Jimin membuka pintu keretanya perlahan-lahan. Dia melihat Redna di sebelah. Sudah tertidur isterinya itu. Dia membelai rambut isterinya perlahan.
Kereta Jimin melunsur keluar dari perkarangan sekolah. Sesekali dia memandang sebelah untuk melihat keadaan Redna. Masih lagi nyenyak tidur.
Sedang Jimin memandu, tiba-tiba sahaj Redna menjerit. Dia segera memberhentikan keretanya di tepi.
Jimin: Redna? Why ni?
Pelik. Mata masih lagi tertutup tapi Redna tidak henti-henti menjerit. Jimin segera menggoncangkan badannya untuk menyedarkannya.
Jimin: Hey hey...
Redna: Lepaskan saya! Lepas!!!
Jimin: Kau menggigau ni... Bangun!
Redna seakan baru tersedar tatkala ini. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat keadaan sekeliling. Dia segera memeluk Jimin yang sedang memerhatinya.
Redna: Saya takut... Hikhik takut...
Seraya itu kedengaran bunyi tangisan. Jimin mengusap-ngusap bahagian belakang badan Redna untuk menenangnya.
Jimin: Shuh shuh.. Tak mau nangis.. Aku kan ada..
Selepas keadaan Redna agak stabil, Jimin meneruskan perjalanannya. Dia memberhentikan kereta di restoran makanan ringan. Redna hanya memerhati pergerakan Jimin.
Jimin: Lapar?
Redna mengangguk perlahan. Badannya terasa lemah. Matanya juga bengkak kerana menangis sebentar tadi.
Jimin: Tunggu jap aku pergi beli...
Baru sahaja Jimin ingin keluar dari kereta, tangannya dipegang oleh Redna. Dia memalingkan wajahnya memandang Redna.
Redna: Nak ikut.. Takut...
Jimin: Betul ni?
Redna: Haa...
Jimin: Okay jom...
Jimin dan Redna memasuki restoran makanan segera itu. Sepanjang perjalanan Redna memegang erat tangan Jimin. Perasaannya masih lagi tidak tenang. Perasaan takutnya masih lagi ada.
Redna hanya mendiamkan diri sahaja sepanjang perjalanan. Jika dulu pelbagai topik akan dibahaskan bersama Jimin tapi kali ini sunyi sepi sahaja keadaan di dalam kereta.
Selesai memarkir kereta, Jimin segera mengatasi langkah Redna untuk membuka pintu. Redna seakan tersentak dengan perlakuan Jimin. Dia hanya memandang Jimin dan memberikan senyuman hambar.
Redna menaiki tangga perlahan-lahan. Dia hanya ingin rehat tatkala ini. Fikirannya serabut. Jimin yg baru sahaja ingin menapak ke dapur terlihat Redna yg sudah ingin naik ke bilik.
Jimin: Kata lapar? Taknak makan dulu?
Redna: Hmm.. Nak mandi dulu.. Penat...
Jimin: Ooh okay... Nanti turun.
Jimin hanya membiarkan sahaja Redna. Buat masa sekarang dia tidak mahu terlalu menggangu Redna. Dia tahu yg isterinya itu masih lagi trauma pasal kejadian tadi. Dia menyambung langkahnya ke dapur.
Sudah hampir sejam, Redna masih lagi belum turun daripada bilik. Jimin yg berada di bawah sudah berasa tidak tenang. Dia sudah berkira-kira hendak naik ke atas.
Langkah kakinya diatur perlahan-lahan. Dia mengetuk bilik Redna terlebih dahulu risau sekiranya isterinya itu sedang mandi atau apa. Tiada sahutan kedengaran. Dia segera memulas tombol pintu bilik Redna.
Hairan. Redna tiada di atas katil. Tambahan lagi pintu bilik air terbuka luas yg menandakan Redna tiada di dalam bilik air. Dia meninjau segenap sudut. Tiba-tiba kedengaran bunyi esakan.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...