Hari demi hari berlalu, hubungan mereka semakin lama semakin membaik. Berita yang lebih baik lagi adalah sekarang mereka tidak lagi tidur berasingan. Ya, mereka berdua sudah mula tidur di bilik yang sama.
Matahari pagi yang memancar membuatkan Jimin terjaga dari tidur. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Redna yang baru ingin menapak ke katil tersenyum melihat suaminya yang sudah terjaga dari tidur itu.
Redna: You're awake... How's your sleep?
Jimin mengukirkan senyum indah. Iya, pemandangan yang indah setiap pagi ialah melihat isterinya yang sentiasa tersenyum manis. Redna menyandarkan kepalanya ke dada Jimin. Begitulah rutin mereka setiap pagi.
Jimin: Well, you know what. I mimpi someone... Dia fuh cantik gila, letops...
Redna segera bangun dari bersandar di atas dada Jimin. Dia merenung suaminya itu tajam. Perempuan mana pula yang suaminya mimpi ini? Eh nak kena niii....
Redna: Perempuan mana pulak ni hah? Cakap cepat eeeeee....
Jimin menahan tawanya dari terburai melihat isterinya yang sudah mula memuncung apabila dia menceritakan tentang mimpinya. Jelas ternyata isterinya itu sedang cemburu.
Jimin: Why? Jealous ke?
Redna menjeling Jimin yang seakan akan tidak paham lagi. Dia menyilangkan tangannya lalu memandang ke tepi membuatkan tawa Jimin terburai.
Redna: Of course la jealous, you're my husband!
Melihatkan Redna sudah mula merajuk, Jimin segera memujuknya. Dicuit dagu isterinya agar memandangnya.
Jimin: Alolo, sayang ni... I mimpiiiii... Emmm I mimpi, jumpa bidadari cantik and nama dia Kim Redna...
Redna tersenyum manis. Pagi-pagi lagi suaminya sudah 'sweet' seperti ini.
Redna: U ni kan saja je tau nak buat orang marah!
Bantal yang berada di sisi diambilnya lalu dibaling ke arah Jimin. Kedua-dua mereka berpandangan lalu ketawa sesama sendiri.
Jimin: You're so cute when you are mad. HAHAHAHAHA
Redna menggelengkan kepalanya sambil tertawa melihat tingkah laku Jimin. Jimin menarik Redna semula ke dalam pelukannya.
Redna: Hey, jom bangunla. Mandi and breakfast...
Jimin: No takmau...
Redna: Eee mengada pulak dia.... Cepatla sayang oiii... Nanti lambat la nak pergi kerja, orang nak pergi sekolah lagi...
Jimin: Eeee... Okay butttt.....
Redna: What?
Jimin: Where's my morning kiss?
Redna: Eee gatal! Jangan nak mengada ngada ehhh
Jimin: Kalau tak, i wont let you go.
Redna: Eeeee okay fine!
Ccup! Satu kucupan singgah di pipi Jimin. Jimin tersengih seperti kerang busuk.
Redna: Eee, dah pergi mandi! I turun buat breakfast...
Jimin: Temanla i mandi jom...
Redna: No! Eee mengada! I'll wait for you downstairs.
Redna segera menolak lembut dada suaminya itu dan bergegas turun dari katil. Dia segera keluar dari bilik. Suaminya itu bukan boleh dipercayai, nanti tak pasal-pasal dia perlu mandi buat kali kedua. Lebih baik dia lari dahulu.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...