Chapter 23

782 86 6
                                    


Selesai mengemas serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai, Redna mengemas katil Jimin pula. Dah macam kambing berkampung dah. Lasak betul.

Sedang dia mengemas tiba-tiba terdengar bunyi pintu bilik air terbuka. Dia mengalihkan pandangannya ke arah bilik air.

"Awak nanti ma...." tiba-tiba percakapannya terhenti. Matanya tertancap pada Jimin yang baru keluar dari bilik air. Jimin ketika itu hanya bertuala sahaja dan masih jelas badannya yang basah selepas mandi.

"Damn... Hot..." ujar Redna perlahan. Nasib sahaja Jimin tidak mendengarinya. Redna segera mengalihkan pandangannya. Kalau dipandang lama-lama boleh berdarah hidungnya.

Jimin: Nak cakap apa tadi?

Redna: Em.. Tak ada apa-apa... Nak pakai baju eh? Saya keluar...

Redna cuba untuk tidak memandang ke arah Jimin yang masih lagi bertuala itu. Rosak matanya nanti. Ceh mata rosak ke takut tergoda....

Jimin: Ala takpayah keluar pun tak apa. Temanla aku tukar baju..

Jimin sedar yang Redna kelihatan seperti malu-malu. Mulalah dia ingin menyakat isterinya itu. Walaupun tidak larat tapi menyakat isterinya itu suatu kewajipan.

Redna: Eee.. Apa awak ni... Dahlah bye!

Redna segera keluar daripada bilik itu. Fuh sungguh dia tidak berani berhadapan dengan situasi itu. Habis panas seluruh badannya kerana Jimin.

Redna menggeleng-gelengkan kepalanya. Cuba mengusir bayangan Jimin sebentar tadi. Segera diatur langkahnya ke bawah untuk mengambil makanan yang telah dibelinya itu.

Redna mengetuk pintu bilik Jimin perlahan-lahan. Dia membawa makanan dan ubat yang diambilnya tadi ke dalam bilik Jimin. Kalau nak tunggu Jimin turun, alamatnya sampai esok dia tak turun.

Jimin sedang berbaring di atas katil. Biasalah rutin orang sakit memang memerap atas katil.

Redna: Hey, bangun... Makan jom...

Jimin: Hmm taknak... Tekak kelat la... Tak rasa nak makan....

Redna: Ala sikit je.. Ni bubur Mcdonald's...

Jimin: Takmau...

Redna: Sikit je...

Redna cuba memujuk Jimin untuk makan. Susah juga kerana Jimin agak degil.

Redna: Makanla sikit je... Bila awak nak sihat kalau tak nak makan? Nanti bertambah sakit je...

Jimin: Hmm yela yela... Tapi bersyarat..

Redna: Ha apa dia?

Jimin: Suap...

Redna: Eee ada tangan kan? Makan sendiri!

Jimin mula memuncungkan bibirnya. Protes lah tu. Redna hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkahlaku Jimin.

Redna: Yela, saya suap. Tapi dah saya suap ni kena makan banyak..

Jimin: Okay!

Redna meniup bubur yang masih panas itu dahulu sebelum menyuapkannya kepada Jimin. Jimin cuba menelan bubur itu perlahan walaupun tekaknya sangat pahit. Tekaknya berasa sangat sakit tetapi digagahkan jua.

Redna kembali menyuap Jimin selepas melihat suaminya itu sudah selesai menelan suapan yang pertama tadi. Sampai sahaja di suapan yang kelima, tekak Jimin tidak dapat lagi menerima bubur itu.

Jimin: Hmm taknak dah... Sakit sangat..

Redna: Ala sikitnya makan.... Tadi kata okay makan banyak...

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now