Chapter 35

565 45 0
                                    


Seminggu kemudian, keadaan beransur pulih. Redna sudah pulih sepenuhnya dari trauma yang dialaminya. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa dan lebih bahagia.

Hari ini merupakan hari Ahad dan kebiasaannya mereka berdua hanya akan bersantai di rumah dan mengemas rumah bersama sama.

Jimin menghampiri Redna yang sedang menyiapkan kerja rumahnya di ruang tamu. Bosan katanya siapkan di bilik seorang diri jadi dia pun membuat keputusan untuk buat di ruang tamu bersama sama dengan Jimin.

Jimin: Busy ke? Nak minta tolong ni....

Redna: Tak adalah. Dah siap ni. Ha nak minta tolong apa?

Redna pantas menutup buku latihannya dan memusingkan badannya menghadap Jimin yang berada berdekatan dengannya.

Jimin: Well, jom basuh kereta saya tu sesama?

Redna: Lah.. Jomlah!

Jimin keluar ke halaman rumah manakala Redna masuk ke dalam bilik stor untuk mencari span dan sabun untuk membasuh kereta. Sebaik sahaja Redna keluar, Jimin menyimbah Redna dengan air yang sudah dia tadah awal awal di dalam baldi. Terburai ketawa Jimin melihat Redna basah kuyup.

Redna: Hiya! Park Jimin!!!!

Redna menggenggam penumbuk tanda geram. Dia segera meletakkan sabun dan span ke tepi lalu mengejar Jimin yang masih lagi belum henti ketawa. Melihatkan Redna sudah bersedia mengejarnya, Jimin terus memecut lari.

Jimin: Hahaha sorry sayang oiiiii.... Hahahaahaha

Akhirnya kedua kedua penat dan mereka terduduk di tengah tengah halaman. Tetapi Redna sebenarnya mempunyai rancangan. Sebaik sahaja Jimin duduk di sebelahnya, dia mencapai paip air dan melakukan serangan sebelah.

Jimin: Eh, hey!!! Apani!!!

Redna: Ha rasakan. Balas dendam muahahahahah...

Sekarang kedua-dua mereka sudah basah kuyup. Mereka berpandangan sesama sendiri dan ketawa. Belum apa-apa lagi kedua kedua mereka sudah penat kerana terlalu banyak ketawa dan bermain.

Jimin: Jomlah start basuh, hahaha nanti sampai ke malam kita gelak je kat sini...

Redna: Jom ahahhaha....

Mereka berdua meneruskan misi membasuh kereta Jimin bersama sama. Tetapi seperti biasalah Jimin, selalu sahaja ingin mengusik Redna. Mereka berdua saling usik-mengusik. Terlalu banyak tawa yang kedengaran hari ini.

Sebaik sahaja mereka selesai mencuci kereta Jimin, kedua-dua mereka masuk ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri. Penat dan kedua-dua nya kesejukan kerana bermain air selama lebih kurang 3 jam.

Jimin segera menyarung baju kemeja hitam yang telah siap dipilihnya. Dia segera membutangkan keseluruhan kemejanya. Dia menggapai wallet dan telefon bimbitnya lalu keluar dari biliknya.

Dia berhenti seketika di hadapan bilik Redna. Dia mengetuk pintu bilik isterinya itu perlahan. Selang beberapa saat, pintu terbuka dan kelihatan tubuh Redna di hadapan pintu.

Redna: Eh awak nak kemana, siap-siap ni?

Jimin: Oh ya, I've something that I need to settle. Harini tak perlu masak, makan dekat luar. I'll inform you kalua dah nak dekat sampai. I keluar kerja kejap okay.

Redna: Oh yes! Tak payah masak haahhaha... Well hati-hati pergi kerja, see you later...

Jimin: Bye...

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now