Chapter 26

795 60 1
                                    

Pintu rumah dikuak perlahan. Redna hanya memandang sekilas ke arah pintu. Dia menyambung semula menonton televisyen di ruang tamu.

Sebaik sahaja selesai mengunci pintu dan meletakkan kunci kereta di atas meja, Jimin menghala ke arah ruang tamu. Redna masih lagi fokus menonton televisyen.

Jimin mengambil tempat di sofa pada ruang tamu. Dia memandang ke arah Redna. Tiada tanda-tanda bahawa isterinya itu akan memandang ke arahnya apatah lagi bercakap dengannya. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya daripada saku.

To: Redna
"Omma ajak pergi rumah. Nope bukan ajak tapi arah. Aku dah bagi alasan kita dua sibuk tapi dia tetap nak kita pergi..."

Selesai menaip pesanan itu, Jimin menekan butang 'send'. Seketika kemudian kedengaran telefon bimbit Redna berdering menandakan ada mesej yang baru masuk.

Redna segera menggapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja. Jimin hanya memerhatikan tingkah laku Redna.

Melihat nama pengirim membuatkan Redna berkerut. Sudah tentulah mesej itu daripada Jimin yang duduk hanyalah berdekatan dengannya di ruang tamu. Dia membaca kiriman mesej itu.

Selesai membaca kiriman mesej itu, dia mengalihkan pandangannya ke arah Jimin yang masih lagi berada di ruang tamu. Dia tahu sedari tadi lagi Jimin berada di situ dan seakan menunggunya untuk bercakap.

Redna: Saya naik mandi dulu dan siap. Nanti tunggu kat bawah je..

Selepas mengatakan itu, Redna terus naik ke atas biliknya. Jimin masih lagi di ruang tamu. Dia mengeluh panjang.

"Apa lagi aku kena buat Redna?" monolog Jimin sendirian di ruang tamu. Dia meraup wajahnya berulang kali. Keadaannya dengan Redna masih belum lagi pulih seperti sediakala.

Suasana sepi di dalam kereta. Hanya bunyi alunan muzik dari radio sahaja kedengaran. Redna melemparkan pandangannya ke luar kereta. Jimin pula sedang fokus memandu. Sesekali Jimin memandang ke arah Redna yang hanya memandang ke luar tingkap.

Jimin memberhentikan keretanya apabila hampir tiba di rumah agam milik keluarganya itu. Dia memandang ke arah Redna yang tetap sahaja memandang ke luar tingkap.

Jimin: Redna...

Tiada sebarang jawapan didengari. Senyap sahaja.

Jimin: Takkan nak terus macam ni depan omma dengan appa? Nanti diaorang syak?

Redna tetap sahaja diam. Tetapi kali ini pandangannya dialihkan. Dia memandang ke arah Jimin.

Jimin: Nak bagi omma dan appa tahu masalah kita?
Redna: Kenapa? Takut? Oh kenapa? Omma tak suka Somi kan? Sebab tu awak dengan dia tak boleh kahwin and saya yang jadi mangsa?
Jimin: Redna please... Im tired of fighting with you...
Redna: Kalau rasa penat dah diam jelah... Saya pun malas nak dengar suara awak.

Jimin hanya mengeluh perlahan. Dia meneruskan perjalanan ke rumah agam milik keluarganya.

Sebaik sahaja selesai mengangkat 'handbreak', Jimin segera keluar dari kereta. Dia menuju ke arah bonet untuk mengeluarkan beg pakaian miliknya dan Redna. Baru sahaja memegang beg milik Redna, Redna sudah bersuara hendakkan begnya semula.

Jimin: Tak apala, aku tolong bawak..
Redna: Tak payah.. Saya ada tangan biar saya bawak sendiri.

Jimin hanya akur. Dia menyerahkan beg pakaian milik Redna kepada Redna. Dia berjalan di hadapan. Dia menghulurkan tangannya dan memberikan isyarat kepada Redna untuk memegang tangannya.

Redna hanya mengendahkan huluran tangan oleh Jimin. Dia memandang ke arah Jimin. Jimin memberikan lagi isyarat memintanya memegang tangannya tetapi kali ini seperti benar-benar berharap.

Akhirnya dia menyambut juga huluran tangan oleh Jimin itu. Dia sempat lagi menjelingkan matanya saat melihat Jimin tersenyum kerana dia menyambut huluran tangan itu. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke arah pintu.

Belum sempat mereka menekan loceng, pintu utama rumah tersebut sudah terbuka luas. Puan Park sudah tercegat di hadapan pintu. Redna dan Jimin memandang sesama sendiri.

Puan Park: Ha dah sampai pun kamu berdua! Omma rindu sangat dengan kamu berdua.

Seraya itu Redna ditarik ke dalam pelukan Jimin. Orang tua itu benar-benar rindukan dirinya sehingga erat betul pelukannya.

Redna: Omma! Redna pun rindu sangat dengan omma!

Redna membalas pelukan Puan Park. Dia juga amat rindukan Puan Park. Sudah hampir sebulan dia tidak bertemu dengan ibu mertuanya itu.

Jimin: Heleh kata rindu dua dua. Tapi peluknya seorang jer....

Jimin bersuara setelah sekian lama memerhatikan tingkah laku Redna dan Puan Park. Dia sempat lagi mencebikkan bibirnya tanda protes.

Puan Park: Eleh, merajuk lah konon. Tengok tu Redna... Dia kat rumah selalu macam ini juga ke?
Redna: Ha? Haa omma, sama je kat rumah.

Redna hanya mengiakan apa yang dikatakan Puan Park tentang Jimin. Dia pun kurang pasti sama ada Jimin begitu dengannya atau tidak.

Encik Park: Hui, dah dahlah tu buat mesyuarat pintu tu... Bagila mereka masuk awaknya pun~~

Kedengaran suara Encik Park datang dari arah meja makan. Kasihan dia. Keseorangan di situ. Yalah, Puan Park, Redna dan juga Jimin berada di pintu sejak dari tadi.

Jimin: Ha, omma tu appa dah bising.. Sian dia sorang sorang.. Jom la pergi kat dia...
Puan Park: Heleh, appa kamu tu cemburu dengan omma. Tu sibuk sangat tu...

Mereka semua menuju ke arah ruang makan. Pelbagai jenis hidangan sudah tersusun rapi di atas meja. Sememangnya Puan Park sudah membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Jimin dan Redna.

Redna: Wah, banyaknya omma.. Omma masak ke semua ini?
Puan Park: Haha dah tentulah omma yang masak... Siapa lagi nak masak dalam rumah ini kan?
Encik Park: Heleh Redna jangan percaya sangat omma kamu ni. Ni datang angin rajin dia, dia masaklah macam macam. Kalau dia datang angin malas, air pun dia tak buat untuk appa ni... Kan Jimin?

Sempat pula Encik Park mengusik Puan Park. Terus muncung mulut Puan Park tanda protes dengan Encik Park.

Jimin: Haa, betul tu...
Puan Park: Eh kamu ni. Bukannya nak sokong omma... Sama je kamu dengan appa kamu ni...

Redna hanya memerhati gelagat mereka berdua. Sangat seronok. Hanya dipenuhi dengan gelak tawa sahaja. Aman juga fikirannya datang ke sini. Kalau di rumah hanya dia dan Jimin tambahan pula keadaanya yang tegang Jimin tatkala ini hanya merunsingkan fikirannya.

Selesai makan, Redna mengikuti Puan Park ke biliknya. Katanya ingin berbual tentang hal perempuan bersama Redna. Jimin dan Encik Park ditinggalkan berdua di ruang tamu. Mereka juga sibuk berbincang soal syarikat.

Puan Park: So macam mana Redna dengan Jimin? Okay?
Redna: Oh, Redna dengan dia okay je...

Huh, realitinya tidak. Sengaja dibohongkan keadaannya dengan Jimin kepada Puan Park. Dia tidak mahu Puan Park tahu tentang rumah tangganya dengan Jimin yang kian kucar-kacir. Lagipula, biarlah dia dengan Jimin yang menyelesaikan masalah itu.

Puan Park: Betul ni? Okaylah kalau macam tu... Omma suka sangat kalau kamu berdua okay...
Redna: Hihi, jangan risaulah omma. Kami okay je...
Puan Park: Jimin pernah cerita pasal Somi?

Tiba-tiba sahaja nama itu meniti keluar dari mulut Puan Park. Redna yang mendengar nama itu tersentak. Dia cuba mengawal reaksi mukanya dari dicurigai Puan Park.

bersambung~~~

Sorry author tak update sebab author kat kampung so no line... 

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now