Chapter 5

1.1K 87 3
                                    


Selepas memarkir kereta, Jimin dan Redna mula melangkah masuk ke dalam butik pengantin. Jimin menyuruh Redna memegang tangannya ketika masuk ke dalam butik. Redna hanya mengiakan sahaja kata Jimin.

Mereka disambut oleh seorang lelaki yg agak lembut. Lelaki itulah pereka fesyen. Namanya Mr.G. Dia yg mereka baju pengantin mereka. Jimin berborak sebentar dengan lelaki itu. Redna hanya tersenyum pada lelaki itu.

Mr. G: So, Jimin. Ni ke yg you nak kahwin tu?

Jimin: Yela. Kalau tak buat apa I datang sini dengan dia. Laaa eish.

Mr. G: Tapi kan... Dia ni agak pendeklah. Berapa tinggi you babe?

Redna mahu sahaja mencekik Mr.G kerana memanggilnya pendek. Dia mengerling ke arah Jimin dan lihat Jimin seperti hendak ketawa. Dia memberikan jelingan tajam ke arah Jimin.

Redna: Oh, tinggi saya 150cm....

Redna hanya tersenyum sambil menjawab soalan dari pereka fesyen itu. Jimin pula ketawa kerana tidak tahan. Dia juga baru tahu yg Redna tingginya 150cm sahaja.

Mr. G: Okay okay... Korang duduk dulu, I pergi ambil baju untuk you guys.

Selepas Mr. G berlalu, Redna terus mencubit peha kanan Jimin. Dia menjeling Jimin yg sedari tadi ketawa tak henti-henti.

Redna: Seronok betul ketawa, taknak berhenti?

Jimin: HAHAHA alolo merajuk tapi pendeknya kau! HAHAHAHA

Redna: Ha, gelak gelak. -_-

Jimin: Okay. Sorry sorry... HAHAHAHA

Selepas beberapa ketika Mr. G kembali dengan dua pasang baju yg berbungkus plastik. Redna terpesona dengan kecantikan baju itu.

Mr. G: Okay, you berdua pergi try kat dalam sana.

Redna dan Jimin bangun lalu menuju ke arah bilik persalinan yg disediakan. Mereka berdua menutup pintu dan mula menukar pakaian.

Selepas seketika, Jimin keluar dari bilik persalinannya. Jimin kelihatan segak menggayakan busana itu. Baju itu sesuai benar dengannya. 

Jimin memandang ke arah bilik persalinan Redna. Masih tertutup rapat. Jimin mula menghampiri sofa yg berdekatan dan duduk sementara menunggu Redna.

Seketika kemudian, pintu bilik dikuak. Redna melangkah perlahan-lahan dengan gaun labuh yg direka khas oleh Mr. G. Jimin yg baru sedar Redna sudah keluar segera memandang ke arah Redna.

Mata Jimin seakan melekat terhadap Redna. Dia terpegun dengan kecantikan Redna mengenakan gaun pengantin itu. 

Redna: Jimin? Okay tak?

Redna memanggil-manggil nama Jimin tapi Jimin seakan beku disitu. Redna memanggil lagi.

Redna: Yah! Park Jimin! 

Jimin baru tersedar dari lamunannya. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Dia memandang Redna yg memandangnya dengan pandangan pelik.

Jimin: Hah? Yes, Redna?

Redna: Kau ni sempat je kan mengelamun. Eeee. Okay tak aku pakai gaun ni?

Jimin: You look gorgeous. Perfect. 

Redna: Tapi kan aku rasa.

Jimin: Rasa apa?

Redna: Gaun ni labuh sangat. Hahaha... Susah aku nak jalan.

Jimin: Yelah, kau kan pendek! HAHAHA

Cap! Satu cubitan singgah di bahu Jimin. Jimin melompat-lompat menahan sakit. Berbisa cubitan Redna ni.

Redna: Kau nak kena kan? 

Jimin: Adedeh.. Ampun ampun janji tak buat lagi. Sakit....

Selepas selesai berurusan di Butik Mr. G, mereka berdua segera beredar dari perkarangan butik Mr. G. Redna sudah mula melekat dengan telefonnya semula. Jimin pula sibuk fokus memandu di atas jalan raya.

Tiba-tiba, telefon bimbit Jimin berbunyi. Jimin segera memarkir keretanya di bahu jalan untuk menjawab panggilan itu.

Sebaik sahaja dia melihat nama di atas skrin itu, dia tersenyum. Redna hanya memandang kelakuan Jimin. Pelik.

Jimin menjawab panggilan itu.

On the phone..

Xxx: Oppa! Oppa kat mana! 

Jimin: Oh, chagi! Oppa tengah drive ni....

Xxx: Omo... Mianhae oppa.... Nanti kita jumpa okay! Drive safe! 

Jimin: Okay. Love you....

Redna yg sedari tadi mendengar perbualan mereka rasa seakan bernanah telinga. Geli dan meluat pun ada. 

Jimin: Asal kau senyap je dari tadi?

Redna yg sedari tadi menghadap telefonnya itu memandang ke arah Jimin. Dia mengangkat kening.

Redna: Takkan aku nak bercakap 24 jam.

Redna acuh tak acuh menjawab soalan Jimin. Dia juga tidak memandang wajah Jimin ketika menjawab soalan Jimin. 

Jimin: Kau... Kau masih marah pasal tadi ke? Sorryla. Aku bergurau je panggil kau pendek. Sorry kalau kau terasa hati. 

Redna: Ish... Tak ada apa lah... Aku penat....

Jimin pelik dengan kelakuan Redna tadi. Dia hanya duduk diam dan memandu. Takut menegur Redna. Nanti tak pasal-pasal kena marah lagi. Haish...

//PERKARANGAN RUMAH REDNA//

Redna segera menggalas begnya dan mula membuka pintu. Tapi belum sempat keluar, tangannya dipegang oleh Jimin menahannya dari keluar.

Redna: Kau ni dah kenapa pulak? Lepaslah eee ya tuhan...

Jimin: Kau tu yg kenapa? Kenapa tiba-tiba moody? Aku ada buat salah apa? Bagitahu la....

Redna: Mood swing biasalah aku kan perempuan. Dahlah lepas. Nanti just text me. 

Jimin: Okay.

Redna segera keluar dari kereta Jimin. Dia memasuki rumahnya. Langsung tidak menoleh melihat Jimin yg masih setia memerhatinya dari dalam kereta.

Jimin hanya mampu mengeluh sambil memerhatikan Redna. 

Selepas memastikan Redna masuk dan mengunci pintu, Jimin mula berlalu pergi. Keretanya itu mula  melunsur perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah Redna.

BERSAMBUNG

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now