Chapter 59

234 25 1
                                    


Cahaya matahari yg mula menembusi cermin keretanya mengejutkan Redna dari tidurnya. Dia menggosok-gosok mata. Jam menunjukkan sudah pukul 7 pagi. 

Ya semalam dia tidak pulang daripada rumah langsung. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan kedua orang tuanya. Dia risau marahnya akan meletus teruk. 

Telefon bimbitnya diraih dan tertera berpuluh panggilan tidak dijawab oleh kedua orang tuanya. Redna mengeluh panjang. Dia segera menghidupkan enjin keretanya dan beredar daripada situ. 

Sebaik sahaja pintu dikuak, kelihatan ibu dan bapanya sedang menunggunya di sofa ruang tamu. Redna menarik nafas panjang dan segera berkira-kira hendak terus ke biliknya.

Appa: Redna pergi mana malam semalam tak balik rumah?

Omma: Kata keluar sekejap sahaja ni sampai tak balik? Redna tu bakal isteri orang tahu tak.

Redna menghela nafas panjang. Dia meneruskan langkahnya ke biliknya. 

Redna: I'm late for work sorry.

Redna segera bersiap dan berangkat keluar daripada rumah. Sarapan yg telah ommanya sediakan juga tidak dijamah olehnya. Ibu dan bapanya hairan dengan sikap anaknya itu yg tiba-tiba dingin.


Min Seo: Selamat pagi, Dr. Redna. Awal doktor sampai hari ini.

Min Seo segera bangun dari tempat duduknya untuk memberi tanda hormat kepada Redna yg baru sahaja tiba di hospital. Redna mengukirkan senyuman lalu segera merapati Min Seo.

Redna: Masih awal untuk saya terima pesakit kan?

MinSeo: Ya betul, Dr. Tambahan harini, tiada doktor tiada temujanji dengan mana mana pesakit. Kenapa ya, Dr?

Redna: Oh baguslah kalau macam tu. Boleh awak tolong saya, hantarkan semua rekod dan sejarah rawatan yg diterima oleh pesakit bernama Park Jimin?

MinSeo: Baik, Dr. Nanti saya hantarkan ke dala bilik Dr.

Redna: Terima kasih, Min Seo.


Sekeping fail yg berisi beberapa helai surat yg baru diletakkan oleh Min Seo di atas mejanya diperhatinya. Dia menghela nafas panjang sebelum tangannya mula menggapai fail tersebut. Sehelai demi sehelai surat dikeluarkan daripada fail itu dan ditelitinya.

"Name: Park Jimin

MENTAL EXAMINATION

Patient was diagnosed with depression. 

-Patient seems to lose interest interacting with others. He is like in his own world and thought.

-Patient also refuses to eat.

Helaian seterusnya diselak lagi. Hatinya berdegup kencang. Dia cuba sedaya upaya bertenang menyelak dan membaca sehelai demi sehelai laporan kesihatan Jimin.

-Patient had an anxiety attack. 

-Patient will need extra observation and must take a benzodiazepines. 

Redna termangu. Dia terdiam. Berdasarkan semua laporan kesihatan ini, Jimin sering diserang dengan panic attack kerana dia terlalu banyak berfikir. Dan jumlah ubat yg perlu Jimin ambil untuk tenangkan keadaan mentalnya, terlalu banyak.

Redna segera bangun dan menuju ke bilik doktor psikiatri di situ. Pintu diketuk lemah. Tidak sampai beberapa saat, pintu itu dibuka oleh doktor Byung-woo. Dia tersenyum ke arah Redna.

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now