Jimin membuka pintu bilik Redna. Redna yg sedang menghadap komputer riba terkejut. Dia memandang ke arah Jimin.
Jimin: Eh sorry, sorry aku tak ketuk tadi.
Redna: Ish, awak ni. Lain kali ketuklah. Nasib saya tengah hadap laptop ni je... Kalau tukar baju ke apa ke, kan tak pasal.
Jimin: Wuu best wuu. Asal aku tak masuk masa tu.
Redna: Ish, gatallah dia ni -.-!
Jimin: Haha well...
Redna: Ha awak nak apa datang bilik saya ni? Mehlah duduk sini.
Redna mempelawa Jimin duduk di birai katil. Dia memandang ke arah Jimin.
Jimin: Oh, aku datang nak bagi minyak wangi kau. Tadi ingat nak bagi dah tapi aku dengar senyap je. Aku ingat kau tidur tadi.
Redna: Oh haa memang saya tidur pun. Awak letaklah kat situ.
Jimin: Ha nah ni satu lagi.
Jimin meletakkan katalog di atas katil Redna. Redna hairan melihat buku katalog itu. Dia memandang Jimin dengan pandangan hairan.
Redna: Kenapa bagi saya buku katalog ni?
Jimin: Hm, ni appa suruh. Kan dia nak belikan kau kereta. Dia suruh kau pilih model kereta.
Redna: Oh hurm... Saya taknak lah awak. Pemberian ni terlalu besar.
Jimin: Halah, kalau kau tolak tawaran appa pun aku still akan belikan kau kereta. Dah, pilih je.
Redna: Hurm, okay. By the way, awak tolong saya lah eh pilih kereta. Manalah saya pandai.
Jimin: Okay, jom kita tengok sama-sama.
Mereka berdua membelek katalog itu bersama-sama. Gelak tawa memenuhi ruang itu.
Jimin: Ini okay? Aku rasa okay untuk kau.
Redna: Ish takkan yg tu? Besar sangatlah awak. Saya naik sorang je.
Jimin: Betul juga. Jap aku tengok yg lain.
Jimin membelek-belek lagi katalog itu. Tiba-tiba dia terpandang akan kereta Mini Cooper. Dia tersenyum.
Jimin: Ha, ni aku sesuai dengan kau. Kau kan pendek? Kereta ni pun pendek. Kau kecik kereta ni pun kecik je.
Redna: Hey! Time ni pun nak sakat orang eh?
Jimin: Hahaha... Mesti lah...
Redna: Ish, jahat jahat jahat.
Jimin: Hahaha...
Selesai memilih kereta yg akan dibeli, Jimin berlalu ke biliknya. Dia mencampakkan badannya ke atas katil. Senyuman tak henti-henti terukir di bibirnya. Gembira dia dengan Redna tadi. Seketika kemudian dia bangun dan mencapai diarinya. Dia ambil pennya dan mulai menulis sesuatu.
Redna membuka beg yg berisi minyak wangi itu. Dia membau minyak wangi itu. Sungguh feminin. Dia suka akan baunya. Tambahan pula, Jimin yg pilih. Dia pasti akan memakainya setiap hari.
Bantal peluknya dia ambil. Kepalanya diletakkan di atas bantal peluknya itu. Dia teringat akan hal-hal yg terjadi hari ini. Jimin menampar Somi hanya kerana dia. Jimin ingin melindunginya. Dia juga teringat akan kata-kata yg Jimin berikan kepada Somi.
"Dia dah tak sukakan Somi. Dan dia kata selama ni dia tak cinta tapi suka? Lepastu dia suka siapa? Aku? Ish takkanlah... Tapi cara dia layan aku... Kiss, semua tu? Hmm, peningnya..." monolog Redna sendirian. Bantal peluknya itu dia peluk erat.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...