Selepas meminta diri untuk pulang, Redna hanya diam membisu sedari tadi di dalam kereta. Sepatah tidak menegur Jimin.
Jimin memandang ke arah isterinya itu. Hanya alunan musik daripada radio sahaja yg memenuhi perjalanan pulang mereka.
Jimin: Hmm.. Lawa rantai... Omma bagi ke?
Redna memandang ke arah Jimin apabila mendengar suaranya. Kesian pula dia lihat Jimin sedari tadi cuba untuk berbaik dengannya tapi dia yg degil tidak mahu.
Redna: Cantik kan? Ya omma bagi.. Lagi satu baju omma yg lama-lama pun omma bagi.
Jimin: Muat ke kat kau? Pakai baju aku yg kecil pun besar.
Redna: Eee dia ni dari tadi tau!
Tangan Redna mula merayap ke arah Jimin. Dia mencubit-cubit pinggang Jimin. Pecah ketawa Jimin. Dia ketawa mengekek seperti tadi. Lega hatinya isterinya itu sudah mahu berbual dengannya.
Jimin: Auch! Sakit huaaaaa...
Redna: Ha! Tau pun sakit... Sakat orang je memanjang...
Sebelum pulang ke rumah, Jimin berhenti di restoran makanan segera. Dia tahu isterinya itu lapar lagi. Begitu juga dengan dirinya.
Redna: Kenapa berhenti sini?
Jimin: Aku tau lah kau lapar. Dari tadi lagi usap perut kau tu je. Nak makan ke nak bungkus?
Redna: Hehe. Bungkus lah!
Jimin: Okay. Kunci kereta tau, aku pergi kejap!
Redna: Orait...
Sebaik sahaja Jimin keluar dari kereta, Redna mengunci pintu. Dia menggapai telefon bimbitnya. Ada mesej daripada Jungkook. Dia membuka dan membaca mesej tersebut.
From: Jungkook
Hey Redna! Kau buat apa? Aku rindu kau. Nak keluar sekali?
Dia segera membalas mesej daripada Jungkook itu. Dia memikirkan tawaran Jungkook untuk keluar bersama. Dia harus meminta izin daripada Jimin dahulu. Jika dahulu senang saja. Ommanya memberinya keluar dengan Jungkook. Tapi kini, dia isteri orang.
To: Jungkook
Hey! Aku rindu kau juga... Keluar? Tengok dulu lah ya.. Nanti kalau boleh aku inform kau okay?
Butang hantar ditekan Redna. Dia menghela nafas panjang. Sama ada mahu pergi atau tidak. Tetapi Jimin akan berikan dia kebenaran kah?
Tiba di rumah, mereka berdua duduk bersama menonton televisyen sambil makan. Sedang mereka makan, Redna memandang ke arah Jimin. Dengan tiba-tiba ketawanya pecah.
Jimin: Kenapa kau ketawa?
Redna: Awak comot! Mehlah, saya lapkan.
Tisu diambil lalu dengan selambanya dia bahagian muka Jimin yg comot itu. Jimin seakan terpaku diperlakukan sebegitu.
Redna: Ha, yeay dah tak comot!
Jimin: Em, thanks....
Redna: Most welcome...
Mereka berdua sambung makan. Selesai makan, Redna ingin masuk ke dalam biliknya, tetapi suara Jimin memberhentikan langkahnya.
Jimin: Redna, tunggu sekejap...
Redna yg sudah ada di hadapan tangga mula mengatur langkah ke arah sofa tempat dimana Jimin sedang duduk berehat. Dia mengambil tempat di hadapan Jimin.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...