Selepas mandi, Redna segera keluar dari bilik air. Dia menggantungkan tuala yg dipakainya tadi. Dia memandang ke arah Jimin yg sudah berbaring di atas katil itu.
Jimin memandang ke arah Redna yg sedang berdiri di hadapan cermin. Dia tiba-tiba ketawa dengan kuat. Tidak tahan.
Redna: Apa yang kelakar sangat?
Jimin: Kaulah yang kelakar tu HAHAHAHA
Jimin masih lagi ketawa. Dia sungguh geli hati melihat Redna. Siapa sahaja tidak ketawa melihat Redna tatkala ini.
Baju yg dipakainya melebihi saiz badannya. Seluar pula tutup sekali dengan kakinya. Memang kelakar melihat Redna. Bukan dia yg pakai baju, baju yg pakai dia.
Jimin: Tak aku nak tanya kau satu je... Kau ni pakai baju ke baju ni tengah pakai kau... Hahahaha...
Redna: Ha, saya pakai bajulah!
Jimin: Dah tengok cermin ke cik adik? Hahahah...
Memang ya dia rasa baju dia sedikit besar dan berasa agak pelik memakai baju itu tapi dibiarkan sahaja. Redna segera mengatur langkah ke arah cermin di bilik Jimin. Dia melihat keadaan dirinya.
Redna sendiri ketawa melihat keadaan dirinya di cermin. Sungguh bukan dirinya. Dengan bajunya yg labuh. Dia juga geli hati melihat dirinya.
Redna memusingkan badan memandang Jimin yg sedang berbaring di atas katil. Dia tersenyum. Suaminya itu sudah tertidur.
Redna segera mengatur langkah mendekati Jimin yg sudah tidur itu. Ternganga mulutnya. Penat betul.
Redna mula mencari-cari sesuatu. Di hadapan katilnya ada tergantung sebuah televisyen. Dia mengerling almari yg berdekatan dengan katil. Ada alat kawalan jauh di situ.
Tapi, almari itu terletak di bahagian Jimin. Dia malas hendak bangun lagi. Dengan selamba dia menggapai-gapai alat kawalan jauh itu. Badannya terdorong juga ke arah Jimin yg sedang tidur itu.
Yes! Akhirnya dia dapat alat kawalan jauh itu. Namun, tangan Jimin mula melingkari bahagian pinggangnya. Kini Redna terdorong ke dalam pelukan. Dia kini dalam dakapan Jimin.
Tangan Jimin terus erat memeluk pinggang Redna. Mungkin Redna disangkanya bantal peluk.
Redna mula buntu. Dia memikirkan cara untuk melepaskan tangan Jimin yg sedang memeluknya. Dia cuba mengangkat tangan Jimin perlahan-lahan.
Cubaan pertama tidak berjaya. Redna mengeluh. Dia cuba lagi. Tetap tidak berjaya. Dia tak putus asa. Setelah beberapa kali cubaan, akhirnya dia berjaya jua.
Redna mengeluh lega. Boleh tahan erat juga pelukan Jimin itu.
Jimin baru sahaja terjaga dari tidurnya yg lena. Dia menggosok matanya dan menggeliat seketika. Pandangannya yg kabur tadi kian jelas.
Matanya mula melilau mencari kelibat Redna. Haih, mana pula isterinya itu pergi. Tiada kelibatnya di segenap sudut bilik.
Jimin melompat turun dari katil. Dia masuk ke dalam bilik air dan membasuh mukanya. Dia kemudian terus turun ke bawah.
Sebaik sahaja dia sampai di anak tangga terakhir, kedengaran bunyi gelak ketawa. Dia mencari-cari dari mana datangnya bunyi itu. Bunyi itu datang dari dapur.
Jimin mula mengatur langkah ke arah dapur. Semakin jelas kedengaran bunyi orang sedang ketawa dan berbual.
Redna dan maid tadi sedang sibuk di dapur. Sambil itu mereka bergelak tawa dan berbual. Redna membantu maid itu menyediakan makan malam.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...