Redna mengeluh. Mahu atau tidak dia harus mengikut syarat yang Jimin berikan. Walaupun dia telah cuba untuk menolak syarat yang Jimin berikan tetapi suaminya itu tetap dengan keputusannya.
Dia segera mendekatkan mukanya dengan muka Jimin. Jantungnya berdegup kencang. Begitu juga dengan hatinya yang sedari tadi tak henti berdebar.
Ccup!
Satu ciuman singgah di pipi kanan Jimin. Tak semena-mena pipi Jimin dan Redna merona merah. Redna mengalihkan pandangannya ke arah yang lain. Malu untuk memandang ke arah Jimin.
Jimin pula sudah tersenyum lebar.
"Yes! Akhirnya dapat juga!" katanya dalam hati. Dia memandang ke arah Redna yang sudah beralih pandangan ke arah yang lain.
Jimin: Okay, memandangkan kau dah tunaikan syarat.... Tutup mata sekarang...
Redna: Ish apa ni... Tadi suruh cium ni tutup mata pula... Eeee dahlah...
Jimin: Ala dah nak kasi ni... Tutupla mata dulu..
Redna: Okay fine....
Sebaik sahaja Redna menutup matanya seperti yang diarahkan Jimin, Jimin segera bergegas keluar. Dia mengeluarkan sesuatu daripada keretanya. Dia kembali semula ke dalam rumah dan mengunci pintu.
Jimin: Okay, you can open your eyes now!
Redna membuka matanya perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia membuka matanya, dia menjerit teruja. Buntang matanya melihat apa yang dipegang oleh Jimin waktu itu.
Redna: Its for me?
Jimin: Yes, for you. Since kau asyik mengadu tak ada kawan so aku dah belikan kau kawan. So lepasni tak adala kau bosan bila aku pergi kerja.
Sewaktu Jimin pulang sebentar tadi, dia ada singgah di sebuah kedai haiwan. Dia teringat akan Redna yang sering mengadu bahawa dia bosan di rumah. Jadi Jimin memutuskan untuk membeli seekor kucing untuk Redna.
Redna: Omg... Thank you so much! Love you muah muah!
Jimin: Eh jap ulang balik ayat tadi?
Redna: Thank you?
Jimin: Tak tak yang last tu...
Redna: Mana ada dah lepastu...
Redna sengaja tidak mahu menyebut semula ayat tadi. Lagipun dia terlepas cakap sebentar tadi. Tak sangka pula telinga Jimin sempat menangkap perkataan itu.
Jimin: Elehhh... Buat buat tak tahu....
Redna: Mana ada.... Nak kucing tu!
Jimin: Taknak ngaku... Nah...
Redna hanya mengabaikan apa yang dikatakan Jimin. Sangkar yang dihulurkan oleh Jimin segera disambutnya. Dia membuka pintu sangkar tersebut.
Seekor kucing berwarna kelabu keluar dari situ. Redna membelai-belai kucing tersebut. Jimin hanya memerhatikan tingkah laku Redna yang kelihatan sangat teruja dengan hadiah pemberiannya itu.
Jimin: So nak namakan dia apa?
Redna: Hmm... Entahlah... Tak ada idea... Ada cadangan?
Jimin: Si comel? Hahahaha
Redna: Eee cliche nama... Tak ada nama lain ke?
Jimin: Eleh tadi suruh kasi cadangan... Mengada....
Redna: Hmm yela yela... Eeee -.-
Jimin: Jim Jim....
Redna: JIMRED!
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...