang sara aku demi menebus kesilapannya. Serba salah aku dibuatnya.

Adakah aku patut balik ke kampung saja? Tinggal bersama Adam. Imran pernah kata, rumah aku dulu masih kosong. Mak Eton tak pernah sewakan pada sesiapa. Imran cakap maknya kenangkan kebaikan ibu aku pada mereka sekeluarga. Jadi Mak Eton tak sanggup nak sewakan pada sesiapa. Dia takut kalau aku pulang nanti, aku tak ada tempat tinggal. Ya ALLAH, masih ada lagi orang yang berhati mulia didalam dunia ini.

Adam.... Adam nak dapat adik. Adam akan jadi abang. Adam suka tak? Aku menangis lagi. Betapa rindunya aku pada suami dan anak aku.

G.R.OWhere stories live. Discover now