"Annyeonghaseyo, saya Kim Redna melapor diri sebagai pegawai perubatan di Hospital Incheonsarang. Terima kasih atas peluang yg diberikan kepada saya. Saya akan berusaha sehabis baik dan memberikan segalanya demi tugas saya."
Hari ini merupakan hari pertama Redna bertugas sebagai seorang pegawai perubatan sepertimana yg telah ditetapkan oleh Professor Edward. Dia banyak berusaha dan membantu Redna mengenai urusan ini.
Untuk tempoh 3 bulan pertama dia akan diberikan tunjuk ajar oleh doktor senior. Dia akan memerhatikan dan juga cuba mempratikkan apa yg telah dipelajarinya dengan pengawasan doktor senior tersebut.
Telefon yg berdering menganggu perhatian Redna yg sedang sibuk membaca mengenai prosedur di hospital tersebut. Dia segera menyeluk saku pada kot putihnya.
" Namjoon is calling "
Panggilan itu diangkat. Dia menghela nafas panjang.
Namjoon: Finally. I've been calling you since yesterday. Where were you? Why don't you inform me you dah sampai ke Incheon ke belum?
Bertubi tubi soalan diajukan kepadanya. Redna menghela nafas panjang dan cuba bertenang.
Redna: I'm sorry okay? I forgot to. Plus, I'm so busy handling about my apartment, document and all. You faham kan?
Namjoon: I faham but takkanla tak ada seminit pun untuk you call me inform me that you're fine. I haven't slept since yesterday cuz I was worried about you.
Redna: I am sorry for that. I didn't mean to okay. By the way, I am busy. I'll call you once I reached home. Bye.
Seraya itu panggilan segera ditamatkan. Dia malas hendak bertekak dengan Namjoon. Dia tahu salahnya kerana tidak memberitahu Namjoon.
Bunyi ketukan pintu mengejutkan lamunan seketikanya. Pintu yg terkuak itu menampakkan susuh tubuh doktor seniornya. Dia segera bangun memberikan tunduk hormat.
Dr. Han: Annyeonghaseyo, Redna. Ada pesakit yg perlukan jahitan, saya harap saya boleh tengok cara awak menjahit?
Redna: Oh ya sudah pasti, Dr. Han.
Dr. Han: Baguslah, sila ikut saya ya.
Redna segera membuntuti langkah Dr. Han. Tangannya menggigil hebat. Dia menghela nafas panjang cuba menenangkan hatinya itu.
Setelah 15 minit berlalu, akhirnya Redna selesai melakukan jahitan kepada pesakit tersebut. Dia menghela nafas lega. Dr. Han yg sedari tadi memerhatinya tersenyum puas.
Dr.Han: Wah, Redna. Saya tak pernah lagi jumpa doktor pelatih yg sehebat awak di hari pertama. Dan awak lakukannya dalam masa yg agak cepat. Tahniah. Memang tak disangkal lagi apa yg Profesor Edward katakan tentang awak.
Redna: Wah, terima kasih Dr. Han atas pujian. Saya akan terus cuba yg terbaik lagi.
Dr. Han: Bagus, awak antara doktor pelatih yg paling bersemangat saya pernah jumpa.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jungkook: Dia cakap macam tu? Wah hebatnya kawan aku ni!
Jungkook menepuk-nepuk bahu Redna beberapa kali tanda bangga terhadap kawan baiknya itu. Tengahari itu, mereka makan bersama di restoran stew yg selalu mereka kunjungi dahulu. V tidak ikut serta kerna sibuk dengan meeting. Biasalah sejak habis belajar jurusan perniagaan tempoh hari, dialah yg menerajui syarikat milik ayahnya itu. Kim's Trading.
Jungkook: Kau tahu, aku ada dapat tawaran untuk agensi model terkenal.
Redna baru sahaja ingin menyuap makanan ke dalam mulutnya apabila matanya tiba-tiba tertancap pada susuk tubuh yg seakan memerhatinya. Namun sebaik sahaja dia terpandangkan susuk tubuh itu, ianya terus lenyap. Dari tadi sebenarnya dia rasa diperhatikan.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...