Hari ini merupakan hari yg ditunggu-tunggu oleh semua orang. Hari perkahwinan Redna dan Jimin.
.
.
Dahi Redna masih terasa hangat oleh kucupan Jimin.
Dia memandang sekeliling. Semuanya tersenyum indah melihatnya. Dia memandang wajah omma, appa, Puan Park dan Encik Park bersilih ganti. Dia menguntumkan senyuman buat mereka.
Flash kamera mula memenuhi segenap ruang dewan itu. Kenangan mereka sedang diabadikan dalam bentuk gambar.
Hari ini dia sudah sah bergelar isteri kepada Jimin. Dia milik Jimin mulai harini. Lelaki yg hanya akan menjadi bestfriendnya walaupun mereka kini sepasang suami isteri. Lelaki yg dia tak pernah terfikir bakal menjadi suaminya.
Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran Redna. Tentang dia dan Jimin. Bagaimana mereka akan lalui hidup sebagai suami isteri nanti? Bahagia atau sebaliknya? Dan mungkinkah dia akan jatuh cinta pada suaminya sendiri?
Redna mengalihkan pandangannya ke arah Jimin apabila tangannya dicuit lelaki itu. Dia mengangkat kening tanda isyarat kenapa. Jimin senyum ke arahnya.
Jimin: Jom. Kejap lagi nak bersanding pula.
Redna: Ha? Yaya...
Mereka berpimpin tangan untuk keluar dari dewan. Suasana masih seperti tadi. Banyak flash kamera yg masih lagi mengambil gambar mereka. Kedua-dua mereka tak lekang dengan senyuman.
//SKIP//
Setelah selesai menukar baju untuk bersanding, Jimin terus keluar dari bilik persalinan. Dia menunggu Redna untuk keluar. Sesekali dia mengeluh sambil matanya memerhati jam tangannya.
Seketika kemudian, pintu bilik persalinan dikuak. Redna keluar perlahan-lahan dari bilik persalinan. Dia mengenakan gaun busana Mr.G.
Pandangan Jimin perlahan-lahan beralih ke arah pintu bilik persalinan di mana seorang wanita sedang tercegat. Dia tiba-tiba kaku. Mulutnya terlopong melihat Redna yg berada di hadapannya.
Redna yg sudah berada di hadapan Jimin tak henti-henti memanggil nama Jimin. Jimin masih lagi dalam lamunannya tersendiri. Redna mengerutkan dahi dan mula mencubit lengan Jimin.
Jimin: Adedeh... Sakit...
Redna: Ha sedar pun! Ingat kau nak pandang aku lama lagi..
Jimin: Aip aip.. Apa panggil aku kau ah? Tukar panggilan kepada awak! Lagi satu biarlah aku nak pandang kau berapa lama pun, kau aku punya. Hahahaha
Redna: Eee ada ja benda dia nak cakap balik.
Muzik bergema di dewan persandingan tanda Redna dan Jimin bakal tiba. Semua mata tetamu beralih ke arah pintu masuk. Ada juga yg mengeluarkan telefon bimbit untuk merakamkan detik indah mereka. Jurugambar pula sudah sedia di sekitar pintu masuk.
Redna dan Jimin mula berjalan. Redna memeluk tangan Jimin. Kedua-dua mereka tersenyum indah. Mereka berjalan perlahan-lahan. Di tangan Redna memegang sejambak bunga. Semua tetamu bertepuk tangan meraikan mereka.
Mereka akhirnya tiba di pentas. Ada sebuah kek tiga tingkat di situ. Jimin memegang erat tangan Redna sambil memotong kek itu. Redna tersenyum. Di dalam hatinya, entah mengapa dia rasa gembira apabila Jimin memegang tangannya.
Selepas selesai menyuap kek, mereka mula duduk di kerusi 'Raja Sehari'. Mereka bersalam-salaman dengan tetamu yg naik ke atas sebagai tanda memohon restu. Jimin memandang ke arah Redna yg sedari tadi tersenyum sahaja.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...