Chapter 40

420 27 1
                                    


Hari-hari mereka berlalu dengan indah seperti mana-mana pasangan berkahwin yang lain. Tidak sehari pun Redna tidak berasa gembira hidup bersama Jimin. Hubungan mereka semakin lama semakin membaik.

Diari yang terselit kemas di rak mini di sudut meja belajar digapai oleh Redna. Dia mula menyelak diari tersebut dan mencari muka surat yang kosong. Pen kegemarannya dicapai dan dia mula mencoret kisahnya pada diari itu.

Dear diary,

Setiap hari berlalu pantas. Waktu seakan mencemburui aku dan dia. Tipu jika aku tidak bahagia bersama dia. Terlalu bahagia. Dia buat aku rasa apa itu cinta sebenarnya. Apa sebenarnya rasa disayangi. Apa rasanya ada pasangan yang sentiasa membuatkan hari-hari kita indah. Yes, I love him so bad. Tapi......

Tangan yang giat menulis tiba-tiba terhenti. Redna seakan mengeluh panjang. Dia kemudian sambung menulis.

Tapi, semakin cepat masa berlalu semakin suntuk waktu untuk aku bersama dia. Tidak, aku tak mahu kehilangan dia tapi bagaimana hendak aku ungkapkan kepada omma dan appa? Cukup kuatkah aku untuk katakan tidak kepada perancangan mereka? Derhakah aku seandainya aku pilih untuk bersama suamiku selamanya? Aku buntu....

Redna melepaskan pen dari genggamannya. Matanya dipejam kuat. Tak mampu untuk bayangkan bagaimana dia harus menghadapi apa yang bakal terjadi dalam hidupnya. Mampukah dia ingkar arahan ibu bapanya?

Sebaik sahaja Redna membuka mata, dia segera menggapai sebuah kalendar mini yang terletak rapi. Kalendar itu dibeleknya. Dia mengeluh lagi.

Redna: Haih, final exam lagi sebulan je? Dahlah tak prepare apa – apa langsung. Boleh ke aku jawab?

Redna bermonolog sendirian. Seraya itu beberapa buah buku segera dicapai. Komputer riba miliknya dihidupkan dan dia mula mengulangkaji pelajaran. Masa adalah suntuk buatnya sekarang.

Pintu bilik dikuak perlahan. Jimin menjengukkan kepalanya untuk mengintai sedikit sebelum masuk. Memang sudah menjadi kebiasaan buatnya. Risau, isterinya itu sedang menukar pakaian atau sebagainya.

Matanya tertancap pada katil miliknya. Aik, tiada pula Redna disitu. Matanya kemudian tertancap pada sudut meja belajar. Senyuman terukir di wajahnya. Dia mula menghampiri meja belajar itu.

Redna tertidur di atas meja sambil tangannya masih menggenggam sebatang pen. Bukan sahaja itu, mulutnya turut terlopong seperti kanak-kanak yang sedang tidur lena. Comel sungguh! Kepala Redna diusapnya perlahan.

Jimin: Patutla tak ada kat bawah. Kalau tak ada je sambut aku ni... Tidur rupanya....

Melihatkan Redna tertidur lena, Jimin tidak sampai hati untuk mengejutkannya. Tubuh kecil Redna diangkatnya perlahan daripada kerusi dan diletakkan di atas katil. Sebaik sahaja meletakkan tubuh itu di atas katil, dia pantas melihat reaksi Redna.

Fuh! Nasib tidak terjaga. Tidur mati sangatlah tu sampai tak sedar dirinya diangkat oleh Jimin. Jimin tersenyum dan mengusap lembut kepala Redna lalu berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sebaik sahaja Jimin selesai mandi, kelihatan Redna seperti sudah mula tersedar. Dia membiarkan sahaja dahulu Redna yang semestinya sedang mamai lagi. Jimin berlalu ke meja bersiap dan menyikat dan menggayakan rambutnya.

Redna: Eh, bila you balik? Haih, sorry I tak sedar...

Jimin: Almost an hour ago... Nah, it's okaylah! You're tired isn't it....

Redna: Hmm... Wait.... Bukan ke....

Jimin: Ya, I yang alihkan you from meja belajar.

Belum sempat Redna menghabiskan kata-katanya, Jimin terlebih dahulu menyahut. Tahu-tahu sahaja apa yang ingin isterinya itu katakan. Jimin mendekati katil dan melabuhkan punggungnya di birai katil.

Jimin: Next time don't do that okay? It's not good for your body. Nanti sakit badan.

Redna: Alaaa tadi pun I tak sedar yang I tertidur dekat meja belajar.

Jimin: Haih, you ni... Don't push yourself too hard okay? If dah rasa tired tu, rest dulu. I taknak you stress out....

Redna: Auw, you are so sweet!!! Okaylah, I won't do it anymore okay?

Jimin: Now that's my baby!

Redna hanya membalas dengan senyuman. Dia menggeliat seketika sebelum matanya tertancap pada pakaian Jimin.

Redna: You nak pergi mana?

Jimin: Let's go for dinner date?

Redna: Omg, why so sudden tho? Cakapla awal-awal... Hmm I tak bersiap apapun ni...

Jimin: Nah, sokay take your time! I tunggu je!

Redna: Sure eh? I bersiap lama tau!

Jimin: I can wait for you for the rest of my life, you know?

Seraya itu Jimin mula mendekatkan mukanya untuk mencium Redna. Namun, tidak berjaya! Redna segera menolak muka Jimin jauh-jauh darinya dan bangun dari katil.

Redna: Eleh, tak habis-habis dengan pickupline you tu! Dahlah, bye I nak mandi!

Jimin mencebik tanda protes kerana ciumannya ditolak oleh Redna. Redna yang melihatnya hanya tersenyum mengekek melihat telatah suaminya itu. Dia segera berlalu ke arah bilik air.

Jimin mula menapak keluar daripada bilik ke arah ruang tamu untuk memberikan ruang kepada Redna untuk bersiap. Dia ingin Redna lebih selesa bersiap. Alat kawalan jauh ditekannya beberapa kali.

Setelah 30 minit berlalu, akhirnya Redna siap sepenuhnya. Dia segera turun ke ruang tamu. Jimin yang sedang leka menonton tv dipandangnya.

Redna: Hey, I'm done!

Pandangan Jimin teralih kepada pemilik alunan suara lembut itu. Dia tersenyum lebar dan kelihatan seperti terpegun.

Redna: Hey, hey! Takmau termenung eh....

Jimin: You know, I'm just appreciating God's beautiful creatures....

Redna tersenyum sipu. Ada sahaja ayat-ayat manis yang akan dilemparkan Jimin kepadanya setiap hari. Sudah penat nak bergetar tulang rusuk woo!

Redna: Let's go now cuz I'm starving!

Jimin: Sure, Princess... Ladies first...

Kereta yang dipandu Jimin, melunsur laju meninggalkan perkarangan rumah mereka. Jimin langsung tidak memberi apa-apa petunjuk kepada Redna. Beberapa kali juga Redna memujuknya untuk mendedahkan tempat tersebut namun masih sahaja tidak diberitahunya. Surprise lah katakan!

Kereta akhirnya berhenti di sebuah jeti. Redna memandang Jimin hairan.

Redna: You nak mandi manda memalam buta ni ke?

Jimin: What? Hahaha omg you're so funny baby.... No la...

Redna: Haihla, what a man with full of surprise la you ni...

Jimin: Dah, let's go out!

Redna hanya mengikuti langkah Jimin ke arah jeti tersebut. Semakin dekat kelihatan segelintir orang yang sedang beratur. Mereka turut ikut beratur di belakang orang-orang tersebut.

Tangan Redna digenggam erat oleh Jimin. Redna sangat keliru apa sebenarnya tujuan mereka dan apa orang-orang di sekelilingnya sedang lakukan ini?!

Tiba-tiba kelihatan sesuatu yang berwarna-warni menghampiri jeti tersebut. Redna cuba mengenal pasti apakah benda tersebut kerana ianya masih samar-samar. Jimin cuba menahan ketawa melihat reaksi Redna yang kelihatan sangat keliru.

Rupa-rupanya.........

BERSAMBUNG

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now