Chapter 50

402 34 6
                                    

"Annyeonghaseyo. Saya Kim Hanbin, juruterbang anda pada malam ini ingin mengucapkan selamat datang ke pesawat British Airways bernombor MA3450. Penerbangan dari Incheon ke London ini akan mengambil masa selama 13 jam. Saya mewakili pihak British Airways berharap agar anda gembira dengan penerbangan ini dan kami akan berusaha memberikan anda pengalaman terbaik. Terima kasih."

Mendengarkan pengumuman tersebut membuatkan Redna melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Pesawat akan berlepas dalam beberapa minit sahaja lagi. Tangannya kemudian dipegang erat oleh ommanya. Dia hanya tersenyum tawar memandang ommanya.

Omma: You're gonna be just fine okay?

Redna: Nae, omma...

Pesawat akhirnya mula berlepas. Redna melihat keindahan bumi Korea dari pandangan atas pesawat buat kali yang terakhir. Air matanya mula mengalir.

" Selamat tinggal, Korea. Bumi yang menjadi saksi kisah aku dan dia, Park Jimin. Dia, lelaki yang paling indah buat diriku. Dia,lelaki yang amat ku cintai. Dia mengajar ku erti kehidupan, kebahagiaan dan kesakitan. Bumi ini menyimpan seribu satu kenangan aku bersama dia. Kenangan indah kami bersama walaupun sebenarnya ianya hanya penipuan. Dengan berangkatnya aku dari bumi Korea ini aku berharap segala kenangan bersamanya juga ditinggalkan disini. Selamat tinggal, Jimin."

Redna bermonolog sendirian sambil air matanya tidak henti-henti mengalir. Segala kenangan bersama Jimin mula terpapar bagai video di mindanya. Hari pernikahan mereka, kenangan bahagia di rumah mereka, segala dinner date dan sebagainya. Dia menutup mata cuba untuk kembali ke realiti.

"Redna, Redna... Bangun..."

Suara indah ommanya menyapa telinga. Redna separa menggeliat. Mata yang baru sahaja dibuka kembali ditutup separa kerana pancaran matahari yang teramat terang menerpa ke matanya.

Omma: Kita dah sampai di London....

Redna: Oh, okay....

Kosong. Hatinya kosong. Tiada reaksi gembira mahupun sedih dengan perkhabaran ommanya. Langkahnya segera diatur menuruni pesawat dan bergerak ke bangunan terminal. Redna hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh ibu bapanya. Selesai berurusan dengan pihak imegresen dan kastam mereka terus bergegas ke rumah mereka di London.

Ommanya membawanya ke bilik miliknya. Semuanya sudah kemas tersusun. Tapi sesungguhnya ia amat asing buatnya. Dia tersenyum kelat kepada ommanya tatkala ommanya meminta diri untuk turun. Dia disuruh berehat.

Langkahnya mula diatur untuk mengemas bagasinya. Pakaian-pakaian yang dibawanya digantung di almari yang tersedia. Barangan kosmetiknya disusun di atas meja solek, manakala peralatan mandinya diletakkan di bilik air. Selepas memastikan barangannya sudah tersusun, badannya dihempaskan ke atas katil. Tidak sampai beberapa minit, dia akhirnya terlelap.

Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Redna yang sedang lena tidur akhirnya terjaga daripada lena tidurnya. Dia menggosok matanya perlahan-lahan. Sebaik sahaja matanya terbuka, dia memerhati sekeliling.

Redna: Jimin? Jimin? Mana you?

Dia memerhati sekeliling sekali lagi. Dia menjenguk ke arah bilik air. Pintu terbuka menandakan tiad orang di dalam.

Redna: Jimin.. Ji

Katanya terhenti tatkala realiti mula menerpa kembali pada dirinya. Dia akhirnya tersedar bahawa sekarang dia berada di London bukan lagi di Korea, bukan lagi tinggal bersama Jimin. Segalanya sudah berubah. Dia bukan lagi isteri kepada Jimin.

Air mata perlahan-lahan mengalir tatkala dia menyedari realiti sebenarnya. Sejujurnya dia masih belum biasa dengan segala perkara ini. Kebiasaannya tatkala dia terjaga dari tidur sudah pasti dia terlihat Jimin berada di sisinya tapi sekarang, tiada lagi.

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now