Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan akhir Redna. Selepas tamatnya peperiksaan ini, dia secara rasminya sudah tamat zaman persekolahannya. Dia masuk ke dalam dewan peperiksaan buat kali yang terakhir.
Setelah memerah otak selama 2 jam akhirnya, peperiksaan subjek Fizik tamat. V dan Jungkook menghampiri Redna yang sudah selesai mengemas peralatan menulis.
Jungkook: Weh aku ada idea. Apa kata kita buat video memori?
V: Okay but nak buat style apa?
Redna: What if... Kita cari mangsa suruh tolong rekodkan video kita keluar dari dewan peperiksaan sambil baling kertas soalan ni weh...
Jungkook: Brilliant! Okay, cari mangsa sat....
V: Weh, panggil minah yang dok syok kat kau tu... Mesti dia onzz....
Jungkook: Bongokla kau.... Taknak aku...
Redna: Come on Jungkook, biarla dia merasai kebahagiaan di hari terakhir sebagai senior. Pergilaaa cepat!
Jungkook: Okay, kejap.
Jungkook membetulkan kolar baju kemejanya terlebih dahulu sebelum menghampiri gadis yang dikatakan 'crush on' kepadanya. Dia berdehem menyebabkan gadis tersebut tersentak sedikit.
Melihatkan gerangan yang berdehem itu, gadis tersebut terus tersipu malu. Gadis itu menudukkan pandangannya.
Jungkook: Awak, boleh minta sesuatu?
Gadis itu semakin tersipu malu. Dia menundukkan wajahnya lagi ke bawah.
Jungkook: Oi, boleh ke tidak? Ni ha ambilkan video kami keluar dari dewan....
Gadis itu tersentak. Nada Jungkook meninggi sedikit dan penuh kesombongan. Dia menyambut huluran kamera Jungkook dan segera bersedia di luar dewan peperiksaan.
Redna: Kau buat apa hah kat dia sampai gigil gigil sambut camera?
V: Berlembut lah sikit ish...
Jungkook: Tak weh, aku tanya awal-awal. Diam pastu duk kuis kuis kaki. Eee gedik tul. Nyampah aku...
Redna: Eee, macam mana lah kau nak cari isteri. Kasar benau...
V: Jadi bujang tua lah weh nanti dia ni...
Jungkook: Ewah, sedapnya mulut korang dua... Dah jom cepat nak record video.. Kang minah tu bawak lari camera aku tak pasal.
Redna: Biar padan muka kau HAHAHA
Setelah selesai merakam video dan mengambil beberapa gambar bersama, Redna meminta diri untuk pulang. Hari ini Redna pulang menaiki bas memandangkan keretanya dihantar untuk servis. Jimin pula tidak boleh menjemputnya pulang.
Sedang dia berjalan tiba-tiba kedengaran bunyi hon. Hatinya berdesis bahawa itu Jimin. Dia memusingkan badannya ke arah kenderaan yang membunyikan hon tadi sambil tersenyum.
Namun, senyuman itu perlahan-lahan pudar. Bukan Jimin yang menjemputnya hari ini tetapi ibu dan bapanya. Oleh kerana terlalu terkejut, dia hanya berdiri kaku sambil memandang ke arah kereta milik ibu bapanya itu.
Omma: Redna, kenapa berdiri tercegat kat situ je? Cepatla masuk kereta....
Suara ommanya menyedarkan Redna dari lamunanya.Dia mengukirkan senyuman dan segera menghampiri kereta. Pintu kereta dikuak dan kehadirannya disambut oleh ibu bapanya.
Appa: Rindunya kat anak appa ni! Eee dah tinggi dah...
Omma: Tula bang... Nampak makin matang...
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...