Chapter 57

223 26 3
                                    


"Apa lagi sebenarnya yg dia nak explain? Dah jelas dulu dia yg bertegas nak ceraikan aku. It's so clear already." gusar Redna sendirian sambil matanya dilemparkan jauh ke luar tingkap melihat hujan yang kian turun. Seketika dia memeluk dirinya perlahan cuba untuk memanaskan badannya. 


Sejambak bunga ros yg baru diletakkan oleh Min Seo diperhati oleh Redna. Ini sudah masuk hari ke 7 dia menerima sejambak bunga setiap hari. Jimin tidak henti-henti cuba menghubunginya namun satu pun tidak dijawabnya. 

Telefon bimbit segera diraih dan nombor telefon Jimin segera didail. 

"Meet me at persimpangan hill" ringkas sahaja ujar Redna yg kemudiannya terus mematikan panggilan tersebut. Dia segera menggapai kotnya yg tergantung dan beredar dari keluar bilik. Bunga yg baru dihantar itu dibawanya sekali.

Redna: Min Seo, saya ada hal kecemasan. Kemungkinan saya tak masuk lagi petang nanti. Awak uruskan temujanji semua ya.

MinSeo: Baik, Dr. Hati-hati...

Redna segera menghidupkan kereta dan bergegas ke tempat yg telah diberitahu sebentar tadi. Espresi mukanya biasa sahaja. Tidak menunjukkan apa apa emosi. 


Sebaik sahaja pintu dikuak, Redna segera menghampiri Jimin yg sudah sedia menunggunya. 

Bunga ros yg baru diterimanya tadi dicampakkan terus ke muka Jimin dan sebuah tamparan dihadiahkan kepada pipi milik Jimin. Jimin terpinga-pinga dengan perlakuan Redna yg tiba-tiba.

Redna: How many times do I have to tell you, jangan ganggu hidup I ! Apa lagi yg kau nak dari aku hah? Aku tak perlukan bunga-bunga bodoh daripada kaulah jantan! Apa yg kau tak faham?!

Seluruh kudrat suaranya dikerah tatkala mengucapkan kata-kata tersebut. Tangannya sakit akan tamparan kuat yg baru diberikan kepada Jimin.

Jimin menyapu segala kelopak bunga yg bertaburan pada bajunya perlahan-lahan. Dia cuba bertenang sebaik mungkin.

Jimin: Redna, susah sangat ke untuk I dapat kemaafan daripada you?

Redna: Maaf? Orang yg macam kau ni tak layak untuk dimaafkan. Do you fucking know, how fucked up my life was after everything? I cuba kuat every single day. I motivate myself so that I can still go on with my life. Bayangkan kau perlu hidup dengan tahu semua angan angan kau untuk hidup bahagia dengan seseorang tak akan pernah jadi realiti?

Suaranya mula kedengaran serak. Air matanya akhirnya menitis. Semakin lama semakin deras.

Redna: I miss you every single day. I cried everyday cause I want you there. Setiap hari I tunggu, I berharap yg you akan datang ke London and pick me up. Bawa i kembali pada you. Setiap hari. Dan apa yg I dapat cuma hampa. Setiap hari harapan i dihampakan. Do you really think that was great? Hah?!

Jimin yg mendengar luahan hati Redna memalingkan mukanya cuba menyembunyikan wajahnya yg sudah mula untuk menitiskan air mata. Betapa teruknya apa yg Redna rasakan. 

Jimin: I minta maaf Redna. I

Redna: Shut up! I benci dengar semua kata-kata yg keluar dari mulut you. Sebab semuanya penipuan. I dah cukup penat kena tipu Jimin. I bukan budak lagi sekarang. I taknak hanyut dalam penipuan you lagi. 

Jimin: Tapi, Redna... I-

Redna: You know what, I dah anggap yg you dah mati dalam hidup I. Insan bernama Park Jimin bukan sesiapa lagi buat I. Hari dimana I boleh terima kenyataan dan mulakan hidup baru, haritulah dimana I dah lupakan dan bencikan seseorang bernama Park Jimin. Jadi tolong. Tolong faham I. Jangan salahkan I untuk segala yg I lakukan sekarang. Hati I untuk you dah mati. Bagi I you adalah bom jangka. I can't be near you, or else you'll end up destroy me. 

Mendengarkan apa yg Redna baru katakan, Jimin seakan diserang strok. Kakinya mula lemah. Dia terjatuh melutut. 

Redna memalingkan wajahnya dan segera berlari meninggalkan Jimin disitu. Dia tidak mahu terus menerus menangis di situ. Dia segera menghidupkan enjin dan memandu pergi. 


Beberapa hari selepas itu, Redna menjalani kehidupannya seperti biasa. Namun kali ini, hidupnya aman. Tiada gangguan langsung daripada Jimin. Dia berasa lega. Akhirnya Jimin tidak mengganggunya lagi. 

Hari ini kedua ibu bapanya akan tiba di lapangan terbang Incheon untuk urusan perkahwinannya. Ya, you heard me right. Redna akan berkahwin. Sebenarnya dia telah menerima lamaran Namjoon untuk mengahwininya. Hal ini berlaku sebulan yg lalu saat Redna dan Namjoon sedang bercakap dalam panggilan. Dan mereka inginkan majlis di Korea. 

flashback

Redna dan Namjoon berbual seperti biasa di dalam panggilan telefon. Namun tiba-tiba sahaja Namjoon meminta supaya mereka berubah ke video call. Dan Redna hanya mengiakan.

Kelihatan Namjoon sudah segak dengan suitnya. Redna mengangkat kening hairan dengan penampilan Namjoon.

Namjoon: Redna, I need to ask you something very important. Something that I've been waiting to ask you. 

Redna: Okayy... What is it?

Namjoon: Will you be my lawfully wife?

Redna terkedu mendengar soalan yg baru dituturkan oleh Namjoon. Benarkah apa yg baru sahaja dia dengar ini. Hatinya mula berdegup kencang, mindanya pula buntu.

Namjoon: Redna? 

Redna menelan liur tatkala dia mendengar Namjoon mula menyeru namanya. Dia cuba bernafas seperti biasa dan bertenang. Pelbagai perkara bermain di mindanya. Dan....

Redna: Yes, I do.

Namjoon kelihatan amat gembira. Dia menekup mulutnya cuba mengawal diri daripada menjerit. Redna hanya tersenyum perlahan. 


Minda Redna yg baru sahaja membawanya ke peristiwa itu membuatkan jari-jemarinya mula berhenti bergerak. Dia menyandarkan badannya perlahan-lahan. Mukanya mula serius berfikir.

Redna: Apa betul keputusan yg aku buat ni? Bolehkah aku cintakan Namjoon sepenuh hati aku? Betul ke aku betul-betul bersedia untuk jadi isteri dia? 

Telefon yg berdering mematikan lamunan Redna. Dia segera menggapai telefon bimbitnya dan menjawab panggilan tersebut. 

V: Redna, aku nak jumpa kau. 

Redna: Why you sound so serious man... Hahaha chill chill. Sure we'll meet up malam nanti, after aku dah selesai ambil ibu bapa aku dari airport eh. 

V: Okay sure. See ya later. Nanti aku send location

Belum sempat Redna mengucapkan 'bye' panggilan telefon telah dahulu dimatikan oleh V. Redna menggaru kepalanya perlahan. Setahunya soal hal hari itu, mereka sudah berbaik. Tapi kenapa tadi V kedengaran serius?


Redna mengangkat bagasi milik ommanya daripada bonet kereta. Dia mengerling jam tangannya untuk melihat waktu. Sudah hampir menginjak pukul 9 malam. Dia dan V berjanji untuk berjumpa sekitar waktu itu. Dia mula mempercepatkan langkah membantu appanya membawa masuk bagasi-bagasi ke dalam rumah sewanya itu. 

Omma dan appanya yg baru melabuhkan punggung di atas sofa dipandangnya sambil tersenyum janggal. 

Redna: Um, omma dan appa rehat-rehatlah dulu ya. Makanan pun Redna dah belikan dan ada dekat dapur. Redna kena jumpa kawan sekejap, jadi Redna nak keluar sekejap tau. 

Omma: Lah kamu ni, nak keluar pula malam-malam. Okaylah jaga diri kamu tu, kamu tu bakal isteri orang. Ingat tu.

Redna: Baik, omma. Appa, Redna pergi dulu ya.

Sejurus selepas itu, Redna segera berlari anak ke arah keretanya dan mula memandu ke lokasi yg telah ditetapkan oleh V. Dia cuba memandu secepat mungkin memandangkan dia agak lambat. 

BERSAMBUNG

HEY GUYS! HOPE YALL ENJOY THIS EPISODE! MAKE SURE TO VOTE AND COMMENT OKAY! LOVE YALL!

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now