Redna membuka matanya perlahan-lahan sebaik sahaja kedengaran bunyi alarmnya yang sedari tadi tak henti-henti berbunyi. Dia menggosok matanya perlahan-lahan. Dia memerhati sekeliling. Kelihatan Jimin seakan-akan sedang kelam kabut bersiap.
Jimin: Hey, beautiful dah bangun~~~ Well, I'm sorry I tak boleh teman you today, ada urgent meeting...
Redna yang baru bangun itu seakan blur dengan apa yang suaminya sedang ungkapkan. Apa yang teman dan sebagainya ni?
Redna: Ha? I nak pergi mana?
Jimin: Hey, lupa lah tu... Hari ini kan keputusan peperiksaan you keluar. You have to go to school nak ambil sijil.
Redna mengangguk faham. Dia menepuk dahinya. Seakan baru tersedar yang dia sudah lambat, dia segera melompat turun daripada katil dan bergegas masuk ke dalam bilik mandi.
Ketika dia sedang mandi, kedengaran suara Jimin seakan memberitahu yang dia sudah hendak berangkat ke pejabat. Redna hanya menjerit mengiyakan suaminya itu.
Dia segera bersiap dan mengenakan uniform sekolahnya. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia segera menggapai telefonnya yang terletak di atas katil itu. Dia mengeluh panjang melihatkan nama pemanggil tersebut.
Appa: Redna, kami dah ada dekat bawah ni...
Redna: Give me 5 minutes...
Usai mematikan panggilan, Redna melepaskan keluhan yang panjang. Kenapa mereka perlu ikut bersama untuk mengambil keputusan? Tanpa perbincangan lagi.
Redna menggelengkan kepalanya cuba kembali ke realiti.
Redna: What am I saying haih? I shouldn't be rude towards omma and appa. Aku masih seorang anak.
Lantas itu, dia segera mengemaskan lagi pakaiannya itu. Dia bergegas turun dan keluar daripada kediamannya itu. Pintu kereta milik keluarganya itu dikuak dan dia segera masuk ke dalam kereta.
Omma: Everything's ready?
Redna: Ya, omma...
Appa: Okay, appa start driving now okay?
Redna: Nae~~~~
Suasana di dalam kereta senyap sunyi sahaja. Redna tidak tahu hendak berbicara tentang apa dan dia risau jika topik perceraian sahaja yang bakal dibangkitkan.
Setibanya di sekolah, Redna segera mencari kelibat kedua rakan baiknya tak lain dan tidak bukan, Jungkook dan V. Sebaik sahaja mengenal pasti di mana mereka, dia segera menghampiri dua rakan baiknya itu.
Redna: Makan je kerja korang berdua~~~
V: Eh, dah sampai pun kau.... Ingatkan tak nak datang dah huhuhu~~~
Redna: Aku terlupa okay hari ini ambil keputusan...
Jungkook: Apa je kau tak lupa ha?
Sedang mereka bersembang, kedengaran pengumuman meminta pelajar tahun akhir untuk berkumpul dan duduk di tempat yang disediakan di dewan. Pelajar duduk berasingan dengan penjaga dan ibu bapa.
Pengetua: Selamat sejahtera kepada semua pelajar tahun akhir serta tetamu yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Kita semua berkumpul pada hari ini untuk meraikan majlis graduasi pelajar tahun akhir bagi sesi 2018.
Kesemua tetamu yang hadir menepuk tangan sebaik sahaja mendengar ucapan alu-aluan oleh pengetua sekolah. Ketiga-tiga rakan baik itu saling berpandangan antara satu sama lain.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...