PS: Chapter ni disebabkan dia last episode, dia agak panjang ya daripada biasa! Enjoy guyssss! Huaaa lepasni korang dah tak ternanti nanti dah author update this ff. Thanks for reading this ff sampai sini ya! Im so lucky to have such an amazing readers like yall. Okayla banyak cakap pula. Jangan lupa click lagu ya!
"Miss Redna, do you prefer your hair down or up?"
Redna tersenyum tawar mendengarkan soalan daripada MUA tersebut. Hari ini hari perkahwinannya dengan Namjoon. Sekarang sudah pukul 9 pagi. Majlis akan berlangsung kurang lebih 1 jam lagi. Solekannya sudah siap. Sekarang cuma tinggal rambutnya yg harus didandan.
Redna: Anything that'll look nice and neat. I don't know. You decide.
Mendengarkan jawapan daripada Redna membuatkan MUA itu mengangguk tanda faham. Walaupun sejujurnya dalam hati MUA tersebut dia hairan kenapa seorang pengantin perempuan tidak kelihatan teruja di hari perkahwinannya.
Suasana perkahwinan ini amat berbeza dengan perkahwinannya dahulu. Kalini semua baginya kelihatan suram padahal majlis kalini lebih meriah. Dihadiri ramai saudara mara dan kenalan.
Sedari bangun pagi tadi, Redna langsung tidak mengukirkan senyuman yg ikhlas. Hatinya rasa kosong. Tidak berdebar, tidak sedih, tidak teruja.
"ttok ttok"
Bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatian Redna. MUA yg bertugas masih lagi sibuk membetulkan veil yg dipasangkan pada Redna.
"Pengantin perempuan dah boleh mula berarak masuk ke dalam dewan ya. Cepat cepat"
Redna bingkas bangun tatkala mendengar arahan tersebut. Manakala MUA nya pula masih terkocoh-kocoh mengemaskan baju Redna dan supaya tiada cacat cela.
"This is it."
Redna menarik nafas panjang dan mula berjalan diiringi beberapa bridesmaids yg telah disusun. Ada seorang yg membantu memegang gaun pengantinnya yg labuh itu.
Langkah demi langkah Redna ambil dengan berhati-hati. Dia tidak mahu tersilap langkah. Malu dirinya kelak.
"Pengantin perempuan sedang berarak masuk ke dalam dewan. Tetamu diminta berdiri sekali lagi sebagai tanda hormat."
Mendengarkan ucapan tersebut, tetamu hadirin segera berdiri. Redna mula melangkah masuk ke dalam dewan. Sejujurnya dia agak gementar kerana tumpuan semua padanya. Wajah-wajah tetamu yg hadir diperhatinya. Dia tersenyum tatkala kelihatan wajah V dan Jungkook di bahagian tetamu.
Tiba-tiba matanya tertancap pada bahagian tingkap di suatu sudut di dewan tersebut. Senyuman yg terukir sebentar tadi perlahan-lahan pudar. Mulutnya mula ternganga sedikit dek kerana tercengang.
Jimin.
Ya dia lihat Jimin di sudut tingkap tersebut. Sedang memerhatinya yg sedang berarak masuk. Langkahnya mula terhenti. Matanya seakan tidak berkedip melihat Jimin di situ.
"Miss Redna, jalan. Kita dah ketinggalan banyak steps daripada orang hadapan" suara daripada salah seorang bridesmaidsnya itu sedikit sebanyak menarik Redna kembali ke realiti hari ini. Pengantin perempuan dalam acara majlis pada hari ini.
Dia mula terketar-ketar untuk berjalan. Dia cuba mengambil langkah untuk menyambung semula perjalanannya ke ruang pentas. Nafasnya turun naik, dirinya mula tidak tentu arah. Matanya tidak henti-henti memandang ke arah Jimin yg berada di luar.
Redna akhirnya tiba di bahagian ruang pentas. Dia duduk di tempat yg telah disediakan di ruang itu. Matanya masih lagi terus memandang ke ruang di mana Jimin berada.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...