Chapter 4

1.1K 92 4
                                    

Mulai hari itu, hubungan mereka berdua semakin akrab. Mereka sering berbual dan berbalas mesej di media sosial. Mereka semakin mengenali diri masing masing dengan lebih lanjut. 


Hari ini Redna bangun seperti biasa. Dia bersiap-siap dan pergi ke tempat kerja. Dia bersiul-siul sambil berjalan menuju ke kafe.

Tiba-tiba terasa bagai ada seseorang menepuk bahu Redna. Redna segera memusing belakang. Dia tersenyum.

Redna: Ish... Terkejutla!

Jimin: Haha sorry sorry. Jom aku hantar kau pegi kafe.

Redna: Haha okay sure. Nak beli coffee ke?

Jimin: Sounds good.

Mereka berbual sepanjang perjalanan. Ada sahaja benda yg ingin dikongsikan. Dan akhirnya mereka tiba di kafe. 

Redna: Okay, kau nak order air apa?

Jimin: Harini aku nak americano.

Redna: Panas ke sejuk?

Jimin: Sejuk. Harini rasa macam  panas pulak. 

Seperti biasa Jimin perlu menunggu sehingga minumannya siap. Sambil tunggu, dia berbual dengan Redna. Lagipun masih awal. Tiada lagi pelanggan yg datang.

Redna: Nah air kau...

Jimin mula membelek cup yg dihulurkan oleh Redna itu. Tiada tulisan namanya di situ.

Jimin: Asal tak tulis nama aku?

Redna: Eleh. Kau kan dah ada depan mata aku buat apalah aku nak tulis nama lagi. 

Jimin: Ala tapi aku suka tulisan kau.....

Redna: Eish la dia ni mengada betul. Meh sini balik, aku tuliskan. 

Redna segera menulis nama Jimin di cup tersebut. Selepas itu dia menulis sedikit nota untuk Jimin. Dia menyerahkan kembali cup itu kepada Jimin.

Jimin: Yeay! Baru la complete my coffee! By the way, hari ni kau habis kerja pukul berapa?

Redna: Aku masuk satu shif je harini jadi dalam pukul 3 petang aku habis kerja.

Jimin: Okay. Omma suruh pergi fitting baju pengantin nanti. 

Redna: Ouh gitu. Okay ja, nanti kau ambil la aku kat sini. 

Jimin: No hal. Pukul 2:30 aku dah tunggu kat sini hehe.

Redna: Ye ye la tu...

Jimin: Betul hahaha. Okayla, aku nak pergi kerja ni. Bye Bestie!

Redna: Bye Bestfriend!

Jimin meninggalkan kafe itu sambil menghirup kopi amerikano-nya itu. Dia menghampiri keretanya dan masuk ke dalam. 

Dia meletakkan cup di tempat letak minuman yg tersedia di dalam keretanya. Dia berehat sebentar. Seketika kemudian dia mengerling ke arah cup itu. Tulisan yg tertera di situ menarik minatnya. 

Cup itu segera diambil dan dibeleknya. Dia mengukirkan senyuman.

To: Mr. Park Jimin

Take care! Thanks sebab temankan aku berjalan ke kafe. Hati hati pergi kerja, drive safely! 

-Love Redna.

Redna POV:

Akhirnya syif untuk hari ini tamat. Selesai memastikan segalanya sudah selesai ku lakukan, langkah kaki ku atur keluar daripada kafe. Mataku mula melilau mencari kelibat Jimin.

Haish mana dia ni. Kata pukul 2:30 nak tercongok kat sini.

Aku segera menghampiri bangku yg tersedia tatkala kakiku mula terasa lenguh. Kelibat Jimin masih tiada daripada pandangan. 

Selepas 15 minit, aku dapat mengesan kereta mewah milik Jimin berhenti betul-betul di hadapan aku. Aku buat tak tahu tanda protes. Telefonku gapai dan aku mula melayari media sosial ku. 

Beberapa saat kemudian, hon kereta berbunyi. Aku mengerling ke arah kereta. Terlihat Jimin sedang memanggilku menggunakan hon keretanya. Aku masih duduk di bangku tersebut. 

Seketika kemudian aku lihat Jimin mula keluar dari keretanya. Dia menuju ke arah aku. Makin lama makin dekat. Tiba-tiba hatiku rasa berdebar pula. Tapi perasaan itu segeraku tepis.

Jimin: Kau takkanlah tak dengar aku bunyikan hon sedari tadi?

Aku hanya buat tak endah pada dia. Aku bermain dengan telefon ku seolah-olah dia tidak ada di situ. Kisah?

Jimin memerhati sahaja gerak langkah aku. Muka dia kelihatan agak merah kerana menahan marah bercakap seorang diri tanpa apa-apa jawapan dariku.

Jimin: Dey... Aku tengah cakap dengan kau ni ha...

"Seronok ke datang lambat? Eleh konon pukul 2:30 dah ada... Blah la eee"

 Aku bersuara menyindir dia. Dia tertunduk malu. Baru dia tahu kenapa aku marah dengan dia.

Jimin: Ala... Sorryla... Tadi traffic jam. Kau kata habis pukul 3 so aku bertolak lah dalam pukul 2:50 cemtu. Last-last traffic jam pula...

Jimin membalas sindiran aku itu. Bersahaja sahaja jawapannya. Dengan muka yg langsung tak bersalah, membuat aku bertambah geram dengan dia. 

"Janji kata 2:30 dah ada sini. Ceh..."

 kataku sambil bangun menuju ke kereta. Aku berjalan sendiri meninggalkan dia di belakang.

Selepas beberapa saat, aku lihat baru dia mengekori aku. Haish, baru sedar aku dah jalan ke apa? 

Author POV:

Sebaik sahaja Redna masuk ke dalam kereta Jimin, bau wangian Lavender menerpa hidungnya. Bau bunga kegemarannya. Dia tersenyum.

Pintu bahagian pemandu dikuak, Jimin masuk ke dalam kereta. Dia mengenakan seat belt. Dia kemudiannya memerhati Redna yg menjeling ke arahnya.

Jimin: Woi cik adik, pakaila seat belt tu ha... Pakai seat belt dulu ha.

Redna memberikan jelingan tajam ke arah Jimin. 

Redna: Kalau aku taknak pakai? So what?

Jimin: Ewah dia ni, main so what pula. Cik Redna oi, kalau la ada break emergency nanti kang awak yg cikeding ni terpelanting. Ha, tak kahwin lah kita nanti! 

Redna: Apa kau panggil aku?!!! Cikeding?! Dey!!!!

Jimin: HAHAHA pakai seat belt tu kalau kau tak pakai selagi tu aku taknak jalan. 

Redna: Eeeeeeee. Fine! 

Melihatkan Redna sudah selesai memakai seat belt, Jimin mula melepaskan hand breaknya dan mula memandu. Sesekali matanya mengerling ke tepi melihat Redna di sisi yg tak henti henti dengan telefon bimbitnya.

Jimin: Weh Redna., apa yg seronok sgt dengan phone kau tuh? Dari tadi aku tengok kau tak henti henti melekat dengan fon kau tu ha. 

Redna mengalihkan pandangannya. Dia memandang Jimin yg sedang memandang jalan raya. Dia mengerutkan dahi.

Redna: Dey... Sempat lagi kau tengok aku eh? Dah kau tu yg kena fokus kat jalan raya. Bukannya aku yg comel ni. Muahahaha...

Jimin: Bukan comel. Tapi tambi HAHAHA

Redna: Dey!

BERSAMBUNG

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now