Chapter 27

756 74 12
                                    

Redna: Oh tak pernah pula omma... Siapa itu?

Sengaja dia pura-pura tidak pernah mengenali nama itu. Dia mahu dengar apa yang Puan Park ingin ceritakan kepadanya.

Puan Park: Oh Jimin tak pernah cerita soal dia? Taknak Redna sakit hati mungkin...

Redna: Kenapa dengan dia omma? Ceritalah...

Puan Park: Macam ini, Redna jangan terasa ya lepas dengar apa yang omma cakap ini. Sebelum Jimin berkahwin dengan Redna, dia ada bercinta dengan seorang gadis ni. Nama dia Somi. Suatu hari Jimin bawa Somi balik ke rumah ni, jumpa dengan omma. Dia kata dia nak memperisterikan Somi. Tapi omma tak setuju.

Redna: Oh kenapa omma tak setuju?

Puan Park: Sebelum dia bawa Somi tu pulang lagi, omma dah tahu pasal hubungan dia dengan Somi. Omma dah upah orang suruh selidik tentang Somi. Hasilnya, dia merupakan anak kepada musuh ketat appa, Encik Fernandez. Dia ahli perniagaan daripada Perancis. Dia antara sebab kenapa syarikat kami dulu bankrup dan menyebabkan datuk kepada Jimin meninggal.

Redna: Huh? Bankrup? Datuk Jimin meninggal... Hmm sorry omma...

Puan Park: Tak apa. Ya orang yang Jimin paling rapat sejak dia kecil. Masa dulu omma dengan appa selalu sibuk jadi yang jaga Jimin adalah datuk dia. Jimin sangat manja dengan datuk dia sehinggakan masa datuk dia meninggal, dia demam panas selama seminggu dan kemurungan.

Redna: Oh, Jimin lama ke kemurungan tu?

Puan Park: Ya, boleh tahan lama. Perangai Jimin memang macam tu. Dia kalau dah sayangkan sesuatu tu, dia akan murung kalau benda tu hilang.

Redna: Oh macam tu...

Puan Park: Okay, omma sambung balik ya pasal Somi tu.. Dan ya Somi adalah satu taktik licik oleh Fernandez untuk menjatuhkan semula syarikat kami. Lepas kami bankrup kami cuba sedaya upaya untuk bangkit balik. Dan hasilnya kami berjaya.

Redna: Oh kiranya Somi tu sebenarnya nak gunakan Jimin untuk rosakkan syarikat?

Puan Park: Tepat. Somi tak pernah ikhlas sukakan Jimin. Dia cuma agen yang dihantar ayahnya untuk jatuhkan syarikat kami. Dia fikir dengan cara dia rapat dengan Jimin dan cuba mempengaruhi Jimin, dia boleh runtuhkan syarikat kami. Tapi nasib baik, omma sempat tahu pasal semua ini dan halang segala rancangan jahat Somi dan ayahnya.

Redna: Oh macam tu... Apa reaksi Jimin bila omma tak benarkan dia kahwin dengan Somi?

Puan Park: Oh dia, tak payah cakapla... Sanggup keluar dari rumah ni dan menghilang daripada omma dengan appa selama tiga bulan. Memberontak la konon...

Redna: Oh sampai macam tu sekali? Tapi takkan dia nak biarkan juga syarikat dimusnahkan?

Puan Park: Sampai ke hari ini Jimin tak pernah tahu kenapa kami tak benarkan dia kahwin dengan Somi. Kami taknak dia stress sangat lagipun ni ada melibatkan datuk Jimin..
Redna: Oh macam tu...

Puan Park: Omma harap sangat Redna tak bagitahu dia? Suatu hari nanti dia akan tahu juga. Tapi omma lega sebab sekarang ni dia dah kahwin dengan Redna. Perempuan yang cantik,baik dan omma yakin kamu akan jaga Jimin sebaik mungkin. Dia dah dapat lupakan Somi.

Redna: Omma jangan risau... Redna akan jaga Jimin sebaik yang Redna boleh... Tapi maafkan Redna seandainya satu hari nanti Redna tak dapat tahan dengan dia, Redna pergi.

Puan Park: Kenapa kamu cakap macam tu? Dia ada buat apa-apa kat kamu ke?

Redna: Taklah.. Redna cakap je... Apa yang jadi esok lusa kita tak dapat ramal kan omma?

Selepas selesai berbual dengan Puan Park, Redna melangkah ke biliknya dan Jimin. Pintu dikuak perlahan-lahan. Seperti yang dijangkakan Jimin sudah berada di dalam bilik.

Jimin yang ralit menonton televisyen memandang ke arah Redna yang baru sahaja memasuki bilik. Dia memerhati sahaja gelagat Redna.

Jimin: Lama kat bilik omma? Sembang apa ah?

Redna: Hal perempuan. Laki tak payah sibuk -.-

Jimin: Kemain berahsia sekarang...

Redna hanya mengendahkan apa yang dikatakan oleh Jimin. Langkahnya segera diatur ke bilik mandi. Rasa melekit pula badannya padahal sebelum datang tadi dia sudah mandi.

Jimin tersenyum sendiri. Lega apabila mendengar suara isterinya seperti sediakala. Rindu dia dengan suara itu. Tapi entahlah sampai bila suara itu akan kekal begitu.

“Agak-agaknya dia still marah kat aku ke?” monolog Jimin sendirian. Bunyi pancuran air kedengaran. Jimin kembali menonton televisyen.

Selesai sahaja mandi, Redna terus berada di balkoni bilik Jimin. Angin sejuk menyapa tubuh Redna. Dia memandang langit malam yang luas terbentang. Boleh tahan banyak juga bintang-bintang di langit pada malam ini.

Jimin: Cantikkan pemandangan malam ni?

Redna: Eh awak... Terkejutlah datang tiba-tiba...

Ingin sahaja Redna pergi dari situ, tapi pergerakannya terkunci kerana Jimin yang berada di belakangnya meletakkan kedua-dua tangannya di atas penghadang balkoni.

Jimin: Bole pusing kejap?

Redna hanya akur sahaja. Tiada guna jika dia melawan. Lagipula dia kasihan juga dengan Jimin yang cuba sedaya upaya untuk memulihkan keadaan.

Sebaik sahaja Redna memusingkan tubuhnya, rambutnya dielus perlahan oleh Jimin. Dagunya juga dipegang agar keadaan mukanya memandang ke arah Jimin.

Jimin: Do u still mad at me?

Redna: I dont know.

Jimin: Listen, I am so sorry...

Redna:  Saya tak nak dengar pasal benda ni...

Jimin: Even kau tak nak dengar pun, aku akan cakap juga...

Redna: Degilnya lahaii...

Jimin: Okay listen. That day yang aku suruh kau datang office aku untuk lunch tu bukan main-main. Aku memang tengah tunggu kau. But suddenly Somi datang

Redna: Dan korang pun berpeluk. Tamat...

Jimin: Redna dengar sampai habis please...

Redna: I’m tired Jimin. Penat sangat. Berapa kali lagi awak nak sakitkan hati saya?

Jimin: Redna, dia duduk dekat office tu dan taknak keluar. So aku ingat nak heret dia keluar but suddenly dia peluk aku. Dan kau pun sampai. Aku mangsa keadaan.

Redna: Oh srsly? Why awak tak cuba menolak?

Jimin: You know I’ve tried. But dia still lagi peluk I. Kau sampai dan kau salah faham...

Redna: I’m not stupid la Jimin tuk percaya semua benda ni.. I’m not kid.
Jimin: Please... Aku nampak macam tengah tipu ke sekarang?

Redna hanya diam kelu. Tiada jawapan daripada Jimin.

Tiba-tiba sahaja Jimin yang berdiri tadi, melutut. Tangan Redna diraih. Terkejut Redna dengan kelakuan Jimin.

Redna: Kenapa ni tiba-tiba?

Jimin: I repeat again, I am sorry. Aku tak pernah ada perasaan lagi pada Somi sejak kejadian dekat mall. Aku memang dah lupakan dia selamanya daripada kotak fikiran aku. Yang ada dalam fikiran aku cuma kau. And I hate when we become like this. Aku tak suka keadaan kau dengan aku sekarang. Benda yang jadi pada hari tu memang di luar jangkaan aku. Aku tak tahu sama ada kau nak percaya atau tidak tapi aku dah luahkan apa yang aku rasa. Aku sunyi sangat tak bercakap dengan kau. Aku bosan bila aku tak kacau kau. Aku rindu makan masakan kau. Aku rindu semuanya tentang kau. Dan yang paling aku rindu, senyuman kau.

Jantung Redna berdegup kencang mendengar luahan daripada Jimin. Hampir sahaja air matanya menitis mendengarkan semua itu tetapi cepat-cepat disekanya.

Jimin masih lagi setia melutut dan memandang ke arahnya. Pegangan tangan Redna dieratkan.

BERSAMBUNG

Amacam? Makin ok ke makin boring ff ni? Huhu author sedih ah lusa dah nak kena sekolah... Malasnyaaaaaa😭😭😭

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now