Chapter 1

2.8K 126 1
                                    

Redna POV:

Pintu kafe yg masih bertanda 'Closed' ku tolak. Bunyi loceng yg dipasang di tepi pintu kedengaran. Aku tersenyum.

Terus aku menghampiri Nara yg sedang sibuk mengelap dan menyusun kerusi di dalam kafe. Begitu tekun dia menyusun kerusi itu sehingga tidak sedar yg aku sudah sampai.

Segera aku peluk dia dari belakang. Akibat terkejut dia melompat. Aku gelak terbahak-bahak dengan tindakan drastiknya.

Nara memandang aku dengan pandangan tajam. Gulp... Menyeramkan. Terus aku pamerkan gigi ku yg tersusun indah kepadanya. Cuba untuk melembutkan hatinya...

Nara: Ish Redna!!! Ko memang nak aku mati terkejut kan... Fuh... Nasib aku tak ada sakit jantung.

Aku cuba menahan tawa mendengar bebelan darinya. 

"Ala... Soryla..Hehehehe.... Saja... Pepagi ni kene mulakan dengan sesuatu yg indah... Hahahaha"

Akhirnya Nara tersenyum melihat telatah aku.

Selepas membantu Nara menyusun dan mengelap meja, aku segera melangkah ke arah kaunter. Nara pula berlalu ke pintu untuk mengalihkan tanda 'Closed' kepada 'Open'.

Hari ini aku bertugas menjadi juruwang. Aku segera memasukkan kata laluan ku dan bersedia untuk menjadi juruwang. Aku memandang ke arah pintu. Siapalah yg akan jadi pelanggan pertama kami pada hari ini.

Sedang aku termenung memandang menu, tiba-tiba loceng kedengaran. Segera aku mengalihkan pandangan ke arah pintu, tempat di mana bunyi itu datang.

Seorang lelaki yg agak kacak masuk ke dalam perkarangan kedai. Lelaki itu menghampiri kaunter. Tidak semena-mena jantungku berdegup kencang.

"Ya.... Encik? Bo...Boleh saya bantu?" tak semena-mena aku gagap seketika tatkala dia berada betul-betul di hadapan aku. Aku memberikannya senyuman yg indah sepertimana aku selalu lakukan untuk setiap pelanggan yg datang.

Lelaki itu kemudiannya membuka kaca mata hitam yg melindungi matanya sedari tadi. Aku yg berada di hadapannya hanya dapat terpegun. Rambutnya dia usap sehingga kebelakang.

"Saya nak pesan Caramel Macchiato satu ya" Akhirnya dia bersuara. Suaranya amat menarik perhatianku menambahkan lagi kekagumanku padanya. 

"En...Encik nak h....hot or co.....cold?" Aku gagap sekali lagi. Aduhai kenapalah kau macam ni Redna?!

"Ofcoz la hot dear.... Sekarang kan sejuk... You tak rasa sejuk ke?" senyuman dia lemparkan sambil matanya memandang ke arah aku. Aku akui mamat ni memang buat aku cair.

" Hehe.... Saya tak kisah sejuk ke tak saya akan minum yg sejuk jugak... Okay nanti dah siap saya akan panggil encik ya? Nama encik apa?" Akhirnya aku tidak gugup lagi!

"You ni cutelah dear.... My name Park Jimin... Just call me Jimin... " Dia kemudiannya berlalu ke arah meja dan kerusi yg tersedia. 

Aku pergi ke arah Nara yg sedari tadi memandang aksi kami. Sebaik sahaja aku mendekatinya dia terus tersenyum. Seperti ada sesuatu yg bermain di fikirannya.

Nara: Ceh ceh... Bercinta lak kat depan kaunter ya...

"Eh eh... Kau... Pepandai... Dah dia nak hot Caramel Macchiato.... Pegi buat..."

Nara masih lagi tersenyum mengekek. Perli aku lagi la tu... 

 Aku berlalu semula ke kaunter apabila kelihatan ada pelanggan yg baru datang. Segera aku layan pelanggan itu dan mengambil pesanan.

Kring~~ Bunyi loceng yg datang dari arah belakang. Aku segera memalingkan badanku untuk melihat ke arah belakang.

"Caramel Macchiato dah siap!" Kata Nara yg tersenyum kepadaku. Dia kemudian berlalu untuk membuat pesanan yg lain. Aku segera mengambil cup yg sudah berisi air itu. Aku mengambil pen marker dan menulis namanya. 'JIMIN'

Tanganku mula menekan loceng yg berada di bahagian kaunterku ini. 

Seakan tahu yg itu pesanannya, dia segera bangun dan menuju ke arah aku. Sekali lagi jantungku berdegup kencang.

"Okay, how much?" Tangan lelaki itu menggapai minumannya yg berada di kaunter.

"30,000 won. Enjoy your drink" kataku sambil menyambut huluran nota wang 50,000 won. Belum sempat aku memulangkan baki duit, lelaki itu sudah mahu beredar.

"Eh encik.... Ni baki duit..." suaraku yg tidak terlalu kuat itu didengarinya. Dia segera memberhentikan langkahnya.

"Its okay... Its for you sweetie" dia kemudian terus berlalu keluar dari kafe kami. Aku memandang nota wang 20,000 won itu. 

Rezeki hari ini. Jimatla sikit duit aku harini. 

Aku sambung bekerja dan melayan pelanggan-pelanggan yg datang. Tidak menang tangan. Ramai juga pelanggan yg datang hari ni. Mesti bos kami gembira kerana hari ini jualan sangat laku.

BERSAMBUNG

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now