Selepas hampir 30 minit, kereta yang dipandu Jimin akhirnya berhenti di kawasan pantai. Dia segera menarik 'handbreak' keretanya. Redna sedari tadi hanya memerhati tingkah laku Jimin.
Redna: Kita dah sampai ke?
Jimin: Yes, kita dah sampai...
Redna segera membuka tali pinggang keledar yang meliliti pinggangnya itu. Jimin pula sudah keluar dari kereta dan menanti di hadapan pintu bahagian penumpang. Jimin sekali lagi membuat aksi 'gentleman' nya itu dengan membukakan pintu untuk Redna.
Jimin: Wait, before that. You perlu tutup mata you dulu.
Jimin menunjukkan sehelai kain yang dikeluarkannya dari poket. Redna memandang Jimin tidak puas hati. Sudahlah tidak bagitahu tujuan kemari, disuruh tutup mata pula.
Redna: Untuk apa?
Jimin: Well, it's a surprise. So....
Redna: Haih, fine...
Redna terpaksa akur. Apa pula kejutan yang hendak Jimin lakukan kali ini. Jimin segera mengikat kain yang dipegangnya tadi sehingga menutupi kedua dua belah mata Redna.
Jimin: Okay, dah siap. Now, you pegang tangan I and dengar apa I cakap okay. Just walk...
Redna memegang erat tangan Jimin. Dia takut andai nanti dia jatuh. Jimin menjadi pemandu arah buat Redna. Mereka berjalan perlahan-lahan. Sampai di suatu tempat, mereka berhenti.
Jimin: Okay, kita dah sampai... Wait, saya bukakan kain tu.
Redna: Ha cepatla... Rimas la gelap gelap ni...
Jimin: But....
Redna: Apa lagi?
Jimin: You kena janji yang you akan pejam mata dulu. Jangan buka mata sampai I suruh okay?
Redna: Alrite, I promise.
Jimin segera menuju ke belakang Redna untuk membuka ikatan kain tersebut. Sebaik sahaja kain itu terbuka, dia segera menjenguk ke arah muka Redna untuk memastikan Redna tidak memungkiri janjinya.
Jimin tersenyum melihat Redna yang amat mematuhi janjinya. Ya, mata Redna masih terpejam rapat. Jimin kemudian segera bergerak ke hadapan Redna.
Jimin: Okay, open your eyes sweetheart...
Sebaik sahaja Redna membuka matanya, mulutnya terlopong, matanya membesar. Dia segera menutup mulutnya yang terlopong dengan tapak tangannya.
Di hadapannya ada sebuah meja yang beralaskan kain baldu berwarna putih, dihiasi dengan beberapa buah lilin meja dan juga hiasan bunga ros di atasnya. Dua buah kerusi putih pula diletakkan bertentangan manakala di sekeliling meja tersebut tersusun beberapa buah lilin berwangian lavender. 'fairy light' digantung membentuk perkataan ' L O V E'.
Redna masih lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia mengalihkan pandangan ke arah Jimin yang ketika itu sudah siap sedia melutut sambil memandangnya.
Redna: Awak?
Jimin: Hey princess, would you like to have a dinner with your prince charming?
Redna tersenyum mendengar dialog yang baru disebut oleh Jimin sebentar tadi. Terasa bagai berada dalam babak dalam cerita kartun Disney Princess. Jimin menghulurkan tangannya sebagai tanda menjemput Redna ke arah meja untuk makan.
Redna: Sure, my prince charming.
Lengan Jimin dipaut lembut oleh Redna. Mereka berdua berjalan secara berhati-hati ke arah meja tersebut. Setibanya di sana, Jimin menarik kerusi buat Redna duduk. Dia kemudian bergegas ke arah bertentangan dan duduk di kerusi yang sudah siap disediakan.
Jimin: Okay, I nak ajar you one magic.
Redna: Oh ya? What is it?
Jimin: Clap your hands like me.
Redna mengikuti sahaja cara Jimin menepuk tangannya. Seraya itu, ada seorang pelayan datang menghidangkan makanan di atas meja.
Redna: Wow, hahaha what a great magic...
Jimin: Hebat kan? Okay, one more time. But kali ini I buat sendiri.
Redna: Okay, go ahead.
Kali ini hanya Jimin sahaja yang menepuk tangannya. Dan seraya itu juga muncul seorang pemuzik yang bermain biola. Merdu sahaja alunan biola itu menemani makan malam mereka berdua.
Redna: Wow, saya kagum hahaha....
Jimin: Well its me kan? Hahaha... Let's eat.
Mereka berdua mula menjamah makanan yang dihidangkan oleh pelayan tadi. Alunan biola yang merdu itu membuatkan suasana menjadi sangat romantis. Ditambah pula dengan kehangatan dari lilin – lilin yang disusun sekeliling.
Sebaik sahaja Redna selesai makan, Jimin memulakan misi utamanya.
Jimin: Kim Redna... Boleh kita berdua pergi dekat lampu tu?
Redna: Sure...
Mereka berdua beralih ke arah 'fairy light' yang berkelip indah. Sebaik sahaja mereka sampai di situ, Jimin segera melutut sambil memandangnya.
Tangan Redna digenggam lembut oleh Jimin. Terasa bahang di pipi Redna tatkala suaminya itu berbuat begitu ditambah pula dengan renungan lembutnya.
Jimin: Dah lama I simpan ini, dan hari ini I akan lepaskan semuanya. Boleh I teruskan?
Redna: Yes, go ahead.
Redna cuba untuk kelihatan rileks dan cool, padahal jantungnya sudah berdegup kencang. Entah kenapa, dia berasa sangat gemuruh hari ini.
Jimin: Kim Redna, I love you. Saya cintakan awak. Sejak saat saya pertama kali jumpa awak tapi hati saya ego tak mahu mengaku. I love everything about you, sayang. You're such a perfect angel, Redna. Im so sorry, kalau selama ini saya sakitkan hati awak. Saya tahu saya bukan seorang suami yang baik untuk awak bahkan kadang kadang saya rasa saya tak layak pun dengan awak. Tapi, saya tak mampu untuk lepaskan awak. Cuz you're one of the reason I enjoy my life. I love being with you. You make me feel so happy and I don't want to lose that happiness. Everything about you is so beautiful, love. And saya taknak awak pergi. Please don't leave me alone. I want you to stay. Jangan pergi, Redna. Saya takut hilang awak. Jangan pergi, bidadariku.
Tanpa Jimin sedari, air mata jantannya akhirnya gugur jua. Dia benar benar maksudkan segala yang dia katakan malam ini. Dia tidak mahu Redna pergi walaupun itu perjanjian dia dengan ibu dan bapa Redna dahulu. Dia tidak mahu kehilangan isterinya.
Redna yang sedari tadi diam mendengar luahan suaminya itu, akhirnya menitiskan air mata. Jantungnya berdegup lebih kencang. Dia terkejut mendengar luahan suaminya itu.
Jimin: Will you stay?
Kali ini Jimin merenung Redna tepat ke matanya. Dia merenungnya dalam dalam. Genggaman tangannya diperkuat.
Redna: Y....Ye........Yes, I will stay with you dear husband. Saya takkan tinggalkan awak. Saya akan ada di sisi awak. Segala perjanjian lama, kita abaikan. What matter now is, I love you and I want to stay with you forever. I love you, my prince charming.
Jimin yang tadi melutut segera bangun lalu memeluk isterinya itu sekuat hati. Redna juga membalas pelukan itu. Lega hati Jimin mendengar jawapan dari isterinya itu. Terasa seluruh beban di dadanya hilang. Benda yang paling ditakutinya, tidak akan berlaku. Isterinya tidak akan tinggalkannya.
Mereka berpandangan dan akhirnya mereka berciuman. Jimin tidak henti henti menzahirkan rasa syukur pada tuahn dengan segala yang berlaku padanya. Segalanya indah indah sahaja.
Bersambung
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...