Secara tiba-tiba V dan Jungkook berhenti. Di hadapan mereka merupakan En. Dongwoo, guru disiplin sekolah tersebut. Dia merenung mereka berdua dengan tajam. Belum sempat dia membuka bicaranya, mangsa seterusnya muncul. Tidak lain dan tidak bukan, Kim Redna.
Redna: Ha dapat pun ko.......
Mati bicara Redna saat melihat En. Dongwoo berada di situ. Dia tahu, kini mereka bertiga dalam masalah. Bersedialah wahai telinga, anda akan mendengar bebelan dari En. Dongwoo.
En.Dongwoo: Kamu bertiga, bilik disiplin sekarang!
Ketiga-tiga mereka mengeluh pasrah. Mereka menundukkan kepala lalu berjalan mengekori En. Dongwoo. Bukan sekali dua mereka kena dengan guru disiplin ini, sehingga naik muak melihat muka guru ini.
En. Dongwoo: Kamu bertiga ni lupa peraturan sekolah ini?
Mereka bertiga hanya diam. Ketiga-tiga mereka hanya memandang ke arah lantai sambil kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang, lagak orang bersalah. Memang bersalah pun, HAHAHAH.
En.Dongwoo: Kamu hanya dibenarkan berlari di gelanggang dan padang. Koridor sekolah, tangga dan sebagainya merupakan kawasan larangan untuk berlari.
Jungkook: Tapi kawasan itu semua boleh digunakan untuk bercinta dan menggatal.
Tiba-tiba sahaja Jungkook menyindir guru disiplin tersebut. Iya memang benar, En. Dongwoo ini memang selalu berbual mesra dengan guru guru wanita dan beberapa orang pelajar perempuan di kawasan koridor. Ceritanya, dia menahan mereka di koridor dan ya dia berbual dengan mereka.
V segera menempeleng kepala Jungkook sebaik sahaja dia berkata begitu. En.Dongwoo memandang Jungkook tajam. Seraya dengan itu, dia menjerit dan menghentak meja.
En.Dongwoo: Kamu bertiga didenda cuci semua tandas yang berada dalam sekolah ini! Selagi tak habis jangan balik!
Redna menyental sinki yang kotor itu sekuat hati, manakala V pula menyental cermin yang penuh dengan 'lip prints' yang ditinggalkan oleh pelajar wanita. Jungkook yang sedang sibuk mengemop lantai, dipandang mereka berdua tajam.
Jungkook: Apa pandang-pandang? Buat kerjalah dey...
Redna dan V berpandangan. Sudahlah kerana Jungkook mereka berdua didenda membersihkan tandas boleh pula dia berlagak sebegitu. Mereka berdua segera merapati Jungkook.
V: Kau tanya kenapa? Eeee sebab kau lah kita semua dalam tandas ni!
Redna: Eee kalau kau diam je tadi kita takat kena tulis dalam kad merah je!
Jungkook: What? Eee aku dah lama geram dengan dia. Condemn orang macam dia je betul tapi bukan main gatal!
Redna: Eee kau tutup jela mulut kalau tak puas hati punnnnnn!
Redna dan V berpandangan sesama sendiri lagi. Mereka seakan-akan memberi isyarat rahsia. Jungkook melihat mereka hairan. Kedua-dua mereka merapati Jungkook.
Jungkook: Wait, apa masalah korang ni? Kenapa dengan korang ni? Jangan nak macam macam eh!
Redna dan V segera mengunci lengan Jungkook. Mereka membawanya ke arah sinki. Jungkook merayu-rayu kepada mereka supaya jangan melakukan perkara bodoh kepadanya.
Jungkook: Woi apa ni woi! Jangan weh jangan! My hair is my everything!!!
Redna tersenyum sinis lalu segera membuka paip air. Mereka berdua membenamkan kepala Jungkook ke dalam sinki dan membiarkan air itu membasahi mahkota lelaki bernama Jungkook itu.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...