Chapter 22

743 62 3
                                    


Sebaik sahaja kereta Redna memasuki perkarangan rumah, dia terlihat kereta Jimin. Dia mengerling jam tangannya. Baru pukul 3 petang. Hairan.

"Baru pukul 3 dah balik? Aik?" monolog Redna sendirian. Selesai memarkir kereta, dia mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.

Pintu utama dikuak. Senyap sunyi sahaja. Tiada bunyi televisyen atau daripada dapur.

"Takkan dah tidur?" Dia meletakkan kunci keretanya di atas meja. Kakinya mula diatur ke arah dapur. Mungkin Jimin ada disitu. Namun apa yang disangkanya meleset. Tiada bayang Jimin disitu.

Redna kemudiannya melangkahkan kaki menaiki tangga. Dia berhenti di hadapan biliknya. Dipandang bilik sebelah yang tertutup rapat. Senyap sahaja. Tiada bunyi atau apa-apa.

"Tidur la kot..." Redna beranggapan bahawa Jimin sedang tidur. Niat di hati hendak mengetuk pintu bilik Jimin tetapi bimbang menganggu Jimin. Redna kemudiannya masuk ke dalam biliknya.

Redna menghempaskan badannya ke atas katil. Matanya berasa berat serta merta. Tidak sampai 10 minit, Redna terlelap.

***

Bunyi bising yang datang daripada telefon bimbit milik Redna membuatkan Redna tersedar daripada tidur. Dia menggapai telefon bimbitnya. Dia mengeluh. Alarm rupanya.

Jam di telefon bimbitnya menunjukkan sudah pukul 7 malam. Patutlah alarmnya berbunyi.

"Ceh patutla tadi pagi tak bunyi... Rupanya aku pergi set 7PM" bebel Redna sendirian. Tadi pagi nasib sahaja dia terjaga. Alarmnya tidak berbunyi padahal pada malam semalam dia yakin dia sudah menetapkan alarmnya. Rupanya 7PM. Huhu

Dia segera bangun dari katil dan menuju ke arah bilik air. Tualanya digapai. Selesai membersihkan diri dia keluar dari biliknya. Haraplah Jimin sudah membelikan sesuatu. Perutnya sudah bergendang.

Televisyen masih lagi tertutup. Bahkan lampu di ruang tamu tidak dipasang. Berbekalkan lampu daripada telefon bimbitnya, Redna segera menyuluh untuk mencari suis. Sebaik sahaja suis dibuka, seluruh ruang tamu itu serta merta cerah.

Redna melihat ke luar rumah. Kereta Jimin masih lagi di dalam perkarangan rumah. Maksudnya Jimin ada di dalam rumah dan tidak keluar. Tapi kenapa seluruh rumah gelap gelita?

"Takkanlah tak bangun lagi? Pelik betul..." Dapur yang masih lagi gelap dipandangnya. Tak mungkinlah Jimin disitu. Akhirnya Redna mengambil keputusan untuk naik ke atas.

Dia mengetuk bilik Jimin. Tiada bunyi mahupun sahutan didengari. Dia mengetuk lagi. Masih lagi tiada sahutan. Redna kemudiannya memulas tombol pintu perlahan-lahan.

"Jimin!" Redna separa menjerit melihat serpihan kaca di atas lantai. Jimin sedang terbaring di atas katil. Redna segera menghampiri Jimin.

"Awak? Awak bangun..." Redna menepuk-nepuk pipi Jimin. Badan Jimin sangat panas.

"Awak? Awak... Awak bangun..." Redna memanggil lagi. Kali ini kelihatan Jimin seperti sedang membuka matanya perlahan-lahan. Lega Redna apabila melihat Jimin membuka matanya.

Jimin: Eh awak dah lama balik?

Kedengaran suara Jimin amat perlahan. Nampaknya Jimin sedang tidak sihat.

Redna: Dah lama balik... Kenapa dengan awak ni?

Jimin: Hm... Pening sikit je...

Redna: Pening apanya... Panas habis badan ni... Kenapa awak tak bagitahu saya? Ni awak balik pukul berapa tadi?

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now