Chapter 43

288 24 0
                                    

Hari demi hari berlalu, Jimin dan Redna seakan makin jauh daripada masing-masing. Jimin tidak habis-habis sibuk dengan kerjanya yang tak pernah habis. Bahkan akan disambungnya jua dirumah.

Redna pula tidak mahu terlalu menganggu Jimin. Dia faham suaminya itu tidak dapat meluangkan masa dengannya kerana sibuk dengan kerja-kerjanya. Maka, dia memutuskan untuk meluangkan masa dengan V dan Jungkook.

Alat kawalan jauh ditekan Redna berkali-kali. Dia mengeluh panjang. Tiada rancangan yang menarik langsung yang ditayangkan. Sejak habis peperiksaan akhir ini, Redna dibenarkan pulang awal ke rumah. Tapi itulah, balik awal pun dipenuhi dengan kebosanan sahaja.

Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja tiba-tiba berdering. Redna mengerling nama pemanggil tersebut. Sebaik sahaja mengenal pasti identiti pemanggil tersebut, Redna mengeluh panjang. Tangannya diatur perlahan sahaja menggapai telefon bimbitnya itu.

Redna: Yeoboseyo?

Omma: Yeoboseyo, chagiya! Dah balik rumah dah?

Redna: Dah, omma. Ada apa omma?

Omma: Omma nak suruh Redna teman omma pergi shopping sikit. Nak beli bekalan-bekalan, yelah nanti kita dah nak berlepas ke London mana nak jumpa barangan Korea sangat kat sana kan?

Ungkapan "Kita dah nak berlepas ke London" membuatkan Redna terdiam seketika. Hatinya menjadi gundah gulana memikirkan ungkapan tersebut.

Omma: Redna? Redna? Are you still there?

Redna: Ha? Ya omma...

Omma: Ha, boleh tak teman omma...

Redna: Erm... Omma, Redna macam tak berapa larat la... Kenapa omma tak ajak appa je?

Omma: Kalau appa ada tak adalah omma ajak kamu. Tah appa kamu pergi jumpa kawan lama katanya...

Redna: Oh, macam tu...

Omma: Please la Redna, teman omma... Kesian lah kat omma...

Redna: Hmm, yela yela... Redna siap sekejap, nanti Redna jemput omma kat rumah.

Omma: Okay, see you baby girl! Muah....

Seraya itu panggilan dimatikan. Redna mengeluh lagi. Dia sebenarnya cuba sedaya upaya untuk tidak berjumpa dengan ibu bapanya. Hal ini kerana setiap kali pertemuan pasti hal tentang ke London akan dibangkitkan. Dan setiap kali hal itu dibangkitkan, Redna hanya mampu diam membisu. Dia mati akal.

Redna dan omma merehatkan diri mereka sebentar di sebuah restoran yang terletak di dalam pusat membeli-belah tersebut. Selesai memesan makanan, Redna terus menghadap telefon bimbit miliknya.

Tiada mesej atau panggilan tidak dijawab oleh Jimin. Redna hanya tersenyum kelat. Selalunya mereka rajin sahaja membalas mesej satu sama lain.

Omma: Redna, jadi bila keputusan peperiksaan kamu tu dijangka keluar?

Redna: Lagi beberapa hari kot omma. Omma, entahlah Redna takut kalau keputusan tu tak secemerlang yang omma dengan appa harapkan....

Omma: Good news, Redna! Tak kira la keputusan kamu cemerlang atau tidak, kamu still boleh lanjutkan pelajaran kamu di London. Kawan appa kat London ada seorang yang berjawatan tinggi dekat sebuah kolej di sana. Kami dah berbincang dan dia kata dia boleh bantu kamu.

Redna: Oh, macam tu... Haha wah...

Mendengarkan berita yang kononnya baik itu membuatkan Redna menjadi lebih tidak tenteram. Dia hanya mempamerkan senyum palsu sahaja.

Selesai membeli-belah, Redna menghantar ommanya ke rumah. Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah dia memarkir kereta sebentar dan membantu ommanya membawa barangan yang dibeli tadi masuk ke dalam rumah. Redna mengerling halaman rumah. Kereta appanya sudah kelihatan di situ.

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now