"Mahkamah memutuskan bahawa Park Jimin dan Kim Redna sah bercerai dari segi undang-undang. Dengan ini telah jelas bahawa mereka berdua bukan lagi sepasang suami isteri."
Ttok! Dengan itu penceraian mereka menjadi sah. Ya, saat yang tak diharapnya tak pernah berlaku itu sudah terjadi. Dia bukan lagi isteri kepada Jimin.
Redna beredar dari dewan mahkamah diiringi dengan ibu bapanya. Jimin yang kemudiannya keluar dari dewan tersebut diperhatinya. Dia memandang kedua ibu bapanya tatkala Jimin menghampiri mereka.
Appa: Terima kasih banyak banyak Jimin sebab dah jaga Redna selama ini.
Jimin: Tak ada apa lah, appa. Jimin hanya laksanakan tanggungjawab Jimin berdasarkan perjanjian kita.
"Perjanjian.... That's all in your mind, right?" desis Redna dalam hatinya. Dia memerhati sahaja gelagat Jimin yang sedang sibuk berbual dengan ibu bapanya. Melihatkan dirinya seakan pasif sahaja dari tadi, Redna segera mengundurkan diri dan beralih ke sudut yang lain.
Sedang dia mengelamun, terasa bagai ada yang memegang lengannya dari belakang. Redna tersentak akan perbuatan tersebut. Sebaik sahaja menoleh ke belakang, ternyata Jimin yang memegangnya.
Redna menarik lengannya kasar daripada genggaman tangan Jimin. Jimin tersentak dengan tindakan drastik Redna.
Redna: Remember, you are no longer my husband. You can't easily touch me like that.
Jimin terdiam dengan penjelasan Redna. Suasana menjadi sepi seketika. Jimin berdehem untuk cuba menjernihkan suasana.
Jimin: Okay, like this... Aku nak berbaik dengan kau...
Redna: What for? Berbaik? Nonsense lol....
Jimin: Redna, boleh tak jangan keruhkan keadaan? We used to be bestfriend takkan lah sebab benda macam ni kita perlu gaduh? I mean bermasam muka? Kita berpisah secara baik and hubungan itu sepatutnya kekal baik. Aku tak suka lah kita macam ni...
Redna: Oho, so now you wanna put all the blame on me?
Jimin: I didn't mean that,
Redna: Jimin, listen. Orang macam you didn't even deserves untuk berbaik cuz what? Because I was too nice before, I became dumb. I buta. I percaya you sepenuh hati. And end up you are just a liar. You manipulate me, my feelings and everything. Dengan segala perbuatan you ni, you berharap I untuk berbaik dengan you? You are really nonsense, Jimin!
Bergetar-getar suara Redna cuba melafazkan kemarahannya kepada Jimin. Segala apa yang disimpannya dari dahulu akhirnya diluahkan.Mudah sahaja menyakiti dan meminta untuk berbaik? Tiada hati perutkah lelaki bernama Park Jimin ini?
Jimin menghela nafas panjang mendengar luahan Redna. Lebih menyakitkan hati riak wajah mukanya relaks sahaja. Seakan tidak terkesan dengan apa yang baru diperkatakan Redna.
Jimin: Well, if that's what you said, I'm fine with that. I tak boleh nak paksa you, right? Just so you know, I'm sorry once again.
Suasana sepi di antara mereka berdua. Redna menghembus nafas dalam-dalam. Dia segera berlalu daripada situ. Takut emosinya berubah dan akhirnya ya dia akan kelihatan lemah lagi di hadapan Jimin.
Tipu. Tipu jika hatinya tidak turut sakit tatkala dia seakan menghampakan Jimin namun apabila melihat reaksi Jimin yang seakan tidak kisah membuatkan hatinya lebih merungkam. Seorang lelaki yang pernah menjadi yang terindah dalam hidupnya kini berubah sekelip mata menjadi seorang lelaki yang tiada sekelumit perasaan.
Bagasi sudah tersedia. Passport dan sebagainya sudah lengkap. Redna sempat memerhati segenap ruang di biliknya untuk melihat sekiranya ada perkara yang tertinggal. Nampaknya seperti tiada. Dia segera bergegas ke bawah tatkala mendengar namanya diseru oleh ibunya.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...