Redna baru sahaja pulang dari kerjanya. Dia membuka pintu utama rumahnya. Dia melihat di sekeliling ruang tamu.
Omma dan appanya sedang duduk berehat di ruang tamu. Segera dia mengatur langkah mendekati omma dan appanya.
Redna: Omma! Appa! Redna dah balik...
Omma: Oh hi Redna selamat pulang! Mari sini sekejap.
Redna segera mengambil tempat duduk di sofa yg empuk itu. Dia memandang omma dan appanya. Kelihatannya seperti ada sesuatu yg hendak dikhabarkan oleh mereka.
Omma dan appanya memandang Redna dengan senyuman yg rasanya agak pelik untuk Redna. Redna membalas senyuman omma dan appanya. Keadaan agak janggal di situ.
Omma: Kami berdua dapat tawaran bekerja di London dan kami rasa tak elok tolak peluang yg baik ni kan? Tapi, kami tak boleh bawa kamu sekali.
Redna: Apa?! Kenapa pula tak boleh bawa Redna sekali? Omma, janganla tinggalkan Redna. Omma dengan appa nak buang Redna ke? Omma? Appa?
Appa: Redna, bawa bertenang dulu. Dengar dulu apa yg appa dengan omma nak cakapkan. Macam ni, Redna kan masih seorang pelajar sekolah menengah. Jadi kalau kamu ikut sekali, pembelajaran kamu akan terganggu.
Redna: Tapi Appa dekat London tu bukannya tak ada sekolah. Redna boleh sambung persekolahan dekat sana Appa.
Appa: Format di sini dan di sana berbeza Redna. Appa pasti yg semua ini akan menyukarkan Redna. Kami buat keputusan ini bersebab Redna.
Redna: Habis tu, takkan lah Redna dekat sini seorang diri? Are you serious?
Omma: Sebab itulah kami berdua dah putuskan untuk....
Appa: Kahwinkan kamu dengan anak kenalan appa.
Redna terkedu mendengar apa yg baru sahaja dituturkan oleh appanya. Kahwin? Sekarang? Di usia sekarang? Apa semua ni!!
Redna: Wait what?!! Apa semua ni? Eh Redna tak nak kahwin lah. Appa dengan omma janganlah merepek sampai tahap ni. Apa semua niiiii.
Omma: Redna, ni demi kebaikan. Dia boleh jaga kamu sepanjang kami berada di London. Sebaik sahaja kamu tamat pembelajaran kamu di sini, kamu boleh berpisah dengan dia dan ikut kami ke London.
Appa: Please Redna. Ini sahaja yg kami minta daripada kamu. Kami rasa ini keputusan yg terbaik.
Redna terdiam seketika. Dia mula memikirkan cadangan dan perancangan kedua orang tuanya itu. Ada baiknya sekiranya dia bersetuju sahaja. Daripada merumitkan lagi keadaan. Redna mengambil nafas panjang.
Redna: Baik. Redna setuju.
Redna akhirnya akur dengan keputusan Omma dan Appanya.
Selepas perbincangan itu, Redna mula mengatur langkah ke biliknya. Dia berjalan lemah. Memikirkan siapalah bakal suaminya itu.
Redna menghempaskan badannya ke atas katil. Dia menenangkan dirinya seketika. Dia melelapkan matanya untuk menghilangkan segala tekanan itu.
//SKIP//
Keesokan paginya, Redna bangun seperti biasa. Selepas meminta izin omma dan appanya untuk pergi kerja, dia memulakan langkahnya untuk ke kafe. Dia melalui lorong-lorong biasa dia lalui.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang sedang diperas ugut. Dia mula tercari-cari pemilik suara tersebut.
Dia memerhati dari jauh. Kelihatan seorang lelaki yg bermuka bengis sedang mencekak leher seorang pemuda yg sudah kelihatan lemah itu. Dan pemuda itu seakan dikenalinya namun otaknya tidak mahu bekerjasama untuk memproses siapakah pemuda itu.
Dia ingin membantu pemuda itu dari terus diperas ugut oleh lelaki itu. Dia terus menjerit dengan kuat.
Redna: Woi!!!!!!!!!
Suara Redna yg seakan lelaki itu mengejutkan lelaki yg sedang memeras ugut itu. Dia terus meninggalkan tempat itu. Redna terus berlari untuk mendapatkan pemuda yg lemah itu.
Redna: Encik? Encik?
Wajah pemuda itu ditelitinya dan akhirnya dia ingat siapakah pemuda tersebut.
Redna: Park Jimin? Omg yes it's you!
Jimin langsung tidak berkata apa-apa. Itu membuatkan Redna semakin risau. Dia segera memapah Jimin dan dibawanya terus ke kafe.
Dia mengetuk-ngetuk pintu kafe dengan kuat. Nara yg sedang mengelap meja-meja di situ tersentak. Dia segera berlalu ke arah pintu.
Nara: Kau tak ada kunci ke meme.....
Belum sempat Nara menghabiskan ayatnya, dia terlopong melihat Redna. Dia memandang Redna dengan seribu satu persoalan.
Redna: Ha, kau pandang apa? Cepatla tolong aku eeee ya tuhan!
Nara: Eh maaf maaf.
Nara membantu Redna memapah Jimin masuk ke dalam. Mereka meletakkan Jimin di sebuah kerusi. Nara segera berlalu ke dapur untuk mendapatkan air.
Redna pula memerhati saja Jimin. Cuba memerhati sama ada, ada sebarang reaksi daripada Jimin.
Nara: Weh... Nah!!!
Nara menghulurkan air itu kepada Redna. Redna segera menyambut air itu. Dia meletakkan sedikit di tangannya lalu dia percikkan ke muka Jimin.
Jimin bergerak-gerak apabila Redna memercikkan air itu. Redna tersenyum. Jimin semakin sedar. Dia membuka matanya perlahan-lahan.
Jimin: Erm... Aku... Aku kat mana ni?
Redna: Encik Jimin, tadi ada org peras ugut encik dan kemudian encik pengsan. Jadi saya tolonglah encik....
Jimin: Huh? Peras ugut?
Redna tiba-tiba menutup hidungnya tatkala bauan dari mulut Jimin mula menerpa masuk ke dalam rongga hidungnya. Bau alkohol.
Redna: Erm... Rasanya encik mabuk ni sebabtu tak sedar apa apa.
Jimin tersengih malu. Dia menggaru-garu kepalanya yg tidak gatal itu.
Jimin: Um... Terima kasih ya sebab sudi tolong saya.
Redna: Tak jadi masalah, encik.
Redna gugup sekali lagi. Renungan dari Jimin membuatnya gugup. Pandangan dari Jimin itu betul-betul menganggunya.
Jimin: Your name is Red....Redna right?
Redna hanya mampu menggangguk perlahan. Pipinya merona merah tatkala mendengar Jimin menyebut namanya.
Jimin: I guess I'll have to leave now ya, ganggu korang buka kedai pula. Goodbye and thank you again, beautiful.
Jimin berlalu meninggalkan kafe itu. Redna kemudian memandang ke arah meja. Ada sekeping nota wang 100,000 won. Ada satu kertas di situ. Redna membaca isi kertas itu.
"For you sweetie... Thanks for saving me" -LoveJimin
Redna tersenyum. Entah bila lelaki itu menulis semua itu.
■BERSAMBUNG■
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...